KPW Greenhill Resort Selection

Apartmen
Greenhill Resort, Jalan Gereja, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
KPW @ Greenhill Resort adalah satu lagi penginapan yang beroperasi di blok pangsapuri yang terdapat di sepanjang cerun bukit. Sekiranya anda ingin pengalaman penginapan yang tidak terlalu berbeza dari pangsapuri anda, tempat ini sudah pasti merupakan tempat yang betul - terutamanya jika anda datang dalam kumpulan besar kawan-kawan dan keluarga hanya untuk bercuti di Cameron Highlands. KPW @ Greenhill Resort terletak di Greenhill Resort, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands yang berada hanya beberapa minit dari bandar Tanah Rata. Oleh itu, sebagai pengunjung yang menginap untuk semalaman, anda boleh mengharapkan penginapan yang penuh kegembiraan dan keterujaan, apatah lagi kerana penginapan itu tidak terlalu jauh dari beberapa ladang strawberi dan ladang teh ternama.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Greenhill Resort, Jalan Gereja, Tanah Rata, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, 39000
Lobi KPW Greenhill Resort Selection
Luar Bangunan 2 KPW Greenhill Resort Selection

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai KPW Greenhill Resort Selection

KPW @ Greenhill Resort adalah satu lagi penginapan yang beroperasi di blok pangsapuri yang terdapat di sepanjang cerun bukit. Sekiranya anda ingin pengalaman penginapan yang tidak terlalu berbeza dari pangsapuri anda, tempat ini sudah pasti merupakan tempat yang betul - terutamanya jika anda datang dalam kumpulan besar kawan-kawan dan keluarga hanya untuk bercuti di Cameron Highlands. KPW @ Greenhill Resort terletak di Greenhill Resort, Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands yang berada hanya beberapa minit dari bandar Tanah Rata. Oleh itu, sebagai pengunjung yang menginap untuk semalaman, anda boleh mengharapkan penginapan yang penuh kegembiraan dan keterujaan, apatah lagi kerana penginapan itu tidak terlalu jauh dari beberapa ladang strawberi dan ladang teh ternama.

Bagaimana untuk ke KPW @ Greenhill Resort

Anda hanya perlu sampai ke bandar Tanah Rata untuk tiba di tempat penginapan tersebut, oleh itu anda tidak sepatutnya menghabiskan masa terlalu lama di jalan raya. Untuk bermula, anda boleh memilih sama ada untuk memandu atau mengambil bas untuk ke Cameron Highlands. Katakanlah jika anda memandu dari ibu kota Kuala Lumpur, perjalanan ke penginapan itu akan mengambil masa tiga jam dan lima minit menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan/E1, yang mungkin paling singkat berbanding dengan mengambil bas. Masa ketibaan mungkin berubah-ubah - ini bergantung pada keadaan lalu lintas semasa dan cuaca semasa laluan tersebut sedang digunakan. Memandangkan hakikat bahawa kawasan tanah tinggi ini sentiasa sibuk dengan pelawat, anda harus menjangkakan masa tambahan untuk tiba di penginapan tersebut. Sekiranya anda ingin menggunakan pengangkutan awam dan mengambil bas, anda akan diturunkan di terminal bas Tanah Rata yang berada hanya satu atau dua kilometer jauhnya dari tempat penginapan tersebut, sebagai tempat mengambil dan menurunkan penumpang utama untuk pelbagai perjalanan keluar dan masuk Kuala Lumpur serta bandar-bandar lain yang berdekatan seperti Ipoh. Dari terminal, perjalanan tambahan ke penginapan akan mengambil masa kira-kira lima minit atau kurang jika anda pergi dengan kereta atau teksi. Apabila anda sedang melakukan perjalanan melalui bandar untuk tiba di tempat penginapan tersebut, terdapat beberapa mercu tanda yang anda boleh melihat untuk membantu pencarian anda. Mercu tanda yang disebutkan ialah Tan's Camellia Garden dan Freesia Terminal. Tempat-tempat ini terletak dalam jarak satu kilometer sahaja dari tempat penginapan. Jika anda dapat mencari tempat-tempat ini, yakinlah bahawa anda pasti sudahpun dekat dengan penginapan itu.

Pilihan Bilik di KPW @ Greenhill Resort

Para tetamu yang datang untuk bermalam di KPW @ Greenhill Resort mungkin mendapati bahawa hanya terdapat satu jenis penginapan yang ditawarkan, iaitu jenis Pangsapuri Tiga Bilik Tidur. Unit pangsapuri ini sudah sedia dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang termasuk antara lain bilik mandi, kelengkapan mandian, tuala, pengering rambut, penyaman udara, pemanas, almari, meja, balkoni/teres, ruang makan, ruang tamu, kemudahan menyeterika, pembuat kopi/teh, dapur, peralatan dapur, peti sejuk, televisyen dan sambungan Wi-Fi. Dengan saiz seluas 10 meter persegi untuk setiap bilik, terdapat dua bilik mandi yang tersedia dan bilik-bilik tidur biasanya akan memperuntukkan dua katil bujang atau satu katil jenis double.

Restoran dan Kafe di KPW @ Greenhill Resort

Memandangkan hakikat bahawa KPW @ Greenhill Resort terletak di blok apartmen, penginapan itu tidak mempunyai kafe atau restorannya yang tersendiri. Oleh itu, antara pilihan yang sesuai untuk tetamu pastinya untuk keluar dan makan di luar atau memasak makanan sendiri menggunakan dapur dan peralatan dapur yang sedia ada semasa mendaftar masuk. Namun, ini bukanlah kerisauan besar dan tidak perlu dikhuatiri kerana hotel ini berdekatan dengan kawasan bandar Tanah Rata di mana terdapat kedai-kedai dan restoran-restoran berada dalam jarak yang dekat sahaja. Oleh itu, ia akan memudahkan pengunjung, sama ada mereka mahu membeli bahan masakan atau menikmati hidangan tempatan yang dihidangkan oleh restoran-restoran tersebut.

Kemudahan dan Aktiviti di KPW @ Greenhill Resort

Selepas daftar masuk, tetamu boleh menggunakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan seperti concierge, perkhidmatan dobi, penukaran wang, taman, tab mandi panas, perpustakaan, padang golf, meja ping pong dan simpanan bagasi. Kemudahan awam lain yang boleh digunakan ialah tempat letak kereta, Wi-Fi yang boleh diakses di kawasan awam, perkhidmatan bilik, lif, bilik keluarga dan banyak lagi.

Tempat Menarik berhampiran KPW @ Greenhill Resort

Gereja Our Lady of Mount Carmel –

Terletak di 5 Jalan Gereja, yang sangat dekat dengan penginapan yang boleh dicapai dalam masa beberapa minit sahaja, Gereja Our Lady of Mount Carmel adalah sebuah gereja di Tanah Rata yang telah beroperasi sejak tahun 1935 lagi. Merupakan satu-satunya Gereja Katolik di sekitarnya dan sudahpun beroperasi sejak zaman pra-kemerdekaan lagi, gereja ini mempunyai akar mendalam dan sejarah yang kaya. Apabila tiba di sini, seseorang dapat melihat taman yang indah di sekeliling gereja. Apabila melangkah masuk ke dalam pula, dapatlah ditemukan reka bentuk dalaman gereja yang memukau yang benar-benar unik.

Semua Kemudahan

Ruang Umum KPW Greenhill Resort Selection
Ruang Umum
Lobi KPW Greenhill Resort Selection
Lobi
Luar Bangunan KPW Greenhill Resort Selection
Luar Bangunan
Bilik Tidur KPW Greenhill Resort Selection
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik KPW Greenhill Resort Selection
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancur mandi dan tab berasingan
  • Pancuran mandi
  • TV

Aktiviti

  • Taman
  • Tab panas
  • Perpustakaan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Kawasan merokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • WiFi di kawasan umum

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Pengurup wang
  • Perkhidmatan dobi

Sukan & Rekreasi

  • Padang golf
  • Ping pong

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

DEAR GUEST, PLEASE CONTACT US AT(Mr.Wong 019-425 1107) IN ADVANCE AND PROVIDE YOUR CONTACT NUMBER AND EMAIL ADDRESS in order to arrange for Check-in and KEY collection. KINDLY NOTE WE DO NOT HAVE 24 HOURS RECEPTION DESK AND THE RESIDENCES SECURITY STRICTLY REQUIRES GUEST INFORMATION IN ORDER TO CHECK IN. THEREFORE, PLEASE CONTACT US DIRECTLY IN ORDER FOR SMOOTHER CHECK IN TO AVOID HASSLE AND UNPLEASANT STAY. Deposit to collect upon check-in: RM 100/stay Extra person charges: RM 100/pax

Dasar Tambahan

Deposit to collect upon check-in: RM 100/stay
Extra person charges: RM 100/pax

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di KPW Greenhill Resort Selection?
Berikut facilities yang ada di KPW Greenhill Resort Selection seperti AC, Restoran, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di KPW Greenhill Resort Selection?
Masa check-in di KPW Greenhill Resort Selection bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 23 ulasan tetamu yang disahkan
8.8
Mengagumkan
Hebat
6
Bagus
17
Memuaskan
0
Biasa
0
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
perabot bersih (1)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Noormaszila B. M. R.
Percutian
8.5
/ 10
08 Jul 2020
Penginapan yang sempurna untuk keluarga.
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk KPW Greenhill Resort Selection dari Noormaszila B. M. R.

Suka ulasan ini?

MK
Muhammad K. B. I.
8.5
/ 10
11 Sep 2018
Imej Ulasan untuk KPW Greenhill Resort Selection dari Muhammad K. B. I.
Imej Ulasan untuk KPW Greenhill Resort Selection 2 dari Muhammad K. B. I.

1 menyukai ulasan ini

NA
Nur A. B. A. W.
9.7
/ 10
10 Dec 2018
Pandangannya sangat menakjubkan. Bilik sangat selesa dan sangat bersih.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

DD
Divagen D. N.
Percutian
8.5
/ 10
11 Aug 2020
Bagus hanya tidak mempunyai wifi dan talian telco yang buruk kecuali celcom
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

SN
SAIDATUL N. B. M. S.
8.5
/ 10
31 Dec 2018
Berhampiran dengan restoran, pemandangan bagus, sangat selesa untuk bercuti keluarga, tetapi: mencadangkan untuk mempunyai 1 gelombang mikro
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 KPW Greenhill Resort Selection

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved