1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9594 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (566 Hotel)
    >
  4. Sik
    (1 Hotel)

Hotel berhampiran Beris Dam

Kedah, Malaysia · 1 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 01 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel popular berhampiran Beris Dam

EXTERIOR_BUILDING Hill Lake View Resort

Hill Lake View Resort

Resort
Sik, Kedah
Terbaik. Sangat selesa. View sangat indah. Bersih.
Lihat Harga
See all 1 Hotels near Beris Dam

Facts about hotel in Beris Dam

Total Accommodation
1 Properties
Popular Hotel
Hill Lake View Resort
Popular Landmark
Beris Dam, Sungai Ketil

Ulasan Tetamu dari Hotel di Beris Dam

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Beris Dam dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Beris Dam akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
fatin b. s.
Ini adalah profil peribadi.
5 Feb 2018
Terbaik. Sangat selesa. View sangat indah. Bersih.

Soalan lazim tentang Beris Dam

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Beris Dam?

Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Hill Lake View Resort.

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Beris Dam?

Buat masa ini, terdapat sekitar 1 hotel yang boleh anda tempah di Beris Dam

Tentang

Tasik Beris adalah tasik buatan manusia yang besar yang terletak di daerah Sik, Kedah. Tasik ini terbentuk hasil pembinaan empangan Beris. Tasik dan empangan ini terletak kira-kira 77 km dari bandar Sungai Petani. Empangan konkrit ini terletak di lembah sempit Sungai Beris 1.6 km hulu di pertemuan antara Sungai Muda, yang direka untuk mengawal aliran di lembangan Sungai Muda untuk menambah air yang boleh digunakan untuk pengairan tanaman padi/tanah tinggi, bekalan air untuk kegunaan domestik, perindustrian dan kegunaan lain.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda dalam perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA) yang merupakan sebuah lapangan terbang yang beroperasi di Alor Setar, sebuah bandar di negeri Kedah di Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di Kepala Batas, kira-kira sejam setengah dari Empangan Beris. Sebagai alternatif, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), hanya terletak kira-kira 2 jam daripada empangan tersebut.

Menggunakan Bas/Teksi

Antara kawasan bandar di Kedah, bas awam boleh didapati dengan tambang yang berpatutan, bergantung kepada jenis bas dan destinasi. Teksi bermeter boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan. Anda juga boleh menyewa kereta di bandar terdekat seperti Sungai Petani dan Alor Setar untuk ke Empangan Beris.

Tarikan Pelancongan

Pekan Rabu

Pekan Rabu adalah tarikan terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negeri Kedah. Pada permulaannya, pasar ini bermula secara sederhana sebagai sebuah pasar mingguan yang beroperasi dibawah bumbung beratap, namun sejak itu telah berkembang menjadi sebuah pusat beli belah bertingkat yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional, produk kraftangan dan pakaian. Ia adalah salah sebuah tempat terbaik untuk mendapatkan makanan Melayu tradisional seperti serunding, dodol durian, kuah rojak dan belacan. Kompleks perniagaan ini telah menjadi sumber kebanggaan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah kerana dapat membantu perniaga Melayu untuk mengambil peranan aktif dalam perdagangan dan aktiviti jual beli. Pekan Rabu beroperasi bermula dari jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. Gerai-gerai masih dibuka walaupun pada cuti umum dan juga perayaan.

Masjid Zahir

Masjid Zahir adalah sebuah masjid yang terkenal dan terletak di negeri Kedah. Ia terletak di tengah-tengah Alor Star, ibu negeri Kedah, Malaysia. Ia adalah salah satu masjid paling hebat dan tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1912. Reka bentuk ini diilhamkan oleh wawasan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II yang diilhamkan oleh Masjid Azizi pada zaman Kesultanan Langkat di Sumatera Utara. Masjid ini telah dipilih sebagai 10 masjid paling indah di dunia.

Hotel

Homestay Seri Pelangi

Seri Pelangi Homestay adalah pilihan yang terbaik jika anda ingin merasai kehidupan seperti penduduk setempat. Homestay ini sesuai untuk mereka yang melancong dengan keluarga atau secara berkumpulan dengan 5 hingga 6 orang ahli. Homestay Seri Pelangi menyediakan segala kemudahan asas untuk semua tetamu mereka.

Sg Batang Lake Chalet

Sg Batang Lake Chalet, yang terletak di negeri utara Malaysia menawarkan penginapan bajet untuk penginapan anda. Chalet ini juga menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi. Terletak berhampiran Tasik Beris, terdapat 12 unit chalet, dewan pelbagai guna dan juga dewan makan. Chalet terletak hanya satu jam setengah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dan kira-kira 2 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.

Hill Lake View Resort

Hill Lake View Resort memenuhi keperluan pelancong dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat daripada pelacong berkumpulan, keluarga, perseorangan atau pun yang melancong bersama pasangan yang lebih suka untuk menginap dengan selesa dan aman. Setiap bilik di resort ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV. Terdapat sebuah cerek elektrik di dalam bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Hill Lake View Resort menawarkan Wi-Fi percuma di seluruh hotel. Terdapat kaunter penerimaan tetamu 24-jam di resortl ini.

Other Popular Hotels in Beris Dam

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved