Total Accommodation | 7 Properties |
Popular Area | Galas, Lojing |
Popular Hotel | Country House Pulai Holiday Village, OYO 89654 My New Home Hotel |
Popular Landmark | လက်ရှိတည်နေရာ, Mount Yong Yap |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Country House Pulai Holiday Village, OYO 89654 My New Home Hotel, Rihla Hotel Bandar Utama, Goa Inn Hotel, SPOT ON 89865 Hotel Titiwangsa Gm, Green Dream Hotel (Formerly Known As Deena Hotel), Durian Hill Villa.
Buat masa ini, terdapat sekitar 7 hotel yang boleh anda tempah di Gua Musang Airport
Gua Musang Airport atau juga dikenali sebagai Fort Chabai, merupakan sebuah lapangan terbang khas untuk kapal terbang ringan yang kini telahpun ditutup yang terletak di dalam hutan tebal di daerah Gua Musang di negeri Kelantan, yang berada kira-kira tiga jam perjalanan dari ibu negeri Kota Bharu.
Lapangan terbang itu tidak digunakan untuk tujuan komersial, sebaliknya ia digunakan untuk tujuan sokongan logistik tentera di bawah pengurusan tentera Angkatan Bersekutu. Ianya berada dalam tempoh perkhidmatan aktif semasa Darurat Malaya dari tahun 1948 hingga 1960, namun kini ditinggalkan kerana terdapat pangkalan tentera yang lebih baik yang dibina kemudiannya. Bersama-sama dengan kawasan Gua Musang, kawasan ini bersempadan di selatan oleh Pahang, Terengganu di timur dan Perak di barat dengan daerah-daerah Kelantan seperti Kuala Krai dan Jeli di utara.
Dahulunya dikenali sebagai sebuah pekan kecil di mana kereta api adalah satu-satunya mod pengangkutan yang sesuai untuk ke sini, kini Gua Musang serta kawasan berdekatan sedang mengalami banyak pembangunan untuk menjadikannya bandar kedua terbesar selepas Kota Bharu. Tidaklah mengejutkan sekiranya lapangan terbang akan diperkenalkan semula pada masa akan datang untuk meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan.
Terdapat penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila turun dari lapangan terbang, para pengunjung boleh menaiki teksi atau pengangkutan awam lain untuk pergi ke mercu tanda tersebut.
Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang dan keluar dari Laluan Tengah 8 sebelum meneruskan perjalanan ke arah mercu tanda tersebut. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan empat puluh minit bergantung kepada keadaan trafik.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL) yang menuju ke laluan KL Sentral/Bandar Tasik Putrajaya/Cyberjaya/Salak Tinggi/KLIA. Di sana, mereka boleh menaiki koc selatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) ETS dan berhenti di stesen Gemas sebelum beralih ke Laluan Pantai Timur menuju ke stesen Gua Musang.
Terdapat stesen bas di Gua Musang yang boleh diakses dengan memasuki Bandar Baru Gua Musang. Lakukan perjalanan terus ke Gua Musang dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express, Darul Naim Express atau Express Mutiara sebelum memilih untuk menaiki bas laluan atau teksi untuk pergi ke mercu tanda tersebut.
Merupakan sebuah tarikan semula jadi utama di kawasan ini, Gua Musang Caves dapat ditemui dengan mudah berikutan lokasinya yang berada berdekatan dengan stesen kereta api. Untuk ke puncaknya sahaja sudah mengambil masa sejam pendakian, namun ianya adalah sesuatu yang berbaloi, kerana para peminat gua dan pencinta alam semula jadi pasti menghargai lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua tersebut serta pemandangan pekan Gua Musang yang berada beberapa ratus meter di atas paras laut.
Dibina pada tahun 1988 dan selesai pada tahun 1991, masjid ini berkhidmat khusus sebagai sebuah pusat keagamaan untuk penduduk beragama Islam di kawasan sekitarnya. Dengan kos kira-kira dua juta ringgit, seni bina masjid ini tidak kurang hebatnya, dengan reka bentuk empat segi beserta gabungan warna biru dan putih sebagai motif utama. Dinding masjid ini pula menggunakan banyak tingkap kaca untuk membolehkan angin masuk untuk pengudaraan dan cahaya matahari menembus masjid. Reka bentuk masjid sememangnya sangat dipengaruhi oleh elemen-elemen Timur Tengah, dengan bumbung dan menara yang mempunya bentuk rata. Ia terletak kira-kira tiga kilometer jauhnya dari bandar dan lazimnya dimanfaatkan oleh umat Islam untuk pelbagai aktiviti keagamaan seperti khutbah, solat berjemaah lima kali sehari, pengajian Quran dan hadis, berbuka puasa beramai-ramai dan banyak lagi.
Terletak di PT7746, Jalan Persiaran Raya, Taman Mesra, Galas, Gua Musang, ini adalah sebuah hotel bertaraf satu bintang yang tidak akan melukakan bajet anda. Kemudahan yang disediakan untuk tetamu termasuk televisyen, pancuran mandian, simpanan bagasi, bilik keluarga, Wi-Fi awam, pendingin hawa dan penyambut tetamu 24-jam.