1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9840 Hotel)
    >
  3. Kelantan
    (240 Hotel)
    >
  4. Gua Musang
    (8 Hotel)
    >
  5. Galas
    (7 Hotel)

Hotel Mewah di Galas, Gua Musang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 16 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Galas

Popular Landmark
Tanah Perkuburan Islam Kg Batu Papan, Ibu Pejabat Kumpulan Perladangan PKINK Berhad

Ulasan Tetamu dari Hotel di Galas

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Galas dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Galas akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
AMIR B. H.
Ini adalah profil peribadi.
22 Dec 2021
Sesuai sebagai perhentian transit sebelum ke Cameron Highlands
MOHAMAD Z. B. A. H.
Ini adalah profil peribadi.
9 Apr 2022
Tuala berbau busuk dan perlu ditukar ke pada tuala baru
mrs a.
Ini adalah profil peribadi.
28 Mar 2020
Bilik yang bagus dan bersih. agak tempat, pandangan kampung, sesuai untuk orang yang suka tempat yang cukup dan damai

Tentang

Galas adalah sebuah bandar, juga sebuah daerah kecil atau mukim dan sebuah kawasan parlimen yang terletak di daerah Gua Musang, negeri Kelantan, Malaysia. Bersama-sama Gua Musang, ia bersempadan dengan negeri Pahang di selatan, Terengganu di timur, Perak di barat dan daerah Kelantan di Kuala Krai dan Jeli di utara. Galas ditadbir oleh Majlis Daerah Gua Musang, sebagai daerah terbesar di negeri Kelantan. Seluruh kawasan ini dinamakan sempena Bukit Gua Musang yang terletak di bukit berbatu-batu yang berketinggian 105 meter.

Dahulunya dikenali sebagai sebuah bandar kecil di mana kereta api merupakan satu-satunya cara untuk sampai ke sini, kini ia mengalami pelbagai perkembangan sejajar dengan wawasan untuk menjadikan kawasan ini sebagai bandar kedua terbesar selepas ibu negeri, Kota Bharu. Oleh itu kawasan ini dijangka akan berkembang pada masa akan datang dengan kerja-kerja penambahbaikan jalan dan pelbagai kemudahan lain yang sedang dirancang untuk dibina. Malah Majlis Daerah di sini juga telah dinaik taraf kepada status Majlis Perbandaran baru-baru ini selaras dengan rancangan pembangunan di sini. Pada masa kini, kawasan ini merupakan tempat persinggahan untuk pengunjung yang ingin masuk ke Taman Negara yang terletak di Merapoh yang boleh diakses dari Gua Musang, serta tarikan untuk pencinta alam di mana terdapat banyak bukit batu kapur dan gua di sekitar kawasan tersebut.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Galas boleh diakses dengan menaiki penerbangan ke Kelantan. Terdapat penerbangan ke Kota Bharu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menaiki teksi atau sebarang pengangkutan awam lain ke Galas.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang dan keluar dari Laluan Tengah 8 sebelum meneruskan perjalanan menuju Galas. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira tiga jam dan tiga puluh minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Menggunakan Bas

Terdapat stesen bas di Gua Musang yang boleh diakses dengan memasuki Bandar Baru Gua Musang. Ambil perjalanan terus ke Gua Musang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express, Darul Naim Express atau Express Mutiara.

Tarikan Pelancongan

Gua-gua di Gua Musang

Salah satu tarikan semulajadi di Galas yang menarik para peminat gua dan pengembara yang gemarkan aktiviti lasak. Terletak di sebelah kanan stesen keretapi di Gua Musang, perjalanannya agak mudah, mengambil masa satu jam untuk sampai ke puncak dan satu jam lagi untuk turun ke bawah. Pengunjung boleh melihat pemandangan bandar yang menyeluruh dari atas dan juga melihat-lihat lukisan yang dibuat di dalam gua-gua di situ.

Taman Negara Kuala Koh

Satu lagi tempat yang menarik dan pastinya mesti dikunjungi apabila pengunjung berada di Galas adalah Taman Negara Kuala Koh. Juga dikenali sebagai "Taman Negara Kelantan", taman negara ini dijamin akan membawa pengunjung ke pengalaman seolah-olah berada di dunia lain, sesuai dengan statusnya sebagai hutan hujan tertua di dunia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk melihat burung-burung yang terdapat sekurang-kurangnya 300 spesies seumpamanya di sekitar kawasan ini, memancing, “jungle trekking”, laluan kanopi dan berjalan kaki di sekitar hutan pada waktu malam dengan bantuan seorang jurupandu. Permit masuk dikenakan pada kadar satu ringgit bagi setiap orang, manakala lesen memancing berharga kira-kira sepuluh ringgit dengan setiap kamera dikenakan bayaran lesen kamera sebanyak lima ringgit.

Tokong Guanyin

Juga dikenali sebagai Tokong Air dan Bumi atau Tokong Shuiyuegong, Tokong Guanyin telah dicanang sebagai tokong tertua dari jenisnya di negara ini. Tokong ini dikatakan dibina oleh suku Hakka yang datang ke Kelantan dari kampung halaman mereka di China untuk mencari emas di kawasan tersebut. Terletak 10-12 kilometer jauhnya dari pusat bandar, kuil ini mempunyai banyak peninggalan lama yang dibawa oleh peneroka awal tempat ini, di antaranya periuk kemenyan dari abad ke-15 dan potret Guan Yin yang berusia 500 tahun. Kampung Pulai yang berdekatan juga merupakan kampung tradisional Hakka yang menarik untuk dikunjungi untuk melihat budaya penduduk tempatan di sini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved