Total Accommodation | 42 Properties |
Popular Area | Sungai Petani, Bedong |
Popular Hotel | Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, The Jerai Hotel Sungai Petani |
Popular Landmark | Lembah Bujang Archeological Museum, Sungai Petani Golf Club |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, The Jerai Hotel Sungai Petani, Merilton Hotel, Swiss Avenue Hotel, SP Central Hotel, Big Banana Hotel, Old Penang Casa Lagenda Hotel, Hotel Zamburger El Zahraa, SP Golden Star Hotel, Super OYO Capital O 90543 Sp Star Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 42 hotel yang boleh anda tempah di Jam Besar & Dataran Zero Kilometer
Jam Besar & Dataran Zero Kilometer merupakan sebuah bangunan bersejarah yang telah menjadi tarikan utama di Sungai Petani, Kedah. Jam Besar ini telah dibina pada tahun 1936 untuk memperingati sambutan jubli perak King George V dan Queen Mary. Untuk meningkatkan lagi keunikan Jam Besar, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSK) telah menaiktaraf Zero Kilometer Square berhampiran dengan Jam Besar ini untuk kunjungan orang ramai.
Secara tidak langsung, para pengunjung boleh beristirahat di sekitar Zero Kilometer Square dan mengetahui mengenai sejarah Jam Besar berdasarkan kepada maklumat yang terdapat di situ. Ianya juga merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk beristirahat pada waktu malam, bersembang dan bersiar-siar di sekitar dataran dengan limpahan lampu LED di sekitar kawasan tersebut menjadikan sesuai untuk bergambar kenangan.
Anda boleh ke Kuala Muda dengan menaiki penerbangan ke lapangan terbang berhampiran iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Setibanya di sana anda boleh menaiki teksi ke Jam Besar & Dataran Zero Kilometer yang berada pada jarak 75 km atau 57 minit masa pemanduan dari lapangan terbang.
Anda boleh menaiki bas transnasional atau lain-lain bas yang berlepas dari Stesen Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Sungai Petani, Kedah. Dari terminal bas Sungai Petani, anda boleh menaiki teksi atau bas yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 6 minit untuk ke Jam Besar & Dataran Zero Kilometer.
Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menghala ke Kedah yang berada di utara dan keluar di persimpangan 170 iaitu Sungai Petani Selatan. Dari Sungai Petani anda boleh meneruskan perjalanan lebih kurang 2 km untuk ke Jam Besar & Dataran Zero Kilometer.
Stesen keretapi berhampiran dengan Jam Besar & Dataran Zero Kilometer ialah Stesen Keretapi Sungai Petani. Anda boleh menaiki keretapi ETS dari KL Sentral ke Sungai Petani. Setibanya di Sungai Petani, anda boleh menaiki teksi atau bas tempatan lebih kurang 6 minit perjalanan untuk tiba di Jam Besar & Dataran Zero Kilometer.
Hutan Lipur Batu Hampar merupakan sebuah kawasan rekreasi yang boleh anda kunjungi untuk beristirahat sambil menikmati udara segar yang dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Ianya terletak hanya 1.2 km dari Jam Besar & Dataran Zero Kilometer. Taman rimba ini menempatkan pelbagai pokok yang bersaiz besar. Taman rekreasi ini juga merupakan sebuah tempat yang telah menjadi tarikan utama para pelancong untuk berkelah dan mandi manda di sungainya yang sejuk dan menyegarkan.
Taman Jubli Perak terletak di dalam Pusat Bandar Sungai Petani. Taman ini sesuai untuk mereka yang ingin melalukan aktiviti joging, bersenam dan rekreasi. Trek joging dan berjalan kaki juga disediakan di sekitar kawasan hutan tersebut. Selain dari kawasan joging, terdapat juga sebuah padang golf terletak bersebelahan dengan taman tersebut.
Kompleks Galeri Bakau merupakan sebuah destinasi pelancongan yang baru di Kedah yang mesti anda kunjungi. Ianya terletak hanya 7km dari Jam Besar & Dataran Zero Kilometer. Galeri ini terletak di Jeti Semeling yang mengandungi komponen muzium bersejerah, auditorium dan restoran yang mampu menarik minat lebih ramai kunjungan para pelancong asing dan tempatan.
Anda boleh membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bergembira dan berhibur di Taman Air the Carnival yang terletak hanya 5 km dari pusat Bandar. Taman tema air ini sebenarnya terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort. Dengan kawasan berkeluasan 7 hektar, pelbagai aktiviti yang menyeronokkan turut disediakan di sini.
Park Avenue Hotel Sungai Petani merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Sungai Petani. Jaraknya hanya 3.2km dari Jam Besar & Dataran Zero Kilometer. Para pengunjung boleh beritirehat sambil melakukan urutan badan atau bermain snuker sambil menyanyi di karoke yang tersedia disini. Para pengunjung juga boleh menikmati layanan serba mewah serta menikmati pengalaman yang penuh bermakna ketika menginap di Park Avenue Hotel Sungai Petani.
Hotel Seri Malaysia Sungai Petani merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak berhampiran dengan Jam Besar & Dataran Zero Kilometer. Hotel ini mempunyai restoran, cucian kering dan kaunter hadapan 24 jam. Hotel Seri Malaysia Sungai Petani merupakan pilihan terbaik buat anda yang mencari penginapan murah dengan perkhidmatan terbaik.