1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9582 Hotel)
    >
  3. Johor
    (914 Hotel)
    >
  4. Kota Tinggi
    (54 Hotel)

Hotel berhampiran Kota Tinggi Waterfall

Johor, Malaysia · 54 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 29 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Ia mengalirkan air turun kira-kira setinggi 34 meter. Keindahan semulajadi kawasan ini menyegarkan, dan menjadi persinggahan bagi mereka yang ingin menghilangkan kesibukan ibu kota. Kawasan ini juga menyediakan tempat yang sesuai untuk berenang, dan untuk berkelah. Jangan lupa untuk melawat hotel Waterfall Kota Tinggi bila-bila masa anda datang ke sini.

Facts about hotel in Kota Tinggi Waterfall

Total Accommodation
54 Properties
Popular Area
Desaru, Bandar Kota Tinggi
Popular Landmark
Desaru Beach, Kota Tinggi Waterfall

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kota Tinggi Waterfall

8.2
Menyenangkan
1,971 ulasan dari hotel di Kota Tinggi Waterfall dengan purata penarafan 8.2/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kota Tinggi Waterfall akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
MOHD S. B. M. S.
Ini adalah profil peribadi.
26 Feb 2024
Terbaik dan selesa.. layanan mesra dari staff resort 👍🏻
MOHD A. B. J.
Ini adalah profil peribadi.
28 May 2022
Very recommended to stay! Bilik cantik, tempat bersih, air laut cantik, banyak fasiliti boleh digunakan, layanan pekerja yang baik, peramah dan murah dengan senyuman. Boleh recomand pada orang lain.
Nurfathiyah B. M. S.
Ini adalah profil peribadi.
16 Mar 2020
Dpt bilik yg elok tp keadaan aircond xpuas hati.. aircond kotor yg mmbuatkn bilik lmbt sejuk.. tp anak2 gembira dan puas hati sebab kolam besar dan senang nk ke pantai
Suhaiza A. H.
Ini adalah profil peribadi.
12 Sep 2022
Alhamdulillah saya berpuashati menginap di Amansari..staff yang baik & bilik bersih selesa..pasti saya akan repeat next vacation lg..byk kemudahan di area tersebut...
shaeda
Ini adalah profil peribadi.
16 Mar 2023
Pantai jauh and makanan sedap dan murah. Pool pun jauh dari bilik, overall nak tenang-tenang oke lah, not happening macam Penang, kena bawa makanan banyak-banyak sebab kedai jauh 😙
Khairul N. B. N.
Ini adalah profil peribadi.
9 May 2022
Jalan untuk ke hotel agak jauh dari jalan raya. Kena melalui sedikit kawasan hutan. Bila dah sampai, sekali pandang macam kawasan terbiar. 1 apartment untuk 4 dewasa. Saya sewa 1 apartment sebab apartment dia luas, family semua ada 8orang. Saya kena charge 1kepala rm53. Untuk bfast saya kena tambah lagi rm30 sorang. Makanan takkena dengan harga. Yang masak seolah-olah bukan chef, tetapi makcik kantin sekolah yang masak. Kolam dia memuaskan. Bersih. Boleh bbq ditepi pantai. Pantai pun bersih. Saya tak ambil gambar, sebab hati dah tawar nak ambil gambar. Maaf
Zawani b. j. o.
Ini adalah profil peribadi.
2 Jun 2023
Cantik, bersih, makanan sangat sedap. Bilik standard king sangat luas. Happy sangat. But deposit RM100 tu tak sepatutnya. Hotel besar lain ambik deposit rm50 sahaja.
Asmah M.
Ini adalah profil peribadi.
8 Sep 2020
Bilik kotor..balkoni kotor,alamri kotor dan berbau ...peti sejuk kotor terutama di bahagian tepi dinding peti sejuk. Tidur malam ketakutan sebab bunyi monyet bising berlari-lari atas bumbung .Lantai bilik melekit apabila di pijak.
NOR A.
Ini adalah profil peribadi.
14 Nov 2023
Pantai yang cantik. Bilik yang agak luas. Makan tengah hari kena keluar pergi beli depan klinik kesihatan. Parking banyak cuma dekat area kawasan construction yang entah bila nak siap. Yang lain semuanya best.

Soalan lazim tentang Kota Tinggi Waterfall

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Kota Tinggi Waterfall?

Jika anda berada di Kota Tinggi Waterfall, anda juga boleh melawati Bandar Penawar, Desaru, Bandar Kota Tinggi

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Kota Tinggi Waterfall?

Buat masa ini, terdapat sekitar 54 hotel yang boleh anda tempah di Kota Tinggi Waterfall

Tentang

Air Terjun Kota Tinggi adalah merupakan salah satu tarikan yang cukup popular yang boleh anda lawati di negeri Johor Darul Takzim. Air terjun ini terletak di Lombong, di kaki bukit Gunung Muntahak yang terletak kira-kira 15 km dari bandar Kota Tinggi dan 50 km dari bandar Johor Bahru. Bagi yang ingin lari dari kesibukan kota, inilah tempat rekriasi yang sesuai untuk anda. Air Terjun Kota Tinggi menawarkan keindahan alam sekitar yang mempesonakan serta pengalaman berehat yang menarik untuk para pengunjungnya. Air sungainya yang menyegarkan menjadikan tempoat ini ideal untuk mandi-manda dan persekitarannya yang cantic sesuai untuk aktiviti berkelah. Selain itu, bagi yang ingin melihat burung, anda boleh datang kesini kerana ianya menjadi tempat persinggahan pelbagai spesis burung. Kebiasaannya, air terjun ini amat sesak ketika hujung minggu dan cuti am, jadi, jika anda ingin ke sini, pastikan anda memilih hari yang sesuai supaya anda boleh beriadah disini dengan tenang. Bayaran untuk masuk kesini adalah RM 10 untuk dewasa, RM 5 untuk kanak-kanak dan bagi yang memandu kereta, bayaran RM 3 dikenakan untuk setiap kenderaan. Terdapat beberapa kemudahan disediakan di sini untuk para pengunjung, antaranya resoran, kedai cenderahati serta kiosk sewaan pelampung.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Jika anda dari pusat bandar Johor Bahru, terdapat beberapa cara untuk anda ke air terjun ini. Pertama, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi. Bayaran yang dikenakan selalunya sekitar RM 50. Kedua, anda boleh menaiki bas dari Terminal Bas Larkin yang terletak di Jalan Garuda dan anda akan tiba di Terminal Bas Kota Tinggi di Jalan Niaga Utama. Apabila tiba di stesen bas tersebut, naiki teksi untuk ke Air Terjun Kota Tinggi. Ketiga, anda juga boleh menggunakan aplikasi Grab dan Uber di telefon pintar anda yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang agak berpatutan. Akhir sekali, bagi mereka yang memandu sendiri, gunakan lebuhraya Utara Selatan dan keluar di susur keluar Kulai. Dari susur keluar tersebut, pandu kea rah Kota Tinggi dan sejurus anda tiba di bandar Kota Tinggi, terdapat banyak tanda jalan ke air terjun tersebut. Perjalanan menggunakan pengangkutan darat kesini dari Johor Bahru biasanya mengambil masa selama satu jam, bergantung kepada keadaan trafik.

Hotel 

Kanopi Tribes

Dengan lokasinya yang hanya 3km dari Air Terjun Kota Tinggi, penginapan ini adalah lokasi yang tepat bagi mereka yang inginkan pengalapan penginapan yang unik. Kanopi Tribe ini menawarkan konsep ‘glamping’ iaitu gabungan perkhemahan yang glamor dan mewah. Penginapan ini sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, menghabiskan masa bersama rakan-rakan mahupun untuk mengadakan reunion. Mereka menyediakan pelbagai pilihan pakej yang boleh dipilih pada harga yang berpatutan termasuklah set makan malam buffet BBQ serta sarapan pagi ala Inggeris. Apa yang lebih menarik lagi, terdapat perkhidmatan limosin yang menagambil tetamu dari pelbagai lokasi untuk ke tapak perkhemahan ini. Disini, pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan antaranya melihat keli-kelip yang menyinari sungai, berehat di tasik, mendaki, menyanyi dan bermain pelbagai permainan. Tidak cukup dengan itu, bagi mereka yang inginkan lebih cabaran, anda boleh cuba memandu ATV pada sebelah malam. Kesimpulannya, jika anda mencari lokasi penginapan dengan pengalaman yang berbeza, Kanopi Tribe adalah jawapannya!

Kota Tinggi Waterfalls Resort

Terletak di kaki Air Terjun Kota Tinggi, resort ini merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di kawasan yang diliputi keindahan flora dan fauna. Terdapat beberapa pilihan bilik dan chalet yang boleh anda pilih disini berdasarkan keperluan dan bajet anda. Selesa dan elegan, resort ini menjamin penginapan yang sempurna untuk anda. Antara kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di resort ini termasuklah kolam renang, kawalan keselamatan 24 jam, kedai runcit dan pelbagai lagi untuk kesenangan para tetamu. Selain itu, bagi mereka yang datang untuk urusan kerja, terdapat kemudahan seperti mesin faks dan fotostat untuk kegunaan anda.

Mayres Hotel Kota Tinggi

Terletak di tengah bandar Kota Tinggi, hotel ini sememangnya pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mengembara ke tempat-tempat menarik di bandar ini. Ianya terletak berhampiran dengan pelbagai pusat membeli-belah, restoran, deretan kedai dan stesen bas. Secara keseluruhannya, hotel ini menyediakan 4 jenis pilihan bilik untuk para tetamu. Selain itu, hotel ini turut menyediakan pengalaman menjamu selera yang menarik. Terdapat beberapa restoran yang boleh anda kunjungi di hotel ini antaranya D’Mawar Coffee House dan Lobby Lounge yang menawarkan pilihan makanan asia dan antarabangsa untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika anda tidak puas makan disini, jangan bimbang kerana terdapat banyak gerai dan restoran di sekitar hotel ini yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa. Hotel Mayres ini sememangnya pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menerokai pengalaman menarik di Kota Tinggi ini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved