Total Accommodation | 10 Properties |
Popular Area | Pantai Cenang, Kuah |
Popular Hotel | Century Langkasuka Resort, Century Helang Hotel |
Popular Landmark | Cenang Beach, Langkawi Cable Car |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Century Langkasuka Resort, Century Helang Hotel, Wings By Croske Resort Langkawi, Limasan Villa Langkawi, Kunang-Kunang Heritage Villas, Adagaya Villa - Private Pool Villa, Senyum Inn, MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi, District Eight, Pemandangan Indah Guest House - Look Out Point.
Buat masa ini, terdapat sekitar 10 hotel yang boleh anda tempah di Langkawi International Airport (LGK)
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak di Padang Matsirat dan kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Kuah. Menjadi titik pintu masuk ke pulau bebas cukai ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merupakan lapangan terbang tentera Jepun dan British suatu ketika dahulu. Hari ini, bagi menampung permintaan pelancong yang semakin meningkat, lapangan terbang ini telah menambah baik terminal dan landasan supaya dapat mengendalikan 2.5 juta penumpang setiap tahun dan 1,000 penumpang pada waktu puncak. Lapangan terbang ini juga boleh menampung pesawat jenis operasi B747. Ia terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan, tempat makan serta menjadi tuan rumah untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di mana ia merupakan acara aeroangkasa antarabangsa bagi industri penerbangan, dengan persembahan aero untuk orang ramai. Terdapat pengangkutan awam yang mencukupi di sekitar lapangan terbang ini. Teksi dan perkhidmatan kereta sewa banyak terdapat di terminal ketibaan. Jika anda perlu membeli sesuatu sama ada sebelum dan selepas penerbangan, anda boleh mencarinya di beberapa restoran dan kedai-kedai di sepanjang dewan ketibaan. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah ATM, telefon awam, bank dan pengurup wang serta troli percuma.
Lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai pasar malam, tempat ini ditutup buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada pasar yang meriah dengan banyak penjaja yang membuka gerai dan menjual pelbagai barangan termasuk makanan tempatan & makanan ringan, produk segar, pakaian, cenderamata & perhiasan, jam tangan, cermin mata hitam, dompet & beg tangan, lukisan, DVD dan banyak barangan lain pada harga yang sangat berpatutan. Apa yang menarik tentang pasar malam ini ialah, harga bagi kebanyakan barang boleh dikurangkan sebanyak mungkin. Amalan tawar-menawar dipraktis secara meluas di sini. Boleh dikatakan sebagai sebuah syurga bagi mereka yang gemar membeli-belah, pasar malam ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk mencuba pelbagai jenis hidangan tempatan.
Salah satu tarikan pelancong yang popular di Pulau ini ialah Kereta Kabel Langkawi atau lebih dikenali sebagai Langkawi Sky Cab yang terletak di kaki Gunung Machincang. Salah satu acara kemuncak di sini adalah anda akan mendapatkan pengalaman yang sangat menarik dan menikmati suasana berada di jambatan melengkung terpanjang di dunia dengan 125 meter panjang atau lebih dikenali sebagai jambatan langit. Melihat suasana dari atas, anda pasti akan berasa kagum dengan permandangan Langkari yang menakjubkan pada 700 meter di atas paras laut. Walau bagaimanapun, jika anda melawat tempat ini semasa cuti umum atau sekolah, rancanglah perjalanan dengan bijak kerana kebiasaanya anda perlu berbaris untuk mendapatkan tiket yang mungkin boleh memakan masa yang agak lama.
Terletak di sepanjang persisiranpantai yang sangat tenang, Century Hotel & Resorts adalah tempat peranginan yang menarik direka dengan seni bina Malaysia kontemporari. Hanya 1.07 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan berdekatan dengan tempat daya tarikan tempatan terkenal yang lain seperti Beras Terbakar (2.00 km), Pasar Malam Langkawi (2.41 km) dan Pantai Cenang (4.90 km), Century Langkasuka Resort Langkawi juga menjanjikan penginapan yang sangat selesa . Antara kemudahan utama yang ditampilkan di tempat peranginan ini ialah bar pantai, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan banyak lagi. Terdapat juga, perkhidmatan sewa kereta, limosin dan lain-lain lagi.
Dengan lapan villa individu yang bergaya Melayu antik, Bon Ton Resort adalah antara hotel yang paling elegan, unik dan intim di pulau itu. Terletak di kawasan terpencil di sebuah ladang kelapa yang telah berusia 100 tahun, villa ini dibina di sekitar kolam dan berhadapan dengan lagun teratai, di Jalan Pantai Cenang. Tempat peranginan yang unik ini adalah kira-kira 10 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Semua vila di sini ditampilkan dengan kemudahan peti sejuk, kemudahan membuat kopi dan teh, air mineral percuma, pengering rambut, kain, selipar tempatan, TV, pemain CD / DVD, Wi-Fi di seluruh resort serta komputer dan mesin pencetak untuk kegunaan tetamu. Terdapat juga sebuah ruang makan peribadi yang menghadap ke lagun yang indah yang menawarkan tempat makan eksklusif dan romantis.