
SPICE Arena merupakan sebuah stadium tertutup di Bayan Baru, Pulau Pinang. Ia dahulu dikenali sebagai PISA atau Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang. Stadium tertutup ini asalnya telah siap pada tahun 2000 dan telah menjadi stadium tertutup yang terbesar di zon Utara Malaysia. SPICE Arena ialah sebuah arena tertutup pelbagai kegunaan dengan ukuran seluas 33,000 kaki persegi dilengkapi dengan 10,000 tempat duduk teres yang boleh memuatkan ramai orang untuk penganjuran acara. Tempat ini mempunyai bilik khas yang lengkap sesuai untuk majlis korporat dan sosial. Arena ini sering dijadikan sebagai tapak penganjuran pameran dan kejohanan sukan. Majlis makan malam tahunan dan bankuet juga kerap dianjurkan di sini.
SPICE Arena boleh dihubungi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo Air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menyediakan penerbangan terus setiap hari. Setibanya anda di lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi untuk ke SPICE Arena yang hanya berada pada jarak 5 km.
Anda boleh memandu ke SPICE Arena menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang di sepanjang perjalanan anda. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke SPICE Arena. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 3 jam 46 minit.
Salah satu cara termudah untuk ke SPICE Arena adalah dengan menaiki kereta api. Anda boleh menaiki kereta api ETS dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Stesen Kereta Api Butterworth. Setibanya anda di situ anda boleh menaiki feri yang mengambil masa perjalanan selama 15 minit untuk tiba di Georgetown. Dari Georgetown, anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke SPICE Arena yang hanya berada pada jarak 17 km.
Anda boleh meluangkan masa untuk bermain golf di padang yang menghiburkan dan berehat di rumah kelab golf ketika berkunjung ke SPICE Arena. Kelab Golf Pulau Pinang ini mempunyai 36 lubang dan resortnya terletak di dalam sebuah perbandaran baru. Ia pasti mencabar kebolehan dan kesabaran para pemain golf dengan tiga set pukulan, barisan pokok dan lanskap mewah di padangnya. Kelab ini juga menyediakan tempat yang sesuai untuk anda berhibur bersama ahli keluarga, sahabat handai mahupun sahabat perniagaan.
Queensbay Mall merupakan salah satu pusat membeli-belah mewah di Pulau Pinang yang hanya mengambil masa perjalanan selama 10 minit dari SPICE Arena. Pusat membeli-belah ini mempunyai ruang perniagaan lima tingkat yang menampatkan jenama antarabangsa dan tempatan termasuk fesyen, gaya hidup, makanan dan minuman, hiburan, sukan, barangan elektronik, kelengkapan rumah dan pusat membeli-belah. Penyewa utama di pusat membeli-belah ini ialah AEON dan kompleks pawagam Golden Screen Cinema yang terletak di tingkat atas bangunan ini.
Institut Penyelidikan Perikanan merupakan satu lagi destinasi pelancongan yang mesti anda kunjungi ketika berada di SPICE Arena. Anda boleh melihat kehidupan di dasar laut dengan berkunjung ke Institut Penyelidikan Perikanan yang mempunyai 25 kolam menempatkan pelbagai jenis kehidupan laut. Anda boleh melihat pelbagai spesis hidupan laut seperti ikan singa, ikan kotak, belut, ikan batu dan ikan pari.
Anda boleh menerokai tapak bersejarah Muzium Perang Pulau Pinang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah, kebudayaan dan peralatan ketenteraan serta cara hidup mereka yang pernah tinggal di dalam kota ini. Muzium Perang Pulau Pinang telah dibaikpulih menjadi sebuah memorial untuk memperingati zaman kegelapannya suatu ketika dahulu dan telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2002. Kebanyakan bangunan dan terowong bawah tanah yang terdapat di sini telah dibina oleh Kejuruteraan Di Raja British. Anda juga boleh membaca papan maklumat mengenai artifak dan cara hidup tentera dan juga banduan yang pernah tinggal di sini pada suatu ketika dahulu.
Penginapan di Olive Tree Hotel merupakan pilihan bijak buat anda yang mencari pilihan penginapan mewah dan selesa. Hotel bertaraf empat bintang ini terletak di Bayan Lepas terletak hanya 241 meter dari SPICE Arena. Hotel ini memudahkan anda untuk mengunjungi tarikan utama yang terdapat di sekitarnya. Nikmati layanan serba mewah dan pengalaman yang pasti tidak akan anda lupakan ketika menginap di Olive Tree Hotel.
Super 8 Hotel Bayan Bary ialah sebuah hotel bertaraf dua bintang yang terletak di Bayan Lepas sesuai untuk para pengunjung yang mencari penginapan selesa pada harga yang rendah. Hotel ini terletak hanya 592 meter dari SPICE Arena. Hotel Bayan Baru Super 8 merupakan penginapan yang tepat buat anda kerana ia menawarkan kemudahan asas yang selesa.
Total Accommodation | 376 Properties |
Popular Hotel | Iconic Regency by Stellar ALV, Palm Residence |
Popular Landmark | White Horse, 123 Laundry at Bukit Jambul (Dobi Layan Diri with FREE deteergent and softener) |
Harga satu malam | serendah RM 40/malam |
Dari 25 Julai hingga 11 Ogos 2024, Traveloka akan mengadakan Jualan EPIC Traveloka dengan banyak promosi menarik untuk hotel, penerbangan, dan tiket tarikan. Untuk produk penginapan, gunakan kod kupon 'EPICSTAY' untuk mendapatkan diskaun tambahan. Psst... tawaran ini hanya untuk transaksi melalui aplikasi sahaja. Muat turun Aplikasi Traveloka dan nikmati diskaun sekarang.




