Popular Hotel | Perdana Kota Bharu, The Grand Renai |
Popular Landmark | Sultan Ismail Petra Airport (KBR) |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Perdana Kota Bharu, The Grand Renai, Grand Riverview Hotel, Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, H Elite Design Hotel, Mj Homestay, Assalam Hotel, PCB Beach Resort, Crown Garden Hotel, Sutera Inn Prima.
Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Sultan Ismail Petra Airport (KBR)
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan bekas pangkalan tentera RAF yang telah dipindahkan ke terminal baru pada tahun 2002. Ia beroperasi di bandar Kota Bharu, Kelantan. Lapangan terbang ini dinamakan sempena nama Sultan Ismail Petra, sultan Kelantan yang ketiga belas, yang memerintah dari tahun 1980 hingga 2010. Seni bina bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mempunyai sentuhan imej Islam di negeri ini. Ia mempunyai pintu gerbang melengkung dan berwarna putih. Pada tahun 2011, landasan di situ dipanjangkan dari 1,981m kepada 2,400m bagi menampung pesawat Airbus A330 dan Boeing 737-800. Ia mempunyai tiga jambatan udara dan mampu untuk mengendalikan 1.45 juta penumpang. Selain itu, ia mengendalikan penerbangan bagi Airlines, Air Asia dan Firefly.
Terdapat pelbagai hotel-hotel berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Sama ada anda melancong dengan keluarga, bersendirian atau dengan pasangan anda, berikut merupakan tempat penginapan yang terbaik untuk anda pilih;
Jalan Mahmood Kota Bharu Kelantan Hotel Perdana adalah antara hotel yang utama di Kota Bharu. Ia telah melalui perubahan besar dan menjadi sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, dalam jarak berjalan kaki ke Stadium Sultan Muhammad ke - IV, sebuah lokasi yang strategik dalam kawasan komersial, pejabat kerajaan, kawasan membeli-belah, hospital dan tempat tarikan pelancongan. Hotel ini hanya 15 minit memandu (9.8km) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Seni bina di hotel jelas memaparkan ukiran unik di mana warisan Melayu yang kaya diadaptasikan. Sesuai untuk trip perniagaan atau percutian santai, Hotel Perdana bakal menjadi mercu tanda baru dan merupakan sebuah pilihan penginapan yang unggul di Kota Bharu.
Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, 15150, Malaysia Alami budaya Melayu yang kaya di Hotel Renaissance Kota Bharu, suatu kemewahan dan gaya hidup Hotel Marriott yang bertaraf 5 bintang di bandar ini. Untuk trip perniagaan atau bersantai, 298 bilik penginapan dan suite yang luas menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dengan pelbagai kemudahan. Di samping itu, di Pusat Kecergasan Renaissance terdapat gimnasium terbesar di Kota Bharu yang dilengkapi dengan peralatan kecergasan terkini, kolam renang, sauna dan bilik wap. Ia terletak di tengah-tengah kawasan komersial dan pusat membeli-belah di Kota Bharu dan hanya 12 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Jalan Post Office Lama Kota Bharu Kelantan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan yang serba mewah dengan kemudahan bagi penginapan perniagaan dan percutian hebat di pusat bandar Kota Bharu. Ia terletak di tengah-tengah kawasan komersial dan pusat membeli-belah di bandar Kota Bharu dan hanya 10.1km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Dengan lokasi utama yang berhampiran Sungai Kelantan dan berada dalam jarak berjalan kaki ke pusat perniagaan dan kawasan membeli-belah serta zon kebudayaan, hotel ini ideal untuk sebarang penginapan.