1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9667 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (566 Hotel)
    >
  4. Kulim
    (25 Hotel)
    >
  5. Karangan
    (2 Hotel)

Hotel berhampiran Masjid Taman Desa Aman

Kulim, Malaysia · 2 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 09 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Taman Desa Aman Mosque adalah sebuah mercu tanda di Kulim, Kedah. Masjid ini dibina untuk menampung keperluan keagamaan penduduk setempat yang berdekatan, dan masjid ini terletak di kawasan kejiranan yang lebih dalam. Antara tarikan terkenal di sini ialah Mengkuang Dam. Juga lihat hotel di Taman Desa Aman Mosque yang terbaik di sini.

Hotel popular berhampiran Masjid Taman Desa Aman

EXTERIOR_BUILDING Urban Inn, Serai Wangi

Urban Inn, Serai Wangi

Hotel
Kulim, Kedah
Lihat Harga
LOBBY Padang Serai Deluxe Roomstay

Padang Serai Deluxe Roomstay

Inap Desa
Kulim, Kedah
Lihat Harga
See all 2 Hotels near Masjid Taman Desa Aman

Facts about hotel in Masjid Taman Desa Aman

Total Accommodation
2 Properties
Popular Area
Bandar Kulim, Karangan
Popular Hotel
Urban Inn, Serai Wangi, Padang Serai Deluxe Roomstay
Popular Landmark
Lipur Forest, Tesco Kulim

Ulasan Tetamu dari Hotel di Masjid Taman Desa Aman

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Masjid Taman Desa Aman dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Masjid Taman Desa Aman akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Soalan lazim tentang Masjid Taman Desa Aman

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Masjid Taman Desa Aman?

Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Urban Inn, Serai Wangi, Padang Serai Deluxe Roomstay.

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Masjid Taman Desa Aman?

Buat masa ini, terdapat sekitar 2 hotel yang boleh anda tempah di Masjid Taman Desa Aman

Tentang

Masjid Taman Desa Aman merupakan sebuah mercu tanda di bandar Kulim, iaitu sebuah daerah kecil atau mukim di daerah Kulim, negeri Kedah, Malaysia. Dibina untuk menampung keperluan beragama penduduk setempat yang tinggal berdekatan di sini, masjid ini diletakkan di bahagian kejiranan yang lebih dalam, maka untuk ke masjid ini, pengunjung perlu memasukin jalan dalam Taman Desa Aman. Walaupun begitu, ia tidak jauh dari jalan utama, malah terletak di sebelah jalan yang sering digunakan oleh penduduk untuk sampai ke jalan utama. Oleh itu, ia mudah diakses apabila memasuki Taman Desa Aman, terutamanya dengan reka bentuknya yang tersendiri dan berbeza berbanding dengan rumah-rumah penginapan di sekitarnya. Masjid ini biasanya digunakan oleh penduduk beragama Islam untuk pelbagai aktiviti keagamaan yang berfokus kepada masyarakat seperti khutbah, solat jemaah lima kali sehari, pengajian Al-Quran dan hadis dan banyak lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila turun dari lapangan terbang, para pengunjung boleh pergi ke destinasi tersebut dengan menaiki bas atau teksi.

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan/E1 untuk akses segera ke Masjid Taman Desa Aman. Perjalanan itu boleh mengambil masa sehingga tiga jam dan empat puluh minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.

Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat ialah Terminal Bas Kulim yang terletak di Jalan Belibis. Lakukan perjalanan terus ke Kulim dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Kejora Express, Mayang Sari dan Transnasional Express. Dari sini, pengunjung boleh mengambil bas laluan tempatan, teksi atau perkhidmatan perkongsian perjalanan untuk ke destinasi tersebut.

Tarikan Pelancongan

Empangan Mengkuang

Empangan Mengkuang adalah empangan buatan manusia yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang terletak kurang daripada 25 kilometer jauhnya dari mercu tanda tersebut. Ia dibuka secara rasmi oleh Dr. Tun Awang bin Hassan yang merupakan gabenor pada tahun 1985. Menjadikan empangan tersebut sebagai satu-satunya empangan yang terletak di kawasan tanah besar Pulau Pinang di Seberang Perai dan empangan kedua negeri ini selepas empangan Ayer Itam. Ia mempunyai kawasan tadahan air sebanyak 3.9 kilometer persegi dan kapasiti simpanan kasar sebanyak 23.6 bilion liter air. Ini menjadikan ia empangan terbesar di Pulau Pinang dengan kapasiti yang hampir 10 kali ganda besarnya daripada Empangan Air Itam. Di samping menjadi kawasan tadahan air, ia juga popular untuk tujuan riadah dengan beberapa acara utama yang berlaku di sini seperti Festival Bot Naga Pulau Pinang terkenal yang akan diadakan di sini setiap tahun. Dalam acara ini, bot-bot tradisional yang dibina dengan motif-motif naga yang unik dibawa untuk berlumba di sini dengan pemukul gendang akan memukul gendang dengan rentak yang mengikuti perlumbaan mereka sehingga ke akhir garisan.

Hotel

MBI Desaku Homestay

Terletak di 6, Jalan MBI Desaku 1/1, Taman MBI Desaku, Padang Serai, homestay ini dihiasi dengan kemas dan diatur untuk memberikan pengalaman terbaik yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan. Kemudahan yang disediakan termasuk meja, pengering rambut, tempat simpanan, dapur kecil, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pancuran mandian dan televisyen. Terdapat kedai kopi berdekatan dan tempat untuk barbeku.

Fuller Hotel Kulim

Fuller Hotel Kulim adalah sebuah hotel bertaraf dua bintang yang selesa di 50, Kota Kenari, Bandar Kulim yang terletak kira-kira tiga puluh minit dari mercu tanda tersebut. Kemudahan dan perkhidmatan termasuk meja, televisyen kabel, pengering rambut, air mandian pancuran, peti deposit keselamatan, dobi, kedai runcit, simpanan bagasi dan mesin fotokopi.

Kulim Golf & Country Resort

Sebagai salah satu penyedia penginapan yang lebih dikenali di sekitar kawasan ini, Kulim Golf & Country Resort berusaha memberikan pengalaman terbaik untuk pengunjung yang tiba di bandar ini. Ia terletak tujuh belas kilometer jauhnya dari bandar dengan kemudahan dalam bilik termasuk meja, peti sejuk, air mandian pancuran, tab mandi, ketuhar gelombang mikro, dapur kecil dan televisyen kabel serta kemudahan mesyuarat, sauna dan pusat kecergasan.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved