Lebih lanjut tentang hotel dekat Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar
Stadium Tuanku Syed Putra, juga dikenali dengan nama Stadium Utama, terletak dipertengahan bandar Kangar, Perlis. Stadium ini dibuka pada tahun 1995, mempunyai 5000 tempat duduk dan mampu menampung 20,000 penonton. Ia adalah satu stadium serbaguna di Perlis dan lebih banyak digunakan sebagai tempat berlangsungnya perlawanan bola sepak. Stadium ini juga merupakan tuan rumah kepada kelab pasukan bola sepak negeri iaitu kelab Perlis FA.
Pada tahun 2013, stadium ini telah diubahsuai sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara Sukan Malaysia (SUKMA) yang ke-17 yang diadakan pada bulan Mei 2014. Pada acara perasmian pembukaan SUKMA ini juga nama stadium ini, yang awalnya dikenali dengan nama Stadium Utama telah ditukar kepada Stadium Tuanku Syed Putra. Acara ini telah dirasmikan oleh Raja Perlis iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Lapangan terdekat bagi mereka yang ingin menaiki kapal terbang adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Setar, Kedah, kira-kira 52 kilometer dari bandar Kangar. Jarak dari bandar Kangar ke Stadium Tuanku Syed Putra hanyalah sekitar dua kilometre.
Tarikan Pelancongan
Gua Kelam.
Bagi mereka yang menyukai alam sekitar dan juga menjelajah gua, Gua Kelam merupakan salah satu destinasi pilihan yang tidak merugikan. Terletak 25 kilometer dari Stadium Tuanku Syed Putra, gua ini terbentuk oleh batu kapur, berkedalaman 370 meter dan dilengkapi dengan laluan yang diperbuat dari kayu bagi memudahkan pengunjung berjalan. Gua ini adalah bekas lombong bijih timah yang sekarang menjadi pilihan penduduk setempat dan juga pelancong dari luar untuk menikmati keindahan gua.
Hutan Lipur Bukit Ayer
Salah satu tempat pelancongan, Hutan Lipur Bukit Ayer ini mempunyai air terjun dan kolam yang bersih, dan cantik. Disamping itu, pelancong juga boleh menikmati keindahan alam sekitar dengan hiking sekitar hutan lipur ini. Bagi memudahkan para pelancong untuk bermain, dan beristirehat di hutan lipur ini, ia dilengkapi juga dengan sebuah surau dan beberapa kedai kecil menjual makanan ringan, tidak melupakan tempat beristeraht sementara.
Galeri Diraja Istana Arau
Bertempatkan di sebelah Istana Arau, galeri ini merupakan tempat dimana para pelancong boleh mempelajari tentang sejarah keluarga Diraja Perlis dan juga melihat barang-barangperlengkapan keluarga Diraja.
Festival Harum Manis
Bercuti ke Perlis adalah sebaik-baiknya pada bulan April-Jun, lebih-lebih lagi buat penggemar buah mangga kerana pada tiga bulan inilah, buah mangga harum manis ini boleh dipetik dan dinikmati. Buah mangga harum manis merupakan salah satu buah yang paling dicari di seluruh negara dan harganya telah mencecah sekitar RM50-60 untuk satu kilogram! Percutian ke Perlis itu tidak lengkap jika tidak mencuba buah mangga yang sangat harum dan manis ini, bersesuaian dengan namanya.
Kuala Perlis
Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai jenis makanan dan boleh dikatakan hamper semua rakyat Malaysia itu foodie, Perlis juga mempunya makanan istimewa yang boleh dijumpai di Kuala Perlis. Kuala Perlis ini merupakan tempat lahirnya salah satu laksa yang popular di Malaysia, iaitu Laksa Kuala Perlis. Terletak dengan jarak pemanduan sekitar 20 minit, Kuala Perlis merupakan destinasi wajib jika anda mencari laksa, makana laut yang sedap dan pelbagai! Terdapat jeti di Kuala Perlis yang mempunyai feri untuk pergi ke Langkawi dan ferinya juga mempunyai kapasiti untuk membawa kereta menyeberang.
Hotel
Perlis mempunyai pelbagai pilihan untuk hotels dan tempat beristirehat. Dibawah adalah beberapa pilihan.
The Putra Regency, Kangar
Salah satu hotel yang sudah popular dengan servis berkelas tinggi, bilik yang mewah, dan masih tetap tidak meninggalkan warisan setempat, hotel ini terletak hanya satu kilometre lebih dari stadium, di tengah-tengah kesibukan bandar Kangar. Hotel ini telah dibagi rating yang cukup tinggi oleh pelanggan untuk kebersihan dan keselesaan.
Hotel Seri Malaysia, Kangar
Siapa yang tidak kenal atau tidak pernah mendengar jenama hotel yang mempunyai sekurang- kurangnya satu cawangan di setiap negeri di Malaysia? Hanya 10 minit dari Bandar DiRaja Arau, Hotel Seri Malaysia memberikan servis yang cukup memuaskan dengan harga yang terjangkau. Bilik hotel yang luas dan bersih ini merupakan salah satu sebab ramai yang memilih hotel ini.





![Lobby 1 Coop Hotel Kangar [OLD], Hotel Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar](https://ik.imagekit.io/tvlk/apr-asset/dgXfoyh24ryQLRcGq00cIdKHRmotrWLNlvG-TxlcLxGkiDwaUSggleJNPRgIHCX6/hotel/asset/20038199-649594ae39a3f3a65b767403b26561f2.jpeg?_src=imagekit&tr=fo-auto,h-280,q-40,w-280)


























