Mile 36 Lodge atau dikenali sebagai Batu Tiga Puluh Enam dalam Bahasa Melayu adalah sebuah penginapan yang terletak di Kawasan Tamparuli di kaki gunung menghala ke Ranau. Penginapan ini mengekalkan sedikit bangunan asal mereka dan digabungkan dengan pembangunan baru. Ini bertujuan untuk memperingati penduduk tempatan tentang pembangunan di Kawasan pergunungan Gunung Kinabalu. Penginapan ini terletak di Kawasan yang dipenuhi dengan tanaman yang menghijau membuatkan kawasannya sejuk dan nyaman. Disebabkan Kawasan penginapan ini adalah disekitar alam sekitar, merokok tidak dibenarkan di Kawasan penginapan ini.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Mile 36 Lodge. Cara utama untuk ke penginapan ini dari Kuala Lumpur adalah dengan menaiki kapal terbang ke Kota Kinabalu. Antara penerbangan yang membuat perjalanan ke Kota Kinabalu adalah Air Asia, Malindo Air, Malaysia Airlines dan beberapa lagi. Kemudian dari lapangan terbang Kota Kinabalu, pengunjung boleh mengambil teksi dari lapangan terbang untuk ke penginapan itu. Ia akan mengambil lebih kurang 2 jam untuk sampai. Harga tambang teksi adalah lebih kurang RM190 sehala.
Selain dari teksi, pengunjung boleh juga mengambil bas dari Terminal Bas di Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Padang yang berdekatan dengan Pusat Bandar. Dengan mengambil teksi menghala ke Ranau, bas akan menurunkan penumpang mereka di luar Batu Tiga Puluh Enam. Tambang bas pula adalah berharga RM25.
Dari Terminal Kota Kinabalu juga para tetamu boleh menempah teksi untuk pergi ke penginapan. Para tetamu juga boleh berkongsi teksi dengan tetamu lain untuk mengurangkan harga tambang keselurahan teksi.
Terdapat banyak bilik dan rumah yang terletak di hartanah dan tersebar di 8 bangunan dan 3 ekar tanah. Para tetamu boleh memilih antara untuk menempah bilik atau keseluruhan rumah. Ada beberapa jenis bilik seperti Twin Room, Double Room, Double Deluxe Garden View dan Double Deluxe Mountain View. Kesemua bilik ini adalah untuk 2 orang. Jika tetamu memerlukan katil tambahan, mereka perlu menambah RM30. Kemudian terdapat bilik Family Room, Quad Room, Union Room, Studio Room, Family Room with Garden View, Cabin Room dan Triple Room. Bilik β bilik ini boleh memuatkan 3 hingga 5 tetamu pada satu masa. Kemudian terdapat bilik single room, budget twin room dan old long house hut dimana ia ditawarkan untuk 1 tetamu pada satu masa.
Semua bilik disertakan dengan sarapan pagi percuma. Di dalam setiap bilik, terdapat bilik air dengan mandian air panas. Tuala mandi dan minuman air panas juga disertakan di dalam setiap bilik. Bilik β bilik di penginapan ini mempunyai permandangan gunung atau taman.
Selain daripada bilik β bilik persendirian, penginapan ini juga menawarkan seluruh rumah seperti Willieβs Cottage dan Fado Chalet yang mempunyai 3 bilik. Chin Bungalow dan Willieβs Guesthouse pula mempunya 2 bilik sahaja. Kesemua rumah ini juga akan disertakan dengan sarapan pagi dan tuala mandi. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi tetamu yang mahukan alat memasak seperti alatan BBQ, periuk nasi, sudu garfu dan pinggan. Kesemua rumah ini juga akan dikenakan deposit RM100 untuk memastikan tiada kerosakan terjadi.
Ada banyak kemudahan yang ada di sini untuk membuatkan para tetamu lebih selesa. Penginapan ini mempunyai lif untuk para tetamu bergerak dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Di Kawasan penginapan ini juga ada banyak tempat letak kenderaan untuk para tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Akan ada tempat yang istimewa untuk mereka meletakkan kenderaan mereka. Selain itu, penginapan ini juga mempunyai restoran mereka sendiri. Mereka boleh menyediakan makanan tempatan untuk tetamu mereka sama ada untuk sarapan pagi , makan tengah hari atau makan malam. Terutama sekali apabila restoran lain adalah jauh sedikit dari penginapan ini. Penginapan ini juga mempunyai perkhidmatan mencuci baju. Tetapi tetamu akan dikenakan sedikit bayaran berdasarkan berat baju yang perlu dicuci. Penginapan ini juga menawarkan Wifi di kesemua tempat termasuk di dalam bilik tetamu juga.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan. Untuk butiran lanjut, sila hubungi hartanah menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 15
Kemudahan Popular | Restoran, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 13:00 - Sebelum 11:00 |
Bilik tersedia di Mile 36 Lodge | 18 |
Fasilitas lain di Mile 36 Lodge | Kawasan bebas rokok, OTHER, Perkhidmatan dobi, Penyimpanan bagasi, Penyambut tetamu 24 jam |