Monkey Motel & Cafe

Hotel
Di Kawasan
Lihat Peta
No 68, Jalan Hang Kasturi, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75200

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
WiFi
Monkey Motel & Cafe adalah sebuah hotel bertaraf 1 bintang yang terletak di Jalan Hang Kasturi di Bandar Melaka, Malaysia. Ia adalah sebuah tempat penginapan yang sangat bagus di Melaka. Ia berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Taman Tema Air Kota A’ Famosa, muzium, gereja dan pelbagai lagi. Ia dahulunya adalah sebuah rumah bersejarah yang diubah suai untuk dijadikan sebagai hotel. Ia juga terletak di kawasan yang mempunyai banyak warisan budaya.Selain daripada itu, hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang boleh membuatkan para tetamu mereka merasa selesa dan dapat tinggal di hotel itu dengan mudah. Hotel ini mempunyai kafe mereka tersendiri yang berupaya untuk menyediakan kopi dan minuman lain. Makanan juga ada disediakan di kafe ini. Kebanyakkan tetamu yang tinggal di sini akan berupaya untuk meluangkan masa di kafe ini dan menikmati minuman yang menyegarkan.Hotel ini memang salah satu hotel yang sangat sesuai dipilih bagi mereka yang datang ke bandar Melaka kerana keselesaan yang ditawarkan dan juga pada harga yang sangat berpatutan.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Monkey Motel & Cafe

No 68, Jalan Hang Kasturi, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75200
Temui Lebih Banyak Tempat
Lobi Monkey Motel & Cafe
Lobi 2 Monkey Motel & Cafe

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Monkey Motel & Cafe

Monkey Motel & Cafe adalah sebuah hotel bertaraf 1 bintang yang terletak di Jalan Hang Kasturi di Bandar Melaka, Malaysia. Ia adalah sebuah tempat penginapan yang sangat bagus di Melaka. Ia berdekatan dengan banyak tarikan pelancong seperti Taman Tema Air Kota A’ Famosa, muzium, gereja dan pelbagai lagi. Ia dahulunya adalah sebuah rumah bersejarah yang diubah suai untuk dijadikan sebagai hotel. Ia juga terletak di kawasan yang mempunyai banyak warisan budaya.

Selain daripada itu, hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang boleh membuatkan para tetamu mereka merasa selesa dan dapat tinggal di hotel itu dengan mudah. Hotel ini mempunyai kafe mereka tersendiri yang berupaya untuk menyediakan kopi dan minuman lain. Makanan juga ada disediakan di kafe ini. Kebanyakkan tetamu yang tinggal di sini akan berupaya untuk meluangkan masa di kafe ini dan menikmati minuman yang menyegarkan.

Hotel ini memang salah satu hotel yang sangat sesuai dipilih bagi mereka yang datang ke bandar Melaka kerana keselesaan yang ditawarkan dan juga pada harga yang sangat berpatutan.

Bagaimana untuk ke Monkey Motel & Cafe

Ada beberapa cara untuk sampai ke Monkey Motel & Cafe. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke Seremban dan meneruskan perjalanan ke bandar Melaka. Kemudian pengunjung perlu mengambil susur keluar di Ayer Keroh/Bandaraya Melaka. Ia akan mengambil masa 1 jam dan 58 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 149 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini. Lebuhraya ini mempunyai tol untuk sampai ke Melaka.

Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Melaka. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Melaka. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Sani Ekspress. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 11 hingga ke RM 18. Kemudian mereka akan diturunkan di Terminal Bas Melaka dan pelancong boleh mengambil teksi untuk ke hotel itu.

Pilihan Bilik di Monkey Motel & Cafe

Monkey Motel & Cafe mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang ingin tinggal di sini. Jenis bilik yang pertama adalah bilik 1 Dormitori dengan 3 katil. Ia adalah bilik untuk 3 orang. Ia mempunyai 1 katil Queen dan 1 katil bujang. Bilik ini mempunyai Wi-Fi percuma. Ia juga mempunyai air minuman percuma. Tetamu bilik ini harus menggunakan tandas awam di luar bilik. Bilik ini juga dilengkapi dengan kipas dan adalah kawasan larangan merokok.

Bilik lain adalah Bilik Double. Bilik ini memuatkan 2 tetamu pada satu masa. Ia mempunyai 1 katil Queen. Bilik ini juga mempunyai Wi-Fi percuma. Selain daripada itu, air minuman diberikan secara percuma setiap hari. Bagi tetamu bilik ini, mereka harus menggunakan tandas awam yang terletak di luar bilik mereka. Bilik ini juga dilengkapi dengan kipas dan adalah kawasan larangan merokok.

Bilik terakhir di hotel ini adalah bilik Double, Tandas Peribadi. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang dewasa. Ia mempunyai 1 katil Queen. Bilik ini juga mempunyai Wi-Fi percuma. Selain daripada itu, air minuman diberikan secara percuma setiap hari. Bilik ini mempunyai tandas peribadi. Bilik ini juga mempunyai alat mandian percuma. Bilik ini juga dilengkapi dengan kipas dan adalah kawasan larangan merokok.

Kemudahan dan Aktiviti di Monkey Motel & Cafe

Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai proses daftar masuk dan daftar keluar secara ekspres. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan untuk mencuci pakaian. Hotel ini juga mempunyai Wi-Fi percuma di semua tempat. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai ruang meletak kenderaan untuk tetamu yang membawa kereta mereka sendiri. Pekerja di hotel ini juga boleh bertutur dalam pelbagai Bahasa yang memudahkan tetamu dari negara lain untuk berkomunikasi selain daripada Bahasa Inggeris. Para tetamu hotel ini juga boleh meminta pendapat para pekerja di hotel ini untuk menunjukkan perjalanan untuk ke kebanyakan tarikan pelancong yang berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Monkey Motel & Cafe

Masjid Kampung Kling -

Masjid Kampung Kling adalah salah satu masjid tertua yang terletak di Jalan Tukang Emas, Melaka. Ia adalah salah satu masjid yang menjadi tumpuan orang ramai kerana ia masih mengekalkan seni bina asal tradisionalnya. Ia dahulu dibina oleh pedagang India Muslim pada tahun 1748. Oleh itu nama masjid ini diberi nama berdasarkan tempat di mana pedagang India menetap di Melaka. Seni binanya mempunyai rekaan dari pengaruh bangsa Cina, Sumatra, Hindu dan Melayu dari Melaka.

Semua kemudahan dari Monkey Motel & Cafe

Ruang Umum Monkey Motel & Cafe
Ruang Umum
Lobi Monkey Motel & Cafe
Lobi
Perkhidmatan Hotel Monkey Motel & Cafe
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Monkey Motel & Cafe
Luar Bangunan
Bilik Tidur Monkey Motel & Cafe
Bilik Tidur

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Perkhidmatan dobi

Kemudahan Berhampiran

  • Kedai cenderamata
  • Dobi
  • Kedai

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Pancuran mandi
  • TV

Makanan dan Minuman

  • Kafe

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Monkey Motel & Cafe

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan pemastautin tetap Malaysia. Sila jangkakan bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Bayaran Cukai Warisan wajib MYR 3.00 setiap bilik yang didiami setiap malam untuk semua penginapan hotel. Bayaran ini mungkin berubah tanpa notis awal. Bayaran ini akan dikutip oleh hotel semasa ketibaan tetamu.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 22:00
Daftar keluar:
07:00 - 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

-

Dasar Tambahan

-

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - 22:00 - hingga 07:00 - 12:00
Bilik tersedia di Monkey Motel & Cafe
9
Bilangan tingkat di Monkey Motel & Cafe
1
Fasilitas lain di Monkey Motel & Cafe
Daftar masuk ekspres, Daftar keluar ekspres, Perkhidmatan dobi, Kedai cenderamata, Dobi

Soalan lazim tentang Monkey Motel & Cafe

Apa facilities yang tersedia di Monkey Motel & Cafe?
Berikut facilities yang ada di Monkey Motel & Cafe seperti AC, Restoran, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Monkey Motel & Cafe?
Masa check-in di Monkey Motel & Cafe bermula dari 14:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada 07:00 - 12:00
Berapakah jumlah bintang yang dimiliki oleh Monkey Motel & Cafe?
Monkey Motel & Cafe ialah hotel bertaraf 1.0-bintang.
Berapakah bilangan tingkat di Monkey Motel & Cafe?
Monkey Motel & Cafe mempunyai 1 tingkat.
Berapakah jumlah bilik yang terdapat di Monkey Motel & Cafe?
Jumlah keseluruhan bilik di Monkey Motel & Cafe ialah 9.
Lihat Semua

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Monkey Motel & Cafe

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Belum jumpa apa yang anda cari?


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2026 Traveloka. All rights reserved