Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Hotel
8.5
Mengagumkan
Daripada 838 ulasan tetamu yang disahkan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Staf Mesra (8)
Mesra Kanak-kanak (5)
Makanan Sedap (2)
Kemudahan Bagus (2)
Bacho A. K.
9.7
/ 10
Baik untuk percutian keluarga. Bilik selesa dan memuaskan.
Di Kawasan
Lihat Peta
Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, 21300

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
TH Hotel dan Convention Centre merupakan sebuah hotel terkenal bertaraf empat bintang. Hotel ini terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. TH Hotel dan Convention Centre ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kejayaan Lembaga Tabung Haji dalam sektor perhotelan terbukti apabila TH Hotel dan Convention Centre telah dibuka di beberapa negeri seperti Kedah, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu sendiri.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, 21300
Lain-lain Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
Lain-lain 2 Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

TH Hotel dan Convention Centre merupakan sebuah hotel terkenal bertaraf empat bintang. Hotel ini terletak di Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. TH Hotel dan Convention Centre ini dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Kejayaan Lembaga Tabung Haji dalam sektor perhotelan terbukti apabila TH Hotel dan Convention Centre telah dibuka di beberapa negeri seperti Kedah, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu sendiri.

Bagaimana untuk ke TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Dari Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan tiket bas anda dan berlepas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus ke Kuala Terengganu. Perjalanan itu akan mengambil masa kira-kira enam jam. Dari terminal bas, dapatkan teksi untuk membawa anda ke hotel ini.

Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan domestik ke Kuala Terrenganu. Terdapat beberapa syarikat penerbangan domestik yang mengoperasikan penerbangan ke Kuala Terengganu seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Firefly dan Malindo Air. Dari lapangan terbang, anda perlu mengambil teksi untuk ke hotel ini.

Pilihan Bilik di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Bilik penginapan merupakan elemen pertama yang mesti dijaga oleh sesebuah hotel. Bagi TH Hotel dan Convention Centre, bilik-bilik penginapan yang disediakan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ekslusif. Hotel ini menyediakan sebanyak 7 kategori bilik penginapan. Setiap kategori datang dengan saiz, kelengkapan dan reka bentuk yang berbeza mengikut kadar harga bilik yang berbeza. Kadar harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM176 semalam.

Restoran dan Kafe di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Bagi memastikan para tetamu mendapat pengalaman yang menakjubkan di hotel ini, dua buah restoran hebat disediakan. Lagenda Restoran dibuka seawal jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Manakala Menanti Lounge dibuka pada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Dengan adanya dua buah restoran yang bersaing di tingkat yang sama, ia menambahkan lagi kualiti dan kesedapan makanan yang disajikan oleh restoran masing-masing. Sejurus dapat menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan untuk para tetamu hotel memilih.

Kemudahan dan Aktiviti di TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Setanding dengan hotel-hotel bertaraf empat bintang yang lain, TH Hotel dan Convention Centre juga menyediakan kemudahan yang unggul bagi memastikan para tetamu berasa selesa dan berpuas hati. Antara kemudahan yang disediakan adalah, bilik seminar dan mesyuarat yang dilengkapi teknologi canggih, kolam renang yang luas dan bersih, gimnasium yang dipenuhi peralatan senaman dan pelbagai lagi. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada, terbuktilah bahawa hotel bukan sahaja sesuai untuk tetamu berehat dan bersantai malah untuk tetamu yang datang atas urusan kerja juga.

Tempat Menarik berhampiran TH Hotel dan Convention Centre Terengganu

Mydin Mall -

Mydin adalah rangkaian hypermarket, pasaraya dan emporium yang diasaskan orang tempatan Malaysia. Ia merupakan rangkaian hypermarket terbesar di negaranya sendiri Malaysia sebagai pemborong dan peruncit. Mydin ditubuhkan pada tahun 1918 oleh Gulam Husen Jamal di negeri Pulau Pinang. Setelah beliau meninggal, anaknya mengambil alih perniagaannya dan mengembangkan Mydin ke tahap yang lebih berjaya. Mydin mula memperluaskan cawangannya ke negeri-negeri lain di Malaysia dan sekarang Mydin telah berkembang dengan mantap dengan sejumlah 267 buah cawangan termasuk pasar raya besar, emporium, kedai serbaneka, kedai F & B dan beberapa lagi.

Green Acres Golf and Country Resort -

Green Acres Golf and Country Resort diuruskan oleh Kelab Golf & Country Ibai. Ia terletak di Kuala Ibai, yang hanya 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Terletak di tengah-tengah perairan bebas Sungai Ibai, Green Acres telah direka untuk memanfaatkan sepenuhnya kecantikan dan keindahan semulajadi di sekelilingnya. Seluas 7,150 meter dengan 18 lubang Championship Golf pasti akan mewujudkan persekitaran yang mencabar namun menarik untuk kedua-dua acara golf samada kejohanan atau santai.

Istana Badariah -

Istana Badariah pertama kali dikendalikan pada jam 8.00 pagi pada hari Isnin, 22 Januari 1940 atau 12 Zulhijjah 1358 mengikut kalendar Islam. Kawasan istana ini meliputi kawasan seluas 41,844 ekar atau seluas 16,933 hektar di Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Istana Badariah menjadi kediaman rasmi kepada Sultan ke-14 dan ke-15 Terengganu. Reka bentuk struktur yang menarik dan indah yang dipamerkan di istana menjadi warisan kebangsaan dan negeri. Istiadat-istiadat rasmi kerajaan dan upacara sambutan pelawat negeri yang penting-penting sering diadakan di istana ini.

Masjid Tengku Tengah Zaharah -

Masjid Tengku Tengah Zaharah dikenali sebagai Masjid Terapung. Ia adalah masjid terapung yang pertama di Malaysia. Ia terletak di Kuala Ibai Lagoon yang terletak 4 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Masjid ini dibuka secara rasmi pada bulan Julai 1995 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Masjid putih ini menggabungkan seni bina moden yang menggabungkan penggunaan marmar, seramik, mozek dan brominat. Ia meliputi kawasan seluas 5 ekar dan mampu menampung sehingga 2000 pelawat pada satu masa.

Semua kemudahan dari Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Lain-lain Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
Lain-lain

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik bercantum
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Suratkhabar di lobi

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Notis Kemudahan

Please be informed the property is undergoing upgrading and modernization works on the hotel's lobby, meeting rooms, swimming pool and restaurant (partially) until 30th November 2023. Usage of the swimming pool is unavailable during these period. We apologies for any inconvinience and we thank you for your continued patience and understanding. ditutup buat sementara waktu dari 1-11-2023 to 30-11-2023.

Polisi Umur Minimum

Umur minimum untuk mendaftar masuk adalah 18. Tetamu bawah umur mestilah ditemani oleh orang dewasa semasa daftar masuk.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya
Harga Sarapan Pagi
Sarapan di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu bermula dari RM 0.29
Bilik tersedia di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
182
Bilangan tingkat di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
6
Fasilitas lain di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu
Penyaman Udara, Dewan besar, Bankuet, Bilik bercantum, Bilik keluarga

Soalan lazim tentang Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Apa facilities yang tersedia di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu?
Berikut facilities yang ada di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu?
Masa check-in di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Raia Hotel & Convention Centre Terengganu menyediakan sarapan pagi?
Ya, Raia Hotel & Convention Centre Terengganu menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 838 ulasan tetamu yang disahkan
8.5
Mengagumkan
Hebat
242
Bagus
478
Memuaskan
37
Biasa
81
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (8)
mesra kanak-kanak (5)
makanan sedap (2)
kemudahan bagus (2)
lokasi bagus (2)
bilik luas (8)
Lihat Lebih 6
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
mA
maizatul A.
8.5
/ 10
29 Sep 2023
Kolam masih dalam proses renovation, September hingga awal bulan 11. Anak-anak frust tak boleh mandi kolam, yang lain oke.

Suka ulasan ini?

FAHMI A. B. M.
Percutian
8.5
/ 10
02 Jul 2022
Raia Hotel memang terbaik⭐️ ▶️Staff sangat peramah. Mesra dan servis sangat baik. Kami sekeluarga sangat berpuas hati. ▶️ Bilik sangat kemas, ruang sangat luas, susun atur kelengkapan memang sedap mata memandang. Cuma ruang toilet agak kecil, yang berbadan besar mungkin sedikit sukar nak guna dngan selesa. Mujur saya sado🤓 ▶️Makanan pagi sedap betul. Serius😋 ▶️Kolam renang sangat luas. Air pula ada jadual penukaran bersistem. Bersih & tidak kuat klorin. Best je mandi. Lain kali akan datang lagi. Memang berbaloi. InshaAllah.
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
06 Jul 2022
Fahmi yang dihormati, Terima kasih kerana berkongsi ulasan hebat anda tentang hotel kami. Kami gembira mengetahui bahawa anda menikmati penginapan yang hebat dan menikmati kakitangan kami yang hebat, perkhidmatan yang hebat dan lokasi yang hebat. Kami menantikan kunjungan anda yang seterusnya tidak lama lagi.
Translated by Google Icon
MZ
Muhammad Z.
Percutian
9.7
/ 10
22 Jun 2022
Bilik besar. Layanan staff okay

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
29 Jun 2022
Zarimi yang dihormati, Terima kasih banyak kerana meluangkan masa untuk berkongsi penilaian anda di hotel kami dan adalah berbesar hati untuk anda menginap bersama kami. Kami berbangga dalam memenuhi keperluan tetamu kami dengan cara terbaik yang kami boleh. Kami menantikan kunjungan anda yang seterusnya tidak lama lagi.
Translated by Google Icon
NH
Nur H. A. H.
Percutian
8.7
/ 10
20 Feb 2022
Paling best kolam sebab macam themepark. Bilik luas tapi cahaya lampu bilik gelap sikit. Kalau tukar ke lampu putih mungkin lebih menarik. Sarapan biasa-biasa je. Roti canai keras. Banyak pilihan tapi biasa-biasa je.
Imej Ulasan untuk Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dari Nur H. A. H.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
02 Mar 2022
Terima kasih banyak kerana meluangkan masa untuk berkongsi rating anda di hotel kami dan amat berbesar hati untuk anda menginap bersama kami. Kami berbangga dalam memenuhi keperluan tetamu kami dengan cara terbaik yang kami boleh. Terima kasih sekali lagi kerana memilih Raia Hotel. Walau bagaimanapun, kami ingin memohon maaf atas kekurangan perkhidmatan yang anda alami dengan kami semasa penginapan anda dan sila yakin bahawa komen anda telah disemak dengan teliti supaya kami boleh menambah baik secara berterusan. Kami menantikan kunjungan anda yang seterusnya tidak lama lagi.
Translated by Google Icon
NB
Naieemah B. I.
8.5
/ 10
30 Dec 2021
Kolam untuk kanak2 best. Ala2 mini waterpark gitew
Imej Ulasan untuk Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dari Naieemah B. I.

Suka ulasan ini?

ZB
Zahari B. Z.
Percutian pendek
8.5
/ 10
27 Dec 2021
Bilik selesa,kolam mandi besar dan ada gelongsor untuk kanak2....sarapan pun sedap...

Suka ulasan ini?

AA
As Asdiff
Percutian
8.5
/ 10
03 Apr 2021
Bilik luas.. tempat mainan sesuai untuk kanak kanak.. selesa..
Imej Ulasan untuk Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dari Nor A.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
12 Apr 2021
Tetamu yang terhormat, Kami berbesar hati kerana anda memilih untuk menginap di Raia Hotel & Convention Center Terengganu semasa lawatan anda ke Terengganu baru-baru ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi maklum balas anda dengan kami. Kami menghargai komen anda dan akan membagikannya kepada pasukan kami. Kami harap berpeluang untuk menyambut anda di masa hadapan. Salam Pengurusan.
Translated by Google Icon
NS
NOR S. B. M. S.
Percutian pendek
9.7
/ 10
01 Apr 2021
Good stay. Kolam besar. Layanan pun baik. Bilik overall ok sangat.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
07 Apr 2021
Tetamu yang terhormat, Kami berbesar hati kerana anda memilih untuk menginap di Raia Hotel & Convention Center Terengganu semasa lawatan anda ke Terengganu baru-baru ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi maklum balas anda dengan kami. Kami menghargai komen anda dan akan membagikannya kepada pasukan kami. Kami harap berpeluang untuk menyambut anda di masa hadapan. Salam Pengurusan.
Translated by Google Icon
NK
Nik K. B. N. R.
Perniagaan
8.5
/ 10
15 Feb 2021
Berbaloi la dengan harga. Murah.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
23 Feb 2021
Tetamu yang terhormat, Kami berbesar hati kerana anda memilih untuk menginap di Raia Hotel & Convention Center Terengganu semasa lawatan anda ke Terengganu baru-baru ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi maklum balas anda dengan kami. Kami menghargai komen anda dan akan membagikannya kepada pasukan kami. Kami harap berpeluang untuk menyambut anda di masa hadapan. Salam Pengurusan.
Translated by Google Icon
NA
Nur A. B.
Percutian
8.5
/ 10
01 Jan 2021
Hotel yang sangat selesa... wlaupun ada sedikit kesilapan teknikal, tapi pihak pengurusan cekap mengendalikan nye...staff sangat baik hati melayan tetamu... kalau g terengganu lagi boleh booking hotel ni.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
08 Jan 2021
Tetamu yang dihormati, Kami berbesar hati kerana anda memilih untuk menginap di Raia Hotel & Convention Center Terengganu semasa lawatan anda ke Terengganu baru-baru ini. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berkongsi maklum balas anda dengan kami. Kami menghargai komen anda dan akan membagikannya kepada pasukan kami. Kami harap berpeluang untuk menyambut anda di masa hadapan. Salam Pengurusan.
Translated by Google Icon
An icon button
1
2
3
...
30
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved