Bagi mereka yang ingin bercuti pada hujung minggu di Genting Highland, maka Resorts World Genting - Theme Park Hotel adalah tempat penginapan yang ideal untuk menginap. Ia juga merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang bercuti secara berkumpulan. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bagus untuk tetamu mereka. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Para tetamu dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka dengan menggunakan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka. Mereka juga boleh menikmati hidangan yang lazat di restoran di dalam hotel ini. Selain itu, hotel ini juga terletak berhampiran dengan taman tema, pusat membeli-belah, kasino dan beberapa kedai yang lain.
Cara paling terpantas untuk sampai ke Resorts World Genting - Tema Park Hotel adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur akan memandu dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua Musang dan mengambil laluan keluar 803 A-Genting Sempah dari lebuhraya tersebut. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi sehingga mereka sampai di Genting Highland. Mereka boleh menemui Theme Park Hotel sebaik sahaja mereka memasuki kawasan Genting Highland. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 1 jam dan 15 minit.
Resorts World Genting - Theme Park Hotel telah menyediakan empat jenis bilik untuk pelanggan mereka. Antaranya ialah Sixers, Quads, Kings dan Honeymoon Suite. Bagi Sixers, ia mempunyai saiz sebesar 300 kaki persegi. Jenis katilnya adalah 3 katil queen dan ia boleh menampung 6 orang. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan kipas siling, air botol percuma, filem dalaman, cerek elektrik, peti sejuk, televisyen, peti keselamatan dalam bilik, selipar dan meja. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, air panas, pengering rambut, peralatan mandian dan bilik mandi peribadi. Seterusnya ialah Quads. Saiz bilik ini adalah 260 meter persegi. Ia mempunyai 2 katil queen yang boleh memuatkan 4 orang. Bilik ini mempunyai kipas siling, filem dalaman, peti sejuk, meja, air botol percuma, selipar pembuat kopi atau teh, televisyen dan peti keselamatan dalam bilik. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, air panas, pengering rambut dan peralatan mandian. Para tetamu boleh mendapatkan akses W-Fi secara percuma di dalam bilik ini.
Bilik yang berikutnya ialah King. Saiz bilik ini adalah 220 kaki persegi. Jenis katilnya adalah 1 katil king dan ia boleh menampung 2 orang. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bilik yang terakhir adalah Honeymoon Suite. Bilik ini berukuran 550 kaki persegi. Jenis katilnya adalah 1 katil king dan ia boleh memuatkan 2 orang tetamu. Para tetamu boleh menggunakan akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti kipas siling, filem dalaman, peti sejuk, meja, air botol percuma, cerek elektrik, televisyen, selipar dan peti keselamatan dalam bilik. Bilik mandi pula dilengkapi dengan pancuran mandian, air panas, peralatan mandian, pengering rambut dan bilik mandi peribadi.
Resorts World Genting - Theme Park Hotel mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan kepada para tetamu. Semua makanan di restoran telah memenuhi selera dan citarasa para tetamu di hotel ini.
Resorts World Genting - Theme Park Hotel telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah concierge, kaunter penyambut tetamu, penjagaan keselamatan selama 24 jam, kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa dan kasino. Selain itu, terdapat juga beberapa bank dan kedai berhampiran dengan hotel ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 23:00 - 07:00 - 12:00 |