Seri Bayu Resort

Resort
Lot 4756, PT 3076, Jalan Persiaran Seri Bayu, Bagan Lalang, Bagan Lalang, Sepang, Selangor, Malaysia, 43950
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Seri Bayu Resort menyediakan penginapan yang selesa kepada para tetamu. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan destinasi hujung minggu yang menenangkan kepada para penggemar alam semula jadi dan warga bandar. Ianya juga menjadi tempat permulaan yang baik untuk anda menerokai destinasi utama yang terdapat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan juga kawasan sekitar di Port Dickson dan Morib. Seri bayu Resort terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari pantai Bagan Lalang di dalam Daerah Sepang. Seri Bayu Resort terletak di alamat PT 3076, Lot 4756, Jalan Persiaran Seri Bayu, Bagan Lalang, Sepang. Terdapat 138 unit penginapan yang terdiri dari bilik Studio dan Apartment 2 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan kemudahan tambahan mengikut kategori bilik. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang disediakan. Walau apa pun jua tujuan lawatan anda, Seri Bayu Resort merupakan pilihan yang hebat buat anda.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Parkir
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Kejiranan Bersih (1)
Resort Yang Bagus (1)
Staf Mesra (2)
Kemudahan Bagus (1)
8.5
/ 10
Najwa N.
Puas hati, bilik besar.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Lot 4756, PT 3076, Jalan Persiaran Seri Bayu, Bagan Lalang, Bagan Lalang, Sepang, Selangor, Malaysia, 43950
Lobi Seri Bayu Resort
Lobi 2 Seri Bayu Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Seri Bayu Resort

Seri Bayu Resort menyediakan penginapan yang selesa kepada para tetamu. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan destinasi hujung minggu yang menenangkan kepada para penggemar alam semula jadi dan warga bandar. Ianya juga menjadi tempat permulaan yang baik untuk anda menerokai destinasi utama yang terdapat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan juga kawasan sekitar di Port Dickson dan Morib. Seri bayu Resort terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari pantai Bagan Lalang di dalam Daerah Sepang. Seri Bayu Resort terletak di alamat PT 3076, Lot 4756, Jalan Persiaran Seri Bayu, Bagan Lalang, Sepang. Terdapat 138 unit penginapan yang terdiri dari bilik Studio dan Apartment 2 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dan kemudahan tambahan mengikut kategori bilik. Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang disediakan. Walau apa pun jua tujuan lawatan anda, Seri Bayu Resort merupakan pilihan yang hebat buat anda.

Bagaimana untuk ke Seri Bayu Resort

Seri Bayu Resort boleh dihubungi dengan menaiki kapal terbang. Resort ini terletak hanya 32 km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Setibanya di lapangan terbang, anda boleh menaiki teksi atau bas yang disediakan untuk ke Seri Bayu Resort dengan masa perjalanan lebih kurang 37 minit. Anda juga boleh memandu ke Seri Bayu Resort. Hotel ini dihubungi dengan jaringan lebuhraya yang lengkap seperti Lebuhraya KESAS dan ELITE. Selain itu, anda juga boleh menaiki keretapi dari Stesen KL Sentral ke Putrajaya atau KLIA untuk ke Seri Bayu Resort. Dari stesen tersebut anda boleh menaiki teksi ke Seri Bayu Resort yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang sejam. Terdapat beberapa mercutanda yang terletak berhampiran dengan resort ini bagi memudahkan pencarian anda. Anda boleh mencari Pantai Bagan Lalang atau Kem Pengakap Bagan Lalang yang terletak kurang 1 km dari resort. Sekiranya anda menjumpai tempat seperti yang dinyatakan di atas, anda telah berada hampir dengan resort ini.

Pilihan bilik di Seri Bayu Resort

Seri Bayu Resort mempunyai keseluruhan 138 buah bilik yang dihias bagi menjamin keselesaan anda. Terdapat 2 kategori bilik utama iaitu bilik Studio dan Apartment 2 bilik. Kesemua bilik studio dan unit apartment dilengkapi dengan katil yang bersih dan selesa, sofa, televisyen, penyaman udara, pancuran air panas, meja tulis dan dapur.

Suite Studio merupakan kategori bilik yang selesa, santai dan bersih serta dihiasi gaya moden. Resort ini menawarkan sejumlah 18 unit bilik Studio dengan keluasan 40 kaki persegi. Setiap bilik mempunyai pemandangan taman yang dilengkapi dengan katil saiz Queen untuk memuatkan 2 atau 3 orang tetamu. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti alatan dapur, ruang makan, penyaman udara, bilik mandian pancuran air panas dan balkoni.

Apartment 2 bilik pula menampilkan ruang yang lebih luas dan selesa untuk para tetamunya terutamanya mereka yang bercuti bersama keluarga atau kumpulan besar. Resort ini mempunyai sejumlah 120 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 100 kaki persegi. Setiap bilik mempunyai 1 katil Queen dan 2 katil bujang. Setiap bilik mempunyai pemandangan taman dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti alatan dapur, ruang makan, penyaman udara, bilik mandian pancuran air panas, 2 bilik air dan balkoni.

Restoran dan Kafe di Seri Bayu Resort

Para tetamu boleh mencuba makanan yang disediakan di Seri Bayu Resort. Resort ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari makanan tempatan kepada pelbagai jenis kari dan makanan laut ala BBQ yang pasti menyelerakan. Para tetamu juga boleh mencuba makanan yang dijual di medan selera yang terletak hanya 500 meter sahaja dari resort ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Seri Bayu Resort

Seri Bayu Resort menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan aktiviti kepada para tetamu. Antara kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti kolam renang terbuka, restoran, taman permainan kanak-kanak, Wi-Fi di kawasan awam, sewaan basikal dan pengangkutan ke lapangan terbang. Selain itu, resort ini juga menawarkan kemudahan persidangan dan bankuet yang lengkap untuk majlis keramaian. Resort ini juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan kenduri kahwin, seminar, mesyuarat dan aktiviti kerja berpasukan untuk kemudahan para tetamunya. Seri Bayu Resort juga boleh menguruskan pakej khas mengikut keperluan para tetamu. Para tetamu boleh menikmati segala kemudahan rekreasi seperti kemudahan mesyuarat, bersiar-siar di taman, trek joging, gelanggang tenis dan futsal, kawasan BBQ dan kolam renang terbuka untuk menjadikan pengalaman penginapan anda sebagai sebuah pengalaman yang menyeronokkan.



Tempat Menarik berhampiran Seri Bayu Resort

Bagan Lalang Beach

- Ianya merupakan gerbang percutian yang hebat untuk anda yang ingin lari jauh dari kesibukan hidup di ibu kota. Pantai ini merupakan lokasi yang terkenal untuk pelbagai aktiviti pantai seperti berenang dan bermain bola tampar pantai dan juga bermain layang-layang selain dari menikmati juadah makanan di restoran yang terdapat di sepanjang pantai. Terdapat juga para pengunjung yang berkhemah semalaman di pantai ini untuk menikmati keindahan pemandangan matahari terbit dan terbenam.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Seri Bayu Resort
Kolam Renang
Ruang Umum Seri Bayu Resort
Ruang Umum
Lobi Seri Bayu Resort
Lobi
Luar Bangunan Seri Bayu Resort
Luar Bangunan
Bilik Tidur Seri Bayu Resort
Bilik Tidur

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bankuet
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Bebas rokok

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar Masuk Awal
  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Meja depan
  • Daftar keluar lewat

Aktiviti

  • Barbeku
  • Taman
  • Kemudahan luar
  • Kolam renang terbuka

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah
  • Bilik mandi mudah diakses OKU
  • Parkir mudah diakses OKU
  • Kebolehcapaian dalam bilik

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Daftar masuk awal
  • Daftar keluar lewat
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Makanan dan Minuman

  • Sarapan
  • Sarapan dengan surcaj

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai

Mesra Keluarga

  • Kolam renang kanak-kanak

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
15:00 - 22:00
Daftar keluar:
08:00 - 12:00

Polisi Hubungan Penginapan Sebelum Masa Daftar Masuk

Tetamu perlu menghubungi hotel 1 hari sebelum ketibaan.

Instruksi Daftar Masuk Umum

Parking will be on complementary only for 1 Vehicle for each booking. Additional vehicle for same booking will be chargeable @MYR15 per vehicle per stay.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
15:00 - 22:00 - 08:00 - 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Seri Bayu Resort?
Berikut facilities yang ada di Seri Bayu Resort seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Seri Bayu Resort?
Masa check-in di Seri Bayu Resort bermula dari 15:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada 08:00 - 12:00
Adakah Seri Bayu Resort menyediakan sarapan pagi?
Ya, Seri Bayu Resort menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 358 ulasan tetamu yang disahkan
8.3
Mengagumkan
Hebat
70
Bagus
225
Memuaskan
29
Biasa
34
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
kejiranan bersih (1)
resort yang bagus (1)
staf mesra (2)
kemudahan bagus (1)
lokasi bagus (5)
bilik luas (7)
harga berpatutan (2)
Lihat Lebih 7
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MS
Mohd S. B. R.
Percutian
4.8
/ 10
19 Jun 2022
Sangat sangat teruk service, dapat bilik pintu toilet tercabut, boleh di orang cakap tak tahu, nampak sangat tak service bilik. Lepas tu, tukar bilik bagi bilik apartment macam bangunan lama yang ditinggalkan, dah naik tingkat 2, dengan bawa anak lagi, barang pintu bilik tak boleh tukar, penat betol. Minta cancel di orang tak bagi, dah terang salah di orang bad service. Boleh pula bagi kunci manual, tu kira di orang tak tahu lah kan pintu rosak, tak de service. Kalau masuk tu ntah apa lagi yang rosak dah, penat naik turun tangga terus cancel jela, lantak la di orang nak telan duit, tak halal.
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk Seri Bayu Resort dari Mohd S. B. R.

Suka ulasan ini?

CS
CHE S.
Percutian pendek
9.7
/ 10
13 Nov 2023
Bilik luas, bersih, kolam well maintained. Pantai walking distance. Towel ada 4, bersih dan wangi. Remote aircond guna universal remote so kena setting dulu

Suka ulasan ini?

HM
Hanisah M. A.
Percutian pendek
9.7
/ 10
21 Feb 2022
Cuma saya dapat tingkat atas sekali. Saya request tingkat bawah. Penyewa hari tersebut tidaklah ramai sangat sepatutnya sri bayu boleh consider beri bilik yang diminta.

Suka ulasan ini?

DH
Deza H.
9.4
/ 10
01 Jan 2024
Staff ok, good customer service, bilik memang bersih tip top. Aircond tip top, memang dekat dengan pantai tapi tak leh mandi sebab keladak merah sebab hujan kot tapi scenery nice. Okelah. But, 1. Sink sumbat dengan bulu-bulu kat main room; 2. Tak de penyapu atau mop untuk clean; 3. WiFi slow, TV pun hang, fed up; 4. Pool kocik jur, aduhai, ingat besok macam dalam picture
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

MM
MUHAMMAD M. B. H.
Percutian
9.7
/ 10
07 Mar 2023
Kawasan sunyi bagi saya. Semua baik. Terima kasih.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AB
AZHAR B. M. J.
6.3
/ 10
14 Feb 2024
Service maintenance amat teruk. Pili air bocor, shower pili air bocor & pump Jamban problem tak keluar air. Sangat teruk. Check Dulu sebelum serah kunci pada customer.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Seri Bayu Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved