Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
Gambaran Penginapan
Info Kawasan
Bilik
Ulasan
Polisi Penginapan
Kemudahan
Kembali ke Atas

Shahzan Hotel Kuantan

Hotel
Lot PT240, Jalan Bukit Ubi / Jalan Masjid, Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
SWIMMING_POOL Shahzan Hotel Kuantan
EXTERIOR_BUILDING Shahzan Hotel Kuantan
LOBBY Shahzan Hotel Kuantan
LOBBY Shahzan Hotel Kuantan
RESTAURANT Shahzan Hotel Kuantan
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.4 Mengagumkan
Daripada 1,654 ulasan
Lihat ulasan berguna tetamu!
Baca pengalaman tetamu yang boleh membantu anda tentang penginapan ini.
Kali ke-10 stay sini. Memang best, berbaloi. Makanan sedap.
Siti N. B. M. D.
Lihat Semua Ulasan
Kemudahan
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
LIHAT SEMUA KEMUDAHAN

Butiran Lokasi

Lot PT240, Jalan Bukit Ubi / Jalan Masjid, Bandar Kuantan, Kuantan, Pahang, Malaysia, 25000
Buka Peta

Available Room Types in Shahzan Hotel Kuantan

Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan
Paparan Harga
Semalam
Tidak pasti dengan carian ini? Ubah butiran penginapan di sini
Daftar masuk:
Ahd, 05 Feb 2023
Tempoh:
1 malam
Tetamu dan Bilik
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 1 bilik
Berdasarkan 1,654 ulasan
8.4
Mengagumkan
Hebat
300
Bagus
1,135
Memuaskan
90
Biasa
129
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
All
pemandangan memuaskan (11)
bilik selesa (12)
bilik bagus (3)
staf mesra (7)
perkhidmatan yang baik (4)
makanan sedap (1)
lokasi bagus (17)
harga berpatutan (3)
LIHAT LANJUT (8)
Atur carian
Terkini
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
na
nor a. b. a. h.
9.4
/ 10
04 Sep 2022
Percutian
Bilik oke, selesa, banyak kemudahan. Makanan pun senang nak cari sebab banyak kedai area sini cuma bilik banyak habuk, bagitau pada staf malam lepas check in, mulanya staf bagitau housekeeping siang je, tiba-tiba ada staf lain datang bawa vacuum, terbaik, moga terus beri servis terbaik

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan

03 Oct 2022
Salam Sejahtera dari Hotel Shahzan Kuantan, Terima kasih sudi berkongsi pengalaman menginap di Hotel Shahzan Kuantan. Pihak pengurusan memohon maaf atas kekurangan dari segi kebersihan bilik. Aduan puan akan menambah baik perkhidmatan untuk pihak hotel. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan puan di masa akan datang. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak hotel. Sekian, terima kasih.
M
Mazlan
8.5
/ 10
12 May 2022
Percutian
Seronok sangat. Dekat untuk melawat tempat-tempat menarik. Sungai Kuantan & Menara Kuantam 118 pun dekat sahaja.
+2
Gambar

Suka ulasan ini?

AH
Amirul H.
8.5
/ 10
09 May 2022
Percutian pendek

Suka ulasan ini?

WAN A. B. W. Y.
6.1
/ 10
28 Mar 2022
Percutian pendek
Keadaan hotel agak kotor, kelam kabut pengurusan, makanan macam untuk asrama bantuan banjir. Hihi tapi padan dengan harga. Cuma first & last untuk datang lagi. Thank you

Suka ulasan ini?

FF
Fareez F.
10
/ 10
04 Mar 2022

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan

28 Mar 2022
Tetamu yang dihormati, kami menghargai maklum balas positif anda tentang hotel kami. Kami berbangga dalam memenuhi keperluan tetamu kami dengan cara terbaik yang kami boleh. Tidak sabar-sabar untuk berjumpa lagi tidak lama lagi. Kekal selamat.
Translated by Google Icon
Sb
Saniah b. M.
6.1
/ 10
26 Feb 2022
Bilik kurang bersih. Cadar, selimut, sarung bantal tak ditukar. Sebab ada rambut dan kesan kotor. Terpaksa minta staff tukarkan. Bahaya betul musim covid ni. Sarapan biasa saja. Staff kaunter hadapan kurang mesra. Dah lama tak menginap di hotel ini. Kali ni datang sebab nak tengok bilik yang katanya dah diubahsuai. Tapi tak ada yang best pun. Mungkin ini kali terakhir menginap disini. Sorry.

Suka ulasan ini?

AB
AMMRI B. E.
5.2
/ 10
31 Dec 2021
Percutian
Staff tidak mesra pelangan. Layanan sangat teruk cadar tidak ditukar. Tidak akan menginap lagi di hotel ini lagi

1 menyukai ulasan ini

AH
Ahmad H. B. M. N.
6.2
/ 10
25 Dec 2021
Perniagaan
Bilik sangat sempit, sukar untuk mendapatkan parking kereta waktu puncak dan ruang makan sarapan pagi yang sangat terhad terpaksa beratur panjang dan menunggu meja untuk makan.

Suka ulasan ini?

FN
Farah N. R.
8.8
/ 10
25 Dec 2021
Percutian
Bilik bersih dan sangat selesa Recommended.

Suka ulasan ini?

ZA
Zul A. M. K.
6
/ 10
13 Dec 2021
Percutian
Paking limited kalau paking tepi hotel (paking awam) pagi-pagi lagi mpk dah datang saman. Nak cari kupon pun bukan senang. Dekat hotel pun takde kupon jual. Kalau jalan kaki oke la cek in hotel ni. Suasana dalam hotel nampak lama tapi view oke la nampak kuantan

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
55
An icon button
Polisi Penginapan
Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar
Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Nota Penting
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan akan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara atau bukan penduduk tetap Malaysia. Harap maklum bahawa pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk. Kadar Cukai Pelancongan adalah RM10 untuk setiap bilik, setiap malam.
Instruksi Daftar Masuk Umum
Effective 1st March 2022, guests are required to pay MYR 3 per room per night for Cukai Kelestarian (Sustainability Tax) imposed by the State Government. This is not included in the room rate and will be paid directly at the hotel.
Deposit
Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai, kad debit, atau kad kredit.
Baca Semua
Keterangan Hotel

Shahzan Inn Kuantan adalah sebuah hotel yang terletak di bandar Kuantan. Ia adalah sebuah tempat yang sesuai untuk menginap di Kuantan kerana ia terletak berhampiran dengan beberapa tarikan menarik dan juga kemudahan di bandar. Shahzan Inn Kuantan bukan sahaja menawarkan harga yang baik untuk bilik mereka tetapi juga dengan pemandangan hebat Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dan Sungai Kuantan.

Bagaimana untuk ke Shahzan Inn Kuantan

Shahzan Inn Kuantan terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan ini memudahkan akses ke hotel. Hotel ini terletak di Jalan Masjid, salah satu jalan paling sibuk di Kuantan. Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Shahzan Inn Kuantan akan mengambil masa hampir tiga jam melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Terdapat juga pilihan lain untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Kuala Lumpur. Harga untuk satu tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Terminal Bas Kuantan Sentral bermula dari serendah RM 23 untuk satu perjalanan sehala. Perjalanan bas akan mengambil purata masa empat jam untuk tiba di Kuantan. Terminal Bas Kuantan Sentral hanya lima belas minit jauhnya dan terdapat banyak teksi di sana yang boleh membawa penumpang ke mana sahaja dengan tambang yang munasabah.

Bagi mereka yang lebih suka terbang, Kuantan mempunyai sebuah lapangan terbang sendiri, Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah. Lapangan terbang ini hanya mengendalikan dua penerbangan yang datang dari Kuala Lumpur dan satu lagi dari Singapura. Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah terletak 20 minit dari Shahzan Inn Kuantan. Teksi juga banyak di lapangan terbang. Teksi lapangan terbang ini juga mempunyai tambang yang berpatutan.

Pilihan Bilik di Shahzan Inn Kuantan

Shahzan Inn Kuantan hanya mempunyai satu sahaja jenis bilik di bangunannya iaitu jenis bilik Deluxe. Bilik Deluxe mempunyai saiz sebesar 13 meter persegi dengan pilihan untuk sama ada sebuah katil Double atau dua buah katil Twin. Bilik Deluxe bermula dari hanya RM 87 untuk satu malam. Semua bilik di Shahzan Inn Kuantan dengan penyaman udara sepenuhnya. Setiap bilik di tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik seperti satu set pembuat kopi/teh, beberapa air botol percuma dan satu set televisyen dengan saluran satelit. Terdapat juga sebuah meja tulis dan sebiji kerusi di setiap bilik. Langsir tebal dipasang di setiap bilik untuk memastikan para tetamu dapat berehat dengan selesa tanpa gangguan cahaya atau bunyi dari luar.

Bilik mandi peribadi di setiap bilik juga dilengkapi dengan pancuran mandi air panas dan peralatan mandian percuma. Beberapa helai tuala juga disediakan, pengering rambut pula hanya atas permintaan tetamu. Beberapa bilik mandi mempunyai tambahan sebuah tab mandian, bukan hanya pancuran mandian.

Semua bilik mempunyai akses ke sambungan Wi-Fi percuma yang disediakan oleh Shahzan Inn Kuantan untuk tetamu mereka. Pembayaran ke atas bilik yang ditempah ini dapat dikembalikan sepenuhnya, tetapi tergantung pada terma dan syarat.

Restoran dan Kafe di Shahzan Inn Kuantan

Shahzan Inn Kuantan mempunyai sebuah restoran sendiri. Restoran ini bertanggungjawab untuk menyediakan semua tiga sesi makan utama secara bufet dan juga secara pesanan a la carte. Selain daripada itu, restoran di Shahzan Inn Kuantan juga mengendalikan setiap pesanan yang ditempah melalui perkhidmatan bilik. Pesanan a la carte hanya tersedia semasa makan tengah hari dan makan malam walaupun tetamu masih boleh menikmati bufet yang tersedia.

Kemudahan dan Aktiviti di Shahzan Inn Kuantan

Shahzan Inn Kuantan mempunyai sejumlah kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di hotel. Meja depan dengan penyambut tetamu beroperasi 24 jam setiap hari untuk memudahkan proses pendaftaran masuk dan keluar. Kaunter penerimaan tetamu juga bertugas untuk membantu dengan setiap pertanyaan yang tetamu mungkin ada. Shahzan Inn Kuantan mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas sepanjang hari dan melakukan rondaan bangunan untuk memastikan keselamatan para tetamu dan kakitangan. Terdapat sebuah peti deposit keselamatan di meja penyambut tetamu yang boleh digunakan oleh para tetamu untuk menyimpan barangan berharga mereka. Lobi hotel ini dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi dan surat khabar percuma. Hotel ini juga mempunyai kemudahanperniagaan yang terdiri daripada sebuah bilik persidangan, peralatan mesyuarat dan beberapa biji projektor. Terdapat juga sebuah kolam renang, terletak di luar bangunan. Kolam renang dibahagikan kepada dua; satu untuk kanak-kanak dan satu untuk orang dewasa.

Tempat Menarik berhampiran Shahzan Inn Kuantan

Pantai Balok - Terletak hanya dua puluh minit dari Shahzan Inn Kuantan, Pantai Balok merupakan salah satu tempat terbaik di Malaysia untuk menikmati beberapa aktiviti pantai. Pantai Balok adalah pantai sepuluh teratas di dunia untuk menikmati aktiviti melayari angin dan bermain layang-layang. Terdapat banyak pelancong, penduduk tempatan dan warga asing, yang berduyun-duyun ke Pantai Balok untuk menikmati kedua-dua aktiviti ini. Pantai Balok juga merupakan tempat yang bagus untuk menikmati jalan-jalan pagi, melihat matahari terbit dan bermain air. Pastikan anda mencuba hidangan makanan laut yang lazat yang tersedia di beberapa buah restoran di Pantai Balok.

Kemudahan
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Jam Operasi
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Adakah mereka menghidangkan sarapan pagi?
Ya
Kemudahan
Makanan dan Minuman
  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Restoran dengan penyaman udara
  • Sarapan dan makan malam
  • Sarapan dan makan tengah hari
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Ruang makan
  • Menu set makan malam
  • Menu set makan tengah hari
  • Bar snek
Kemudahan Umum
  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Lif
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum
Umum
  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik bercantum
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok
Kemudahan Dalam Bilik
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Pancuran mandi
  • TV
Perkhidmatan Hotel
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Suratkhabar di lobi
Kemudahan Berhampiran
  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Kedai
  • Pasar raya
Kemudahan OKU
  • Pembolehcapaian mudah
  • Parkir mudah diakses OKU
  • Akses kerusi roda
Kemudahan Perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor
Aktiviti
  • Kolam renang terbuka
  • Kerusi berjemur
Kemudahan Internet
  • Internet LAN
  • WiFi percuma
Mesra Keluarga
  • Kolam renang kanak-kanak
Pengangkutan
  • Parkir terhad
Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan
  • Kerusi tinggi
Tempah Sekarang!
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
Lihat 203 Hotel lain di Kuantan

Soalan lazim tentang Shahzan Hotel Kuantan

Apa facilities yang tersedia di Shahzan Hotel Kuantan?

Berikut facilities yang ada di Shahzan Hotel Kuantan seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):

Kapan waktu check-in & check-out di Shahzan Hotel Kuantan?

Masa check-in di Shahzan Hotel Kuantan bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Adakah Shahzan Hotel Kuantan menyediakan sarapan pagi?

Ya, Shahzan Hotel Kuantan menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka