Sky Hotel @ Selayang adalah sebuah hotel 2 bintang yang terletak di Selayang, Gombak, Malaysia. Ia terletak hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur oleh itu memudahkan para pengunjung untuk merasai suasana kehidupan di bandar.
Hotel ini meyakinkan keselesaan bagi mereka yang datang dan tinggal di sini. Selain daripada itu, terdapat beberapa aktiviti rekreasi dan juga kemudahan yang boleh dilakukan di hotel ini seperti bermain snuker dan karaoke. Pengunjung yang datang ke sini juga pasti akan kagum dengan tahap profesional pekerja di hotel ini. Ini pasti akan membuatkan pengunjung untuk kembali ke hotel ini.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Sky Hotel @ Selayang. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Selayang – Kepong di Batu Caves. Kemudian pengunjung boleh mengambil susur keluar di Kepong/Selayang untuk mencari laluan ke hotel itu. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa dalam 21 minit sahaja untuk sampai ke hotel ini kerana jaraknya adalah hanya sejauh 17.7 kilometer. Memandangkan pelancong harus melalui lebuh raya oleh itu akan ada tol untuk sampai ke hotel ini.
Cara lain untuk menuju ke Sky Hotel @ Selayang adalah dengan mengambil Express Rail Link. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil ERL dan menuju Bandar Kuala Lumpur. Dari KL Sentral, pengunjung boleh mengambil KTM dan berhenti di dua stesen iaitu Batu Caves dan juga Kepong. Dari situ pengunjung boleh mengambil teksi atau Grab untuk ke hotel.
Pilihan lain adalah dengan mengambil teksi atau Grab terus dari lapangan terbang Kuala Lumpur. Dari lapangan terbang kebiasaannya sudah ada jadual menunjukkan harga untuk setiap jarak di Kuala Lumpur. Lapangan Terbang terdekat dengan Kuala Selangor adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Hotel ini mempunyai 4 jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang datang ke hotel ini. Pilihan bilik pertama adalah bilik Superior Twin. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang. Ia mempunyai 2 katil Single. Ia adalah bilik larangan merokok. Selain daripada itu bilik ini juga mempunyai tandas tersendiri.
Bilik seterusnya adalah bilik Superior King Bed. Ia juga boleh memuatkan 2 orang. Ia mempunyai 1 katil Double dan mempunyai tandas tersendiri. Selain daripada itu bilik ini juga adalah bilik larangan merokok.
Seterusnya adalah bilik Superior Twin Room (No Window). Bilik ini boleh memuatkan 2 orang. Ia mempunyai 2 katil Single. Tetamu boleh merokok di bilik ini. Bilik ini mempunyai tandas tersendiri.
Pilihan bilik terakhir adalah bilik Superir King Room (No Window). Bilik ini juga boleh memuatkan 2 orang. Ia mempunyai 1 katil King. Tetamu boleh merokok di bilik ini. Ia mempunyai tandas tersendiri juga.
Tetamu boleh meminta untuk mendapat katil tambahan tetapi akan ada bayaran tertentu untuk katil tambahan ini. Setiap bilik di hotel ini akan termasuk dengan penyaman udara, alat mandian percuma, kopi dan teh serta air minuman yang percuma. Tetamu juga boleh meminta alat pengering rambut secara percuma juga. Setiap bilik juga mempunyai alat seterika baju dan juga peti simpanan barang.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Sebahagian daripada mereka adalah Wi-Fi di semua ruang awam, tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri dan penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Hotel ini juga mempunyai tempat simpanan bagasi jika tetamu mereka sampai awal atau mahu ke tempat lain selepas mereka mendaftar keluar. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai kemudahan bagi mereka yang menggunakan kerusi roda. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan mengambil tetamu dari lapangan terbang. Hotel ini juga mempunyai bilik merokok untuk tetamu merokok.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |