Sri Hoover Hotel ini terletak di Kulai. Ia berada di lokasi yang sangat strategik kerana ia berada betul-betul di bandar Kulai. Anda boleh pergi ke mana-mana dengan mudah sekiranya anda menetap di Sri Hoover kerana terdapat beberapa pilihan kemudahan pengangkutan awam yang ada di Kulai. Bukan itu sahaja, Sri Hoover menjanjikan penginapan yang sangat selesa sementara anda berada di Kulai. Anda akan berasa sangat selesa dengan layanan dan hospitaliti yang diberikan oleh Sri Hoover. Sri Hoover ini sangat sesuai bagi anda yang datang ke Kulai untuk bercuti mahupun urusan bekerja. Oleh itu, untuk apa jua sebab anda berada di Kulai, Sri Hoover merupakan salah satu hotel yang terbaik yang anda boleh dapati di Kulai.
Anda boleh sampai ke Sri Hoover dengan mudah kerana hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar Johor Bahru. Terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk ke Sri Hoover seperti bas, kapal terbang atau pun memandu kenderaan anda sendiri.
Jika anda datang ke Johor Bahru dengan menggunakan bas dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin Sentral di Johor Bahru. Tambang bas adalah sekitar RM30 hingga RM35. Perjalanan dari TBS ke Larkin Sentral akan mengambil masa sehingga 3 jam dan 10 minit dari Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan lalu lintas pada masa itu. Sebaik sahaja anda telah sampai ke terminal bas Larkin Sentral, anda boleh menggunakan teksi untuk ke Sri Hoover. Sri Hoover berjarak 36.8 km dari terminal bas Larkin Sentral.
Lapangan terbang yang terdekat dengan Sri Hoover adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Jika anda ingin menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, anda boleh menempah penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air. Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa sekitar 50 hingga 60 minit perjalanan. Kemudian, dari lapangan terbang, anda boleh menggunakan teksi untuk Sri Hoover selama 24 minit.
Sekiranya anda ingin datang ke Sri Hoover dengan memandu kenderaan anda sendiri, anda boleh berbuat demikian. Sekiranya anda datang daripada Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ikuti Lebuhraya Utara-Selatan / E2 untuk jalan keluar 252 Kulaijaya di Johor. Ambil jalan keluar 252-Kulaijaya dari Lebuhraya Utara-Selatan / E2. Ambil Jalan Alor Bukit ke Jalan Seruling 5 di Taman Sri Kulai Baru 2, Kulai sebelum tiba di Sri Hoover.
Terdapat 4 jenis pilihan bilik yang ada di Sri Hoover ini. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik yang terdapat di Sri Hoover ini mengikut kesesuaian bajet dan keperluan anda. Bilik-bilik yang disediakan oleh Sri Hoover ini sangat bersih dan selesa. Anda pasti akan menyukai bilik yang disediakan di Sri Hoover ini. Bilik-bilik yang terdapat di Sri Hoover ini adalah bilik standard dan bilik Deluxe. Bilik standard mempunyai 2 jenis bilik iaitu bilik standard dengan 1 katil bersaiz double dan bilik standard dengan 2 katil bersaiz bujang. Bilik Deluxe juga mempunyai 2 jenis bilik iaitu bilik Deluxe yang mempunyai 1 katil bersaiz double dan bilik Deluxe yang mempunyai 2 katil bersaiz double.
Tiada restoran dan kafe yang terdapat di Sri Hoover ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan makanan dan minuman dengan mudah ketika menetap di Sri Hoover ini. Terdapat banyak gerai-gerai makan tempatan yang ada berhampiran dengan Sri Hoover. Anda boleh berkunjung ke mana-mana gerai dan restoran makanan tempatan yangt terdapat di sana untuk merasai kelazatan masakan penduduk tempatan di Kulai. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai masakan di sana kerana ia pastinya berbeza daripada tempat yang lain.
Sri Hoover menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk tetamunya. Anda pastinya akan berasa selesa ketika menetap di Sri Hoover ini kerana mereka menyediakan kemudahan yang sangat baik. Setiap bilik di Sri Hoover ini dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi dan penghawa dingin. Pancuran mandian, meja, televisyen dengan saluran kabel juga disediakan di dalam setiap bilik di Sri Hoover. Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri ketika mengunjungi Sri Hoover, mereka menyediakan perkhidmatan tempat letak kenderaan secara percuma kepada tetamunya. Sri Hoover juga menyediakan perkhidmatan kaunter hadapan selama 24 jam. Kawalan keselamatan juga beroperasi selama 24 jam bagi menjamin keselamatan tetamunya sepanjang menginap di Sri Hoover. Kedai runcit serta mesin ATM juga terdapat berhampiran dengan Sri Hoover.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |