Daripada 2,899 ulasan
Berdasarkan 2,899 ulasan
Daftar masuk: Dari 15:00
Daftar keluar: Sebelum 12:00
Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang terletak di tengah-tengah kehidupan bandar dan tempat tarikan warisan di Georgetown. Bagi anda yang sedang melancong untuk perniagaan atau pun percutian, 250 bilik dan suite yang terdapat di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang ini menawarkan tempat penginapan yang terbaik untuk anda memulakan dan menamatkan hari anda. Lokasinya yang berada di tengah-tengah pusat bandar Georgetown membolehkan anda pergi ke mana-mana destinasi tarikan pelancong dengan mudah. Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang menjanjikan penginapan yang sangat selesa untuk anda. Mereka menyediakan pelbagai kemudahan yang sangat baik untuk semua tetamunya.
Bagaimana untuk ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang
Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Georgetown merupakan ibu kota kepada negeri Pulau Pinang. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk datang ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang. Anda boleh mengambil bas, kereta api, penerbangan dan juga memandu kenderaan anda sendiri.
Sekiranya anda ingin menaiki bas dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Terminal Bas Butterworth atau Terminal Bas Sungai Nibong. Terminal Bas Butterworth terletak di tanah besar iaitu di luar pulau manakala Terminal Bas Sungai Nibong terletak di dalam pulau. Sekiranya anda ingin membuat perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Butterworth, anda boleh mendapatkan bas di TBS untuk ke Pulau Pinang. Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Butterworth. Perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Terminal Bas Butterworth akan mengambil masa selama 4 jam dan 13 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Butterworth, anda boleh menaiki feri untuk ke Georgetown dengan kadar bayaran sebanyak RM 1.20. Apabila anda sudah tiba di Terminal Feri Georgetown, anda boleh mengambil teksi untuk ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang dengan hanya 23 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Anda juga boleh mengambil bas RapidPenang bernombor 301 untuk ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang.
Anda juga boleh menaiki kereta api untuk datang ke Georgetown. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil Perkhidmatan Kereta api Elektrik (ETS) untuk ke Pulau Pinang. Perjalanan dari Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral ke Stesen Kereta api Butterworth akan mengambil masa selama 4 jam. Apabila anda sudah tiba di Stesen Kereta api Butterworth, anda perlu mengambil feri untuk pergi ke Georgetown dengan harga sebanyak RM 1.20. Apabila anda sudah tiba di Terminal Feri Georgetown, anda boleh mengambil bas bernombor 301 atau pun teksi untuk ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang.
Anda juga boleh menaiki penerbangan untuk tiba di Georgetown. Jika anda datang daripada Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). Perjalanan daripada KLIA ke PIA akan mengambil masa sehingga 1 jam. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, anda boleh mengambil teksi untuk ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang. Jarak perjalanan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang adalah 16.9 km sahaja. Perjalanan ke Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang dengan menggunakan teksi akan mengambil masa selama 36 minit bergantung kepadaan trafik pada waktu itu.
Jika anda memilih untuk memandu kereta anda sendiri, anda boleh mengikuti cadangan perjalanan ini jika anda datang daripada Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Jalan Duta. Dari Plaza Tol Jalan Duta, Jalan ke Lebuhraya Utara - Selatan/E1 ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Route 3113 di Gelugor. Teruskan perjalanan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Laluan 3113. Pandu ke Lorong Baru di George Town sebelum tiba di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang.
Pilihan Bilik di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang
Terdapat beberapa jenis bilik yang ada di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang ini seperti bilik deluxe, bilik club, bilik premier, bilik deluxe super king, bilik keluarga dan suite. Bilik deluxe mempunyai 1 katil bersaiz king atau pun 2 katil bersaiz bujang. Bilik-bilik lain di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang ini kebanyakan mempunyai 1 katil bersaiz king atau 2 katil bersaiz bujang. Walau bagaimanapun, keluasan bilik adalah berbeza.
Restoran dan Kafe di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang
Terdapat satu kafe di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang iaitu Sun Café. Ia dibuka setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 11.00 malam. Anda boleh mendapatkan makanan di kafe itu.
Kemudahan dan Aktiviti di Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang
Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamunya seperti kemudahan Wi-Fi dan penghawa dingin di dalam setiap bilik. Peti sejuk mini juga terdapat di dalam setiap bilik.
Tempat Menarik berhampiran Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang
Komtar – ia terletak berhampiran dengan Sunway Hotel Georgetown Pulau Pinang. Anda boleh berkunjung ke komtar dengan berjalan kaki sahaja. Komtar merupakan mercu utama Pulau Pinang.
Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan
Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
Hotel membenarkan daftar masuk Awal, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.
Hotel membenarkan daftar keluar Lewat, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.
Message from Sunway Hotel Georgetown Penang:
As from 01 December 2016,Sunway Hotel Georgetown Penang is a smoke-free hotel with all guestrooms and enclosed public areas being Smoke-Free Zones. Smoking is only permitted in outdoor Designated Smoking Areas. Non-adherence of our Smoke-Free Policy in guestrooms carries a Room Recovery Fee of RM400, to be borne by the guest(s) concerned.
Effective from June 1, 2014, the City Council of Penang will impose a Local Council Tax of MYR 3 per room per night for 4 and 5-star hotels, and MYR 2 per room per night for 0 to 3-star hotels. The star rating will be in accordance to the rating from Local Council and should the rating differ from the website, the local council rating will apply. This fee is payable directly to the hotel upon check-in and is not included in the room rate and taxes stated herein.
With effect from 01 September 2017, with reference to the Law of Malaysia Act 791, Tourism Act 2017, hotel guests who are non-Malaysian or non-Permanent Resident of Malaysia, are committed to a Tourism Tax of MYR 10.00 nett per room night of stay as determined and imposed by the Malaysian Government, which is not included in the reservation and will be collected by the hotel upon check in. This is to be applied in-addition to existing fees/taxes levied and the existing local tourism fee in Penang.
Effective 01 September 2018, rates are quoted in Malaysian Ringgit (MYR) subject to 6% service tax, the Local Government Fee of RM3 per room per night for a 4-star hotel respectively, and prevailing service charge at 10%. Additionally, the RM10.00 Tourism Tax (TTx) will be imposed on all hotel room rates on a per room per night basis to all non-Malaysian guest.
Sun cafe will be operating from 6.30 am to 4.00 pm from 28 Feb 2020 till further notice. Our room service remains available all day long.
Free carpark is subject to availability