Sutera Hotel Seremban adalah hotel 3 bintang yang terletak di pusat bandar Seremban 2, Negeri Sembilan. Ia adalah sebuah hotel yang baru di bandar itu. Ia mempunyai 84 buah bilik yang mempunyai pemandangan kolam renang. Hotel ini menyediakan banyak jenis kemudahan yang boleh membuatkan para tetamu yang tinggal di sini berasa selesa. Hotel ini juga terletak di kawasan yang terletak hampir dengan beberapa kemudahan seperti pusat beli belah Aeon dan beberapa kedai lain di hadapan Sutera Hotel. Ia juga terletak berhampiran dengan Taman Tasik Seremban. Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa juga terletak kurang dari 1 jam dari hotel ini. Secara keseluruhan hotel ini terletak di lokasi yang strategik dan mempunyai banyak kemudahan yang menarik.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Sutera Hotel Seremban. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan untuk pergi ke Lebuhraya Seremban – Bukit Nenas. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa 55 minit sahaja untuk sampai ke hotel ini kerana jaraknya adalah hanya sejauh 62.7 kilometer. Memandangkan pelancong harus melalui lebuh raya oleh itu akan ada tol untuk sampai ke hotel ini.
Cara lain untuk menuju ke Sutera Hotel Seremban adalah dengan mengambil bas ke Seremban. Pengunjung boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan. Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana pada setiap masa. Antaranya adalah Maraliner, KPB Ekspress dan Supernice. Ia akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Seremban. Harga tiket bas pula adalah antara RM 5 hingga RM 10 sehala. Kemudian dari terminal bas Seremban, pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke hotel.
Pilihan lain adalah dengan mengambil keretapi dari Sentral Kuala Lumpur. Keretapi ini adalah keretapi antara bandar. Ia akan mengambil 45 minit untuk sampai ke Seremban kerana ia akan berhenti di beberapa hentian lain. Harga tiket pula adalah RM 5 sehala.
Hotel ini mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik yang boleh menempatkan para tetamu mereka mengikut kesesuaian. Pilihan bilik pertama adalah Standard Queen. Bilik ini boleh memuatkan 2 orang tetamu. Ia mempunyai 1 katil queen. Ia juga mempunyai pemandangan kolam renang. Pilihan bilik seterusnya adalah bilik Standard Twin. Bilik ini juga boleh memuatkan 2 orang tetamu. Ia mempunyai 2 katil bujang dan juga pemandangan kolam renang. Pilihan bilik seterusnya adalah bilik Keluarga. Bilik ini boleh memuatkan 3 orang tetamu. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang. Bilik ini juga mempunyai pemandangan kolam renang. Bilik ini juga mempunyai balkoni untuk para tetamu melihat pemandangan luar.
Setiap bilik mempunyai tandas yang tersendiri. Tandas ini dilengkapi dengan tuala, alat mandian percuma dan juga pancuran mandian air panas. Selain daripada itu, bilik-bilik di hotel ini juga mempunyai penghawa dingin, televisyen dengan pelbagai saluran, Wi-Fi dan juga kopi/teh dan juga air minuman percuma untuk para tetamu.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai Wi-Fi di kesemua ruang dan bilik dan juga kolam renang dewasa dan kanak - kanak. Hotel ini juga mempunyai tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka pada bila – bila masa. Hotel ini juga mempunyai tempat simpanan bagasi dan perkhidmatan dobi. Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat dengan mesin fotostat dan projektor, restoran tersendiri dan juga kemudahan untuk para tetamu yang kurang upaya. Para tetamu di hotel ini boleh menikmati sarapan pagi atau hidangan lain di restoran hotel ini sendiri. Mereka juga boleh menyediakan makanan khas untuk mereka yang tidak mengambil daging. Hotel ini juga menyediakan surat khabar di lobi setiap hari. Di kawasan persekitaran hotel ini juga terdapat bank, kedai-kedai serbaneka, pasar raya dan juga kedai dobi. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil para tetamu dari lapangan terbang.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Sutera Hotel Seremban | 84 |
Bilangan tingkat di Sutera Hotel Seremban | 3 |
Fasilitas lain di Sutera Hotel Seremban | Makan malam a la carte, Makan tengah hari a la carte, Restoran dengan penyaman udara, Bar, Sarapan |