The Club at The Saujana adalah salah satu tempat penginapan yang bertaraf tinggi di Shah Alam. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan pusat bandar Kuala Lumpur. Para tetamu juga boleh melawat ke beberapa tempat yang menarik seperti pusat membeli-belah, padang golf, pusat peranginan, kemudahan awam dan banyak lagi. Selain itu, hotel ini telah menyediakan perkhidmatan kelas atas dan kemudahan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Hotel ini juga menawarkan pelbagai jenis bilik yang terdiri daripada kemudahan bilik dalam dan bilik mandi yang berkualiti tinggi. Para tetamu juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa di sebuah restoran yang terletak di The Club at The Saujana.
The Club at The Saujana terletak di Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, Shah Alam. Cara yang terpantas untuk sampai The Club at The Saujana adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya KLIA Extension dan ELITE. Kemudian, para pengunjung perlu mengambil laluan keluar dari 104-Subang dari Lebuhraya Baru Lembah Klang. Selepas itu, para pengunjung meneruskan perjalanan mereka ke Jalan Lapangan Terbang Subang. Apabila para pengunjung tiba di Jalan Lapangan Terbang Subang, para pengunjung boleh menemui hotel ini. Perjalanan di atas jalan raya akan mengambil masa selama 40 minit.
The Club at The Saujana telah menyediakan 12 jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Superior King, Bilik Deluxe King, Bilik Eksekutif Deluxe King, Bilik Kelab, Bilik Eksekutif Kelab, Bilik Premium Club, Bilik Kelab Teres, Bilik Twin Superior, Bilik Deluxe Twin, Executive Twin Room, Suite Kelab Eksekutif dan Suite Kelab Saujana. Bagi Bilik Superior King, ia mempunyai saiz sebesar 32 meter persegi dengan 1 katil double atau 2 katil single. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai penyaman udara, peti keselamatan deposit, telefon, meja, kemudahan menyeterika, ruang tamu, televisyen skrin rata dengan saluran kabel, berkarpet, dok iPod, balkoni dan bilik bersambung. Bilik mandi pula dilengkapi dengan tab mandi atau pancuran mandian, peralatan mandian percuma, pengering rambut, jubah mandi dan bilik mandi peribadi. Seterusnya ialah Bilik Deluxe King. Saiz bilik ini adalah 32 meter persegi. Terdapat perkhidmatan bangun dan Wi-Fi percuma di dalam pakej bilik ini. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Eksekutif Deluxe King, ia mempunyai keluasan 37 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma dan mendapatkan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya.
Bagi Bilik Kelab, ia mempunyai saiz sebesar 43 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menikmati akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik sebelumnya. Bagi Bilik Eksekutif Kelab, ia mempunyai kawasan seluas 78 meter persegi dengan 1 katil king. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Kelab Premium, ia mempunyai saiz sebesar 88 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun dalam pakej bilik ini. Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Kelab Teres, ia mempunyai keluasan 52 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun untuk pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Bagi Bilik Superior Twin, Bilik Deluxe Twin, Bilik Eksekutif Deluxe Twin, mereka mempunyai saiz bilik dan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Bilik berikut adalah Club Executive Suite. Saiz bilik ini adalah 122 meter persegi dengan 1 katil king. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan bangun dalam pakej bilik ini. Bilik ini mempunyai kemudahan yang sama dengan kemudahan tambahan iaitu ruang makan dan pantri. Bilik yang terakhir ialah Suite Kelab Saujana. Saiz bilik ini adalah 176 meter persegi dengan 1 katil king. Para tetamu boleh menikmati perkhidmatan bangun dan Wi-Fi secara percuma untuk pakej bilik ini.
Terdapat sebuah restoran di The Club at The Saujana telah menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa kepada para tetamu hotel. Para tetamu boleh menikmati hidangan yang lazat dalam bufet atau a la carte di restoran ini.
The Club at The Saujana telah menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk keperluan tetamu mereka. Antaranya adalah perkhidmatan dobi, perkhidmatan bilik, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, tempat penukaran wang asing, concierge, kolam renang, kerusi berjemur, payung, sauna, Wi-Fi secara percuma di kawasan awam, tempat letak kereta untuk para tetamu dan bilik persidangan. Selain itu, para tetamu boleh menghabiskan masa lapang mereka dengan melakukan beberapa aktiviti seperti skuasy, tenis dan golf yang terdapat di The Club at The Saujana.
Satu lagi tempat yang sesuai untuk bermain golf di kawasan Lembah Klang ialah Glenmarie Golf and Country Club. Tempat ini mempunyai dua padang golf yang terdiri daripada 36 lubang. Ia tersenarai sebagai salah satu padang golf yang terbaik di Malaysia. Tempat ini pernah menjadi tuan rumah bagi Piala Eurasia. Para pengunjung boleh mencuba bermain di padang golf yang mencabar sambal melihat pemandangan alam sekitar yang indah. Para pengunjung juga dapat melihat beberapa tasik yang kecil, pokok pain dan beberapa angsa berenang di tasik. Selain daripada padang golf, tempat ini telah menyediakan beberapa kemudahan sukan seperti kolam renang dalam saiz Olimpik, gelanggang tenis, gelanggang skuasy, pusat kecergasan dan kawasan kanak-kanak untuk bermain. Para pengunjung boleh sampai ke Glenmarie Golf and Country Club dengan mengambil masa 10 minit memandu dari The Club at The Saujana.
Paradigm Mall adalah salah satu pusat membeli-belah di kawasan Lembah Klang yang harus dikunjungi oleh para pengunjung. Terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2012. Pusat membeli-belah ini terdiri daripada enam tingkat dan 300 kedai. Para pengunjung boleh melihat beberapa kedai fesyen daripada jenama antarabangsa dan tempatan seperti Zara, Dorothy Perkins, Springfield, Nichii, Tangoo, Syarakim dan banyak lagi. Selain itu, terdapat beberapa kedai perabot rumah seperti Harvey Norman dan Akemiuchi dan beberapa kedai yang menjual produk IT seperti komputer riba, telefon pintar dan kamera. Para pengunjung juga boleh menonton filem terbaru di pawagam dan bermain permainan arked di pusat membeli-belah ini. Bagi pilihan tempat makan, pusat membeli-belah ini mempunyai lebih daripada 50 restoran yang terdiri daripada masakan tempatan, makanan Asia, makanan Barat dan makanan segera. Bagi para pengunjung yang datang dari The Club at The Saujana, perjalanannya akan mengambil masa selama 15 minit memandu ke Paradigm Mall.
Tropicana Golf & Country Club merupakan salah satu tempat kediaman yang berkelas tinggi di Petaling Jaya. Terdapat beribu-ribu penduduk tinggal di kawasan kediaman ini. Tempat ini terdiri daripada rumah pautan separa dan rumah banglo. Para pengunjung juga boleh melihat beberapa kemudahan awam yang berdekatan dengan kawasan kediaman ini seperti sekolah, hospital, pusat membeli-belah, restoran, kemudahan sukan dan lain-lain. Selain itu, para pengunjung boleh mencuba padang golf Timur dan Barat yang terdiri daripada 27 lubang. Perjalanan dari The Club at The Saujana ke Tropicana Golf & Country Club akan mengambil masa selama 13 minit memandu.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Deposit perlu dibayar secara tunai, atau kad kredit semasa daftar masuk.
Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 18:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Club at The Saujana | 105 |
Bilangan tingkat di The Club at The Saujana | 4 |
Fasilitas lain di The Club at The Saujana | Restoran dengan penyaman udara, Sarapan, Makan tengah hari a la carte, Menu set makan tengah hari, Makan malam a la carte |