The Guest Hotel & Spa adalah salah sebuah hotel 4 bintang yang terletak di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan. Hotel ini mempunyai 111 buah bilik untuk para tetamu mereka yang terdiri daripada pelbagai jenis dan juga kelas. Selain daripada itu, hotel ini juga menawarkan makanan dan minuman setiap hari dari rangkaian makanan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Mereka juga mempunyai snek dan minuman di kafe. Bagi kafe VIP pula terdapat pelbagai pilihan minuman koktel, jus buah – buahan dan juga minuman panas dan sejuk.
Hotel ini menyewakan bilik – bilik mereka pada harga yang sangat berpatutan. Bilik – bilik di hotel ini juga adalah sangat selesa dan lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan oleh para tetamu mereka. Lokasi hotel ini juga terletak hanya 6 kilometer dari pusat bandar Port Dickson. Ia berada di deretan persisiran pantai Port Dickson. Selain daripada itu, ia juga terletak di kawasan yang berdekatan dengan banyak hiburan yang pasti akan membuatkan para tetamu hotel itu terhibur dengan pelbagai jenis aktiviti.
Ada beberapa cara untuk sampai ke The Guest Hotel & Spa. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan untuk pergi ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa 1 jam dan 07 minit sahaja untuk sampai ke hotel ini kerana jaraknya adalah hanya sejauh 86.2 kilometer. Memandangkan pelancong harus melalui lebuh raya oleh itu akan ada tol untuk sampai ke hotel ini.
Cara lain untuk menuju ke The Guest Hotel & Spa adalah dengan mengambil bas ke Seremban. Pengunjung boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan. Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana pada setiap masa. Antaranya adalah Maraliner, KPB Ekspress dan Supernice. Ia akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Seremban. Harga tiket bas pula adalah antara RM 5 hingga RM 10 sehala. Kemudian dari terminal bas Seremban, pengunjung perlu mengambil bas tempatan untuk ke terminal bas Port Dickson.
Pilihan lain adalah dengan mengambil keretapi dari Sentral Kuala Lumpur. Keretapi ini adalah keretapi antara bandar. Ia akan mengambil 45 minit untuk sampai ke Seremban. Kemudian para pelancong pula harus mencari bas atau pun teksi untuk ke bandar Port Dickson dan seterusnya ke hotel.
Hotel ini mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik yang boleh menempatkan para tetamu mereka mengikut kesesuaian. Pilihan bilik pertama adalah Deluxe Twin atau Queen. Bilik ini mempunyai 2 katil bujang atau 1 katil queen. Bilik ini sesuai untuk 2 tetamu. 15 unit dari jenis bilik ini mempunyai balkoni tersendiri. Kemudian terdapat bilik Deluxe Super King. Bilik ini juga adalah untuk 2 tetamu dan ia mempunyai 1 katil super king. 5 unit bilik ini pula mempunyai balkoni persendirian. Pilihan bilik seterusnya pula adalah bilik Family. Ia mempunyai 1 katil queen dan 2 katil bujang. Ia sesuai untuk keluarga 4 orang. Bilik ini juga mempunyai ruang tamu. Kemudian hotel ini mempunyai bilik Premier. Ia mempunyai 2 katil queen dan sesuai untuk 4 orang. Bilik ini juga mempunyai ruang tamu tersendiri.
Seterusnya adalah bilik Honeymoon Suite. Bilik ini sesuai bagi bagi mereka yang sedang berbulan madu. Ia mempunyai 1 katil king dan jug ataman persendirian, balkoni dengan jakuzi. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai Executive Suite. Ia mempunyai bilik tidur dengan katil king dan ruang tamu berbeza. Ia juga mempunyai jakuzi. Pilihan bilik terakhir adalah bilik Persidential Suite. Bilik ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 ruang tamu. Ia mempunyai katil king dalam setiap bilik tidur dan mempunyai 1 jakuzi.
Setiap bilik mempunyai tandas yang tersendiri. Tandas ini dilengkapi dengan alat mandian percuma dan alat pengering rambut. Suite pula dilengkapi dengan jakuzi. Selain daripada itu, bilik – bilik di hotel ini juga mempunyai penghawa dingin, telelvisyen dengan pelbagai saluran, Wi-Fi dan juga kopi, teh dan juga air minuman percuma untuk para tetamu.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai Wi-Fi di kesemua ruang dan bilik. Hotel ini juga mempunyai tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka pada bila-bila masa. Hotel ini juga mempunyai tempat simpanan bagasi dan perkhidmatan dobi. Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat dengan mesin fotostat dan projektor, restoran tersendiri dan juga kawasan untuk mengadakan BBQ. Hotel ini juga menyediakan surat khabar di lobi setiap hari. Di kawasan persekitaran hotel ini juga terdapat bank, kedai-kedai serbaneka, pasar raya dan juga kedai dobi. Hotel ini juga mempunyai kemudahan untuk para tetamu yang menggunakan kerusi roda.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di The Guest Hotel & Spa | 111 |
Bilangan tingkat di The Guest Hotel & Spa | 6 |
Fasilitas lain di The Guest Hotel & Spa | Tukang angkut barang, Pekerja rencam, Penyambut tetamu 24 jam, Keselamatan 24 jam, Perkhidmatan dobi |