Pemandangan sejauh mata memandang memang bersesuaian dengan nama Hotel Saujana Kuala Lumpur, hotel resort bergaya deluxe serta bertaraf 5 bintang yang terletak di 160 hektar hutan tropika dan taman-taman yang mempunyai pemandangan tepi tasik dan bersempadan dengan dua padang golf yang mempunyai 18 lubang, iaitu The Saujana Golf dan Country Club. Kombinasi hebat antara perniagaan dan keseronokan, Hotel Saujana Kuala Lumpur mengundang tetamunya untuk menikmati percutian yang menyegarkan dalam kawasan bandar.
Hotel Saujana Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah pusat pengangkutan udara Lembah Klang, menjadikannya salah satu pusat transit pengembara bagi tujuan perniagaan. Hotel ini memerlukan 35 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan hanya 5 minit perjalanan dari pusat penerbangan persendirian dan Skypark yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Jika anda datang dari ibu Negara Malaysia iaitu Bandar Raya Kuala Lumpur, perjalanan akan mengambil masa 30 minit berdasarkan keadaan trafik biasa. Hotel Saujana Kuala Lumpur beralamat di Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor. Koordinat sistem penentududukan sejagat (GPS) pula terletak di 3.10872 (Latitud) and 101.578 (Longitud).
Hotel Saujana Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan bilik tetamu berjumlah 250 buah, terdiri daripada tiga reka bentuk iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe dan Bilik Executive Deluxe. Bilik Superior terletak di salah satu daripada tiga blok yang memberikan pemandangan tasik atau padang golf yang sungguh mengagumkan. Bilik jenis ini memuatkan katil bersaiz King ataupun katil berkembar dengan ruang kerja yang luas, bilik mandi dan akses Internet percuma.
Bilik Deluxe pula menjanjikan tetamu yang ingin bekerja dan berehat dalam keselesaan. Bilik Deluxe mempunyai kemudahan sama seperti Bilik Superior kecuali ia dilengkapi dengan televisyen skrin rata 50”, pusat multimedia dengan sistem iPod dan juga pembuat kopi.
Untuk tetamu yang memerlukan istirahat yang lebih mewah pula, Bilik Executive Deluxe merupakan pilihan sempurna dan terbaik kerana bilik ini menyediakan ruang mandi yang lebih luas dengan kubikel pancutan air mandi dan tab mandi yang terpisah. Bilik Executive Deluxe ini juga memaparkan pemandangan landskap dari taman yang terhias indah, halaman hotel, pemandangan tasik ke pemandangan kolam renang.
Hotel Saujana Kuala Lumpur menjanjikan tujuh pilihan tempat menjamu selera untuk tetamunya. Bermula dari Restoran Charcoal yang menawarkan potongan daging terpilih dan makanan laut segar yang dipanggang bersama sos dan perapan istimewa mereka. Selain makanan panggang yang sangat lazat sehingga menjilat jari, restoran ini juga mempromosikan budaya Cina Selat dengan menawarkan pelbagai jenis hidangan gaya Peranakan.
Restoran Kogetsu pula mengetengahkan hidangan tradisional Jepun dengan suasana menjamu selera ala budaya Jepun. Restoran ini dibina di atas kaki bajang yang menunjukkan “ryokan” Jepun untuk menggambarkan nama restoran ini iaitu Kogetsu yang memberikan maksud bayangan bulan pada air. Tetamu boleh menikmati pemandangan dan persekitaran taman tasik yang indah sementara menikmati juadah sama ada di bilik Teppanyaki, kaunter sushi ataupun bilik tatami untuk mendapatkan privasi.
Hidangan Kantonis dan dim sum yang enak pula boleh dinikmati di Restoran Ti Chen. Tetamu boleh mengalami sendiri pengalaman menjamu selera dengan menu ala carte mahupun set menu mengikut selera masing-masing atau acara istimewa.
Tetamu yang ingin bergaul mesra dengan tetamu lain sambil mendengar kumpulan muzik memainkan lagu berentak jazz pada waktu petang boleh pergi ke Ruang Istirahat Bayu, ruang istirahat terbuka yang terletak bersebelahan dengan lobi yang boleh melihat kolam renang dan tasik. Ruang ini menghidangkan teh pada tengah hari, makanan ringan dan koktel pada petang hari.
Cook’s Deli pula menawarkan hidangan yang cepat disediakan. Tetamu boleh menikmati makanan yang kurang berat dan sihat sepanjang hari seperti pelbagai pilihan sandwic, pastri dan kek yang dihidangkan bersama minuman panas mahupun sejuk.
Ruang untuk berhibur terletak di banglo dua tingkat bertemakan warisan, yang dinamakan RP dan Bar Whisky. Ruang ini merupakan pusat hiburan semua dalam satu dengan pelbagai pilihan koktel, bir, wain dan sebagainya. Sama ada anda datang berseorangan atau berteman, masa yang menyeronokkan pasti dialami di bar pulau utama, lantai tarian, bar wiski, bilik permainan pool, kawasan tempat duduk terbuka dengan berlatarbelakangkan persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik dan DJ.
Jika anda inginkan hidangan kasual atau makanan ringan semasa beriadah di padang golf, The Golfer’s Terrace bersedia untuk menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan mahupun barat kepada anda. Dengan gelaran nama 19th Hole, restoran ini menawarkan tempat makan terbuka dengan pemandangan padang golf yang luas.
Hotel Saujana Kuala Lumpur merupakan hotel dalam bandar popular yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamunya. Kolam renang luaran, pusat kecergasan, gelanggang tenis, bilik permainan, padang golf yang mempunyai 18 lubang merupakan pilihan rekreasi yang bagus. Kanak-kanak tidak digalakkan dibiarkan bersendirian tanpa penjaga ketika berenang. Pusat kecergasan pula memuatkan pelbagai jenis peralatan gimnasium untuk tetamu yang ingin mengekalkan kecergasan dan gaya hidup sihat sepanjang menginap di Hotel Saujana Kuala Lumpur.
Hotel ini juga boleh memenuhi permintaan tetamu yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini. Harga promosi dan diskaun hebat boleh diperoleh semasa perbincangan tempahan dilakukan.
Memandangkan Hotel Saujana Kuala Lumpur terletak di lokasi hebat dan di tengah-tengah Lembah Klang dan kawasan Saujana di Shah Alam, anda boleh pergi ke pusat-pusat pelancongan dengan mudah. Tempat pelancongan tersebut termasuklah Masjid Shah Alam, Putrajaya yang menawarkan pemandangan bangunan pentadbiran kerajaan Malaysia yang cantik dan unik, monumen-monumen, tasik dan taman-taman, serta menjelajah bandar baharu atau lama Klang. Jika anda ingin menikmati pemandangan di kawasan pantai, anda boleh ke Bagan Lalang ataupun Pantai Morib.
Jika anda ingin ke pusat beli-belah yang menawarkan hiburan seperti pusat boling dan pawagam, terdapat banyak pilihan yang tersedia seperti Aeon Bukit Tinggi, Aeon Bukit Raja dan sebagainya untuk dikunjungi.
Tetamu juga boleh mengunjungi taman tema seperti I-City di Shah Alam dan Sunway Lagoon di Sunway. Sudah pasti para tetamu akan berasa seronok menikmati permainan di dalam, luar mahupun di dalam air di taman-taman tema ini. Para tetamu juga boleh bertanyakan kakitangan hotel yang mesra dan bersedia untuk melayan pertanyaan tentang mana-mana tempat menarik berdekatan.
Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Ayuh buat tempahan di Hotel Saujana Kuala Lumpur di traveloka.com hari ini bagi mendapatkan tawaran terbaik dan promosi istimewa!
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |