PNB Ilham Resort sememangnya mampu memberikan percutian menenangkan yang anda idam-idamkan, tidak kira jika anda sedang berada dalam percutian bersama keluarga atau jika anda melakukan perjalanan untuk tujuan perniagaan yang penting. Hotel bertaraf empat bintang ini pasti menawarkan pengalaman hotel yang memukau yang akan membuat anda berbaloi membayar harganya. PNB Ilham Resort terletak di Batu 10, Tanjung Biru, Port Dickson. Oleh kerana lokasinya yang hanya 30 minit dari bandar Port Dickson, manakala jarak ke ibu negeri Seremban hanyalah 45 minit jauhnya, anda boleh membayangkan sebuah penginapan yang mengujakan dan kurang membosankan kerana jaraknya yang berdekatan dengan beberapa tarikan terkenal di sekitarnya. Selain itu, terdapat sejumlah tiga jenis bilik utama untuk semua tetamu yang menginap di sini. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik serta beberapa ciri tambahan yang disesuaikan untuk bilik-bilik tertentu. Apabila masuk bab menjamu selera pula, para tetamu sudah tentu akan dimanjakan dengan lambakan pilihan yang sesuai dengan selera mereka.
Anda boleh merasa senang untuk ketahui bahawa Port Dickson bukanlah sebuah bandar yang besar. Oleh itu, anda tidak perlu meluangkan masa yang terlalu lama untuk mencari PNB Ilham Resort. Untuk ke Port Dickson, anda boleh memandu kereta atau menaiki bas atau kereta api. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan untuk ke hotel akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit. Masa ketibaan mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan lalu lintas dan cuaca semasa perjalanan dilakukan. Di samping itu, Port Dickson sememangnya dikenali kerana selalu dipenuhi dengan para pelancong yang datang berkunjung, jadi, anda boleh mengharapkan kelewatan beberapa minit tambahan untuk itba ke hotel. Jika anda menaikil bas, anda akan diturunkan di Terminal One Seremban yang merupakan terminal bas utama di bandar. Dari terminal, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan bas laluan tempatan. Sekiranya anda menaiki kereta api, anda perlu turun dari Stesen KTM Seremban. Dari sana, jarak ke hotel adalah sekitar 42 kilometer, maka, ia akan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk sampai ke hotel. Setelah tiba di hotel, anda dapat melihat beberapa mercu tanda yang terkenal untuk membantu anda tiba di hotel dengan tepat. Mercu tanda yang disebutkan adalah Blue Lagoon dan Tanjung Tuan. Tempat-tempat ini terletak dalam jarak 10 minit jauhnya dari hotel, oleh itu, jika anda berjaya mencari tempat-tempat ini, tanpa rasa ragu-ragu lagi, anda sudahpun berada sangat hampir dengan hotel itu.
Terdapat sejumlah tiga jenis bilik utama yang disediakan untuk semua tetamu yang menginap di PNB Ilham Resort, iaitu Two-Bedroom Apartment, Three-Bedroom Apartent dan Four-Bedroom Apartment. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang disediakan di semua bilik termasuk penyaman udara, bilik mandi peribadi dengan air pancuran, pengering rambut, pembuat kopi/teh, almari pakaian, ruang duduk, bar mini, papan seterika, sofa, peti sejuk, peti keselamatan, akhbar harian dan televisyen. Sementara Two-Bedroom Apartment memperuntukkan dua buah katil, Three-Bedroom Apartment memperuntukkan empat katil Twin dan satu katil Queen, manakala Four-Bedroom Apartment memperuntukkan enam katil Twin dan satu katil Queen.
Bercakap tentang makanan, santapan dan menjamu selera, para tetamu pasti dijamin tidak lupa mengenai pengalaman bersantap yang indah di restoran utama PNB Ilham Resort iaitu Rimba Corner. Terletak di bahagian bawah Tanjung Tuan, ia menggabungkan unsur-unsur hutan dan menawarkan makanan gerai dengan minuman, dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Di samping itu, terdapat juga Pool Bar yang menawarkan makanan ringan dan Serambi Coffee House yang menyajikan hidangan kopi dan masakan gabungan yang mencerminkan elemen-elemen yang terbaik dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Seiring dengan tujuan utama hotel untuk memastikan setiap kemudahan disediakan dengan tahap yang sangat baik untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, tidak hairanlah kemudahan dan perkhidmatan di sini berada pada kualiti yang sangat cemerlang. Antara kemudahan hotel yang boleh didapati termasuk porter, concierge, penyambut tetamu 24-jam, peti deposit keselamatan dan simpanan bagasi. Kemudahan awam lain yang boleh digunakan adalah kawasan tempat letak kereta, sambungan Wi-Fi, lif, kawasan kecergasan, gelanggang tenis, taman, kawasan barbeku, bar tepi kolam serta kolam renang luaran dan kolam kanak-kanak. Mereka yang sedang dalam perjalanan perniagaan juga boleh menggunakan kemudahan perniagaan seperti kemudahan mesyuarat dan bilik persidangan untuk tujuan kerja mereka.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Villea Port Dickson | 101 |
Bilangan tingkat di Villea Port Dickson | 7 |
Fasilitas lain di Villea Port Dickson | Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari, Pesanan bilik, Peti keselamatan |