Wonderland Private Chalet terletak di salah satu tempat pelancongan di Malaysia iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan. Port Dickson mempunyai pantai-pantai dan pemandangan yang indah. Anda akan disajikan dengan pemandangan pantai yang menghadap matahari yang indah dan air laut yang segar dan jernih. Wonderland Private Chalet menyediakan tempat penginapan yang terbaik untuk anda sementara anda berada di Port Dickson. Anda akan menginap di tempat yang jauh dari kebisingan, kesibukan dan kesesakan lalu lintas. Anda akan dapat berehat dengan tenang dan bahagia sementara anda menetap di Wonderland Private Chalet. Wonderland Private Chalet juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi tetamunya. Untuk apa jua sebab anda berada di Port Dickson sama ada bekerja atau pun bercuti. Wonderland Private Chalet pastinya ideal untuk anda.
Wonderland Private Chalet terletak di salah satu daerah di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson. Ia terletak di dalam Semenanjung Malaysia. Oleh itu, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan yang boleh anda gunakan untuk datang ke Port Dickson. Anda boleh memilih untuk menaiki bas, kapal terbang atau pun memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke Wonderland Private Chalet.
Bagi anda yang ingin menaiki bas, anda boleh mengambil bas di tempat anda untuk ke Terminal Bas Port Dickson. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Terminal Bas Port Dickson. Anda boleh memilih beberapa jenis bas di TBS untuk ke Port Dickson. Tambang tiket bas hanyalah RM 10.10 dari TBS ke Port Dickson. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson akan mengambil masa selama 1 jam dan 22 minit bergantung pada keadaan trafik pada waktu itu. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Port Dickson, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Wonderland Private Chalet. Jarak di antara Terminal Bas Port Dickson dan Wonderland Private Chalet hanyalah 4.7 km dan akan mengambil masa perjalanan selama 9 minit sahaja.
Selain daripada itu, bagi anda yang ingin datang ke Port Dickson dengan menggunakan kapal terbang, anda boleh berbuat demikian. Lapangan terbang yang terdekat dengan Port Dickson adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sekiranya anda datang dari Utara Malaysia seperti Pulau Pinang, anda boleh menjimatkan masa perjalanan anda dengan mengambil penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan akan mengambil masa selama 1 jam. Apabila anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, anda boleh mengambil teksi untuk ke Wonderland Private Chalet. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Wonderland Private Chalet dengan menaiki teksi akan mengambil masa selama 52 minit sahaja.
Anda juga boleh memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke Wonderland Private Chalet. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikut cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ambil Lebuhraya Baru Lembah Klang / AH2 / E1 dan ELITE / E6 ke Jalan Pekeliling di Sepang. Keluar dari Lebuhraya Klia Extension / E6 dan teruskan perjalanan ke Jalan Pekeliling hingga ke destinasi anda di Wonderland Private Chalet, Negeri Sembilan.
Terdapat dua jenis pilihan bilik di Wonderland Private Chalet iaitu bilik Premium Tower Sea View dan Water Chalet Deluxe Room. Bilik Premium Tower Sea View dan Water Chalet Deluxe Room mempunyai 1 katil bersaiz King. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik mengikut kesesuaian dan bajet anda. Jika anda inginkan pengalaman tidur di atas air, anda boleh memilih Water Chalet Deluxe Room kerana bilik ini akan berada di atas air laut.
Terdapat satu restoran di Wonderland Private Chalet. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di restoran tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh pergi ke mana-mana restoran tempatan yang ada berdekatan dengan Wonderland Private Chalet. Anda dapat merasai masakan tempatan masyarakat di Negeri Sembilan yang sangat enak. Masakan Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri. Makanannya kebiasaannya akan pedas dari masakan di tempat lain.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Wonderland Private Chalet ini. Setiap bilik di Wonderland Private Chalet ini mempunyai bilik air dan tab mandian. Anda boleh memanjakan diri anda di dalam tab mandi yang disediakan. Bukan itu sahaja, setiap bilik di Wonderland Private Chalet juga mempunyai kemudahan Wi-Fi secara percuma dan juga penghawa dingin. Kebanyakan bilik di Wonderland Private Chalet juga mempunyai balkoni peribadi. Barangan mandian seperti sabun dan syampu juga turut disediakan di Wonderland Private Chalet ini. Anda pastinya berasa sangat selesa menetap di Wonderland Private Chalet ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.
Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Parkir, Lif |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 20:00 - 07:00 - 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Wonderland Private Chalet | 2 |
Bilangan tingkat di Wonderland Private Chalet | 1 |
Fasilitas lain di Wonderland Private Chalet | Kopi/teh di lobi, Kedai kopi, Restoran sarapan pagi, Restoran makan malam, Restoran makan tengah hari |