Maldives adalah sebuah pulau di Lautan Hindi dan terletak di antara Barat Daya Sri Lanka dan India. Pulau ini terdiri daripada 26 buah lingkaran terumbu batu karang asli yang terbentuk daripada kira-kira 1,192 buah pulau. Walau bagaimanapun, hanya 188 buah daripadanya dihuni. Lebih dari 80% daripada kawasan darat pulau-pulau ini adalah kurang daripada 1 meter di atas paras laut.
Ibu negara Maladives adalah Male atau secara tradisinya, ia dikenali sebagai 'King's Island' kerana lokasi pusatnya adalah 2 km persegi. Ini menjadikannya sebagai salah satu daripada kota terpadat di dunia. Hal ini berlaku apabila kebanyakan kegiatan ekonomi berpusat di sekitar ibu negara ini. Jumlah penduduk yang tinggal dan bermigrasi ke ibu negara untuk menikmati gaya hidup yang lebih baik semakin meningkat dari hari ke hari.
Maldives mempunyai prestasi ekonomi yang sangat stabil untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana ia mempunyai pelan pembangunan ekonomi yang teguh. Peningkatan bilangan pelancong yang datang ke pulau ini dan juga pertumbuhan sektor perikanan mengakibatkan kepada kestabilan Maldives. Kemajuan besar dibuat dalam pertemuan antara Maldives dengan Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) yang juga dikenali sebagai negara MDG Plus di Asia Selatan. Hal ini memberi kesan yang baik kepada ekonomi dan membuatkan negara ini dikenali sebagai salah satu negara berpendapatan kelas pertengahan.
Semenanjung negara ini dipelihara dari awal abad ke-5 (BCE) oleh masyarakat Buddha yang berasal dari Sri Lanka dan juga India selatan. Berdasarkan tradisi, Islam diperkenalkan kepada orang-orang tempatan pada tahun 1153 (CE) oleh Ibn Battuta yang dikenali sebagai pengembara Afrika Utara. Beliau datang ke Nusantara dan tinggal di sana pada pertengahan tahun 1340-an. Beliau menggambarkan keadaan tempat tersebut pada masa itu.
Sebelum British mengambil hak pemilikannya pada 1797, Maldives adalah sebuah kesultanan di bawah kepemilikan dan perlindungan raja-raja Belanda di Ceylon. Walau bagaimanapun, kerajaan perwakilan telah diisytiharkan pada tahun 1953, tetapi setahun selepas peristiwa itu, negara ini telah kembali kepada pemerintahan kesultanan. Pada tahun 1982, Maldives menjadi sebahagian daripada negara-negara Komanwel. Seawal abad ke-21, kerajaan Gayoom mengambil tindakan terhadap rancangan jangka panjang untuk memodenkan dan mendemokrasikan Maldives, terutamanya dalam membina ekonomi dan sistem politik yang lebih stabil.
Pada hari ini, penggunaan bahasa di Maldives ialah Dhivehi yang juga dikenali sebagai Divehi. Bahasa ini adalah bahasa Indo-Arya yang digunakan oleh masyarakat negara pulau Maldives di Asia Tenggara. Cuaca di Maldives adalah panas tropika. Terdapat dua jenis monsun di negara ini iaitu, iaitu Barat Daya dan Timur Laut. Monson Barat Daya bermula dari bulan Mei hingga Oktober manakala monson Timur Laut bermula dari bulan November hingga April. Lazimnya, bilangan pelancong akan menurun pada bulan Jun dan Julai oleh sebab monson Barat Daya yang membawa lebih banyak angin dan hujan dalam tempoh dua bulan ini. Akibatnya, banyak aktiviti tidak boleh dijalankan oleh kerana hari hujan.
Seperti negara-negara lain, Maldives juga mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman yang tersendiri. Oleh kerana negara ini dikelilingi oleh kawasan perairan, kebanyakan hidangan dibuat daripada sumber laut seperti ikan. Walaupun Maldives mempunyai latar belakang India dan Sri Lanka, namun, masakan yang terdapat di negara pulau ini kebanyakannya adalah campuran pengaruh Arab, India, Sri Lanka dan juga Oriental. Kesan daripada industri pelancongan, penduduk pulau ini biasanya akan menyediakan pelbagai jenis masakan. Oleh itu, pelancong tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk memilih makanan.
Kelapa adalah sebahagian besar bahan utama dalam banyak hidangan makanan di Maldives. Ia biasanya dihidangkan dalam bentuk parut. Ikan tuna, 'little tunny', tuna kuning, 'frigate tuna', 'scooter bigeye', 'wahoo' dan 'mahi-mahi' adalah antara jenis ikan yang paling popular dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan pelancong dan juga penduduk di pulau ini. Menu yang paling popular ialah 'Garudhiya' yang merupakan sup ikan yang dihidangkan dengan beras, cili, bawang dan kapur. 'Mas Huni' adalah salah satu menu sarapan pagi yang terkenal. Ia terdiri daripada ikan salai yang dipanggang dengan kelapa dan bawang. Snek di pulau ini dipanggil 'hedhikaa'. Ia terdiri daripada ikan dan kelapa seperti 'bajjya', 'gulha', 'keemia', 'kulhi' 'boakiba', 'masroshi' dan 'mas'. Pulau ini adalah sebuah negara Islam. Oleh itu, penduduknya tidak mengambil minuman alkohol dan lebih suka minum Sai, sejenis minuman tradisional. Walau bagaimanapun, minuman beralkohol boleh didapati di resort atas permintaan pelancong.
Penerbangan tiket dari Kuala Lumpur ke Male bernilai sekitar RM 400 untuk setiap pek bergantung kepada tarikh percutian. Sebaik sahaja anda sampai ke lapangan terbang, terdapat banyak pengangkutan yang tersedia seperti teksi, Dhoni, kapal laut dan kapal. Oleh sebab Maldives dikelilingi oleh kawasan perairan, pelancong boleh mengambil pelbagai jenis pengangkutan ke hotel dari Lapangan Terbang Male. Jadual perahu sangat jarang, jadi untuk mengelakkan pembaziran masa dan wang, pelancong harus memastikan bahawa mereka tiba pada masa yang sama seperti bot yang terdapat di Lapangan Terbang Male. Bot adalah pengangkutan biasa untuk ke pulau Maldives manakala bot laju adalah cara yang terbaik. Bot teksi pula mengambil pelancong dari dan ke pulau-pulau yang terletak di kawasan Utara dan Selatan. Pesawat laut memberikan pengalaman pengembaraan yang unik dan indah. Ia akan terbang pada ketinggian yang rendah supaya penumpang dapat menikmati pemandangan indah Maldives dari atas. Pesawat laut adalah pengangkutan terpantas untuk sampai ke pusat peranginan.
Sebaliknya, Dhoni adalah sebuah bot tempatan yang kebanyakannya digunakan untuk membawa pelancong ke destinasi mereka dalam masa yang singkat. Pengangkutan ini memberi sedikit keterujaan kepada penumpang. Berbeza dengan bot yang menunggu di Lapangan Terbang Male, Dhoni akan tinggal dan menunggu di pelabuhan jeti feri lapangan terbang, Boduthakurufaanu. Ia terletak di tepi pantai ke hujung timur Boduthakua Rufaanu Magu. Walau bagaimanapun, harga Dhoni hanyalah sekitar Rf1000 hingga Rf1500 untuk sehari bergantung kepada kemahiran tawar-menawar.
Seaplanes adalah pengangkutan yang cepat untuk sampai ke pusat peranginan yang terletak jauh dari lapangan terbang. Terdapat dua jenis teksi udara di Maldives iaitu 'Air Taxi' dan Trans Maldivian Airways. Kedua-dua teksi udara ini boleh membawa sehingga 15 orang penumpang pada satu masa. Sama seperti bot teksi, teksi laut tidak beroperasi pada waktu malam, jadi pelancong harus menguruskan masa mereka dengan bijak. Teksi air mempunyai perkhidmatan yang terhad. Ia hanya terdapat di dua bandar raya iaitu Bandar Male dan Addu.
Pusat menyelam di Maldives seperti pusat menyelam Scubaspa Ying akan membekalkan sirip, snorkel dan gogal untuk anda melakukan aktiviti selam snorkel. Dengan menyelam di pusat menyelam yang khusus, ia jauh lebih baik dan selamat daripada membuat aktiviti ini di resort. Terdapat pelbagai pakej lawatan yang berbeza bergantung kepada tawaran yang disediakan.
Memancing sewaktu matahari terbenam adalah aktiviti terkenal yang dikendalikan oleh Secret Paradise Maldives. Para pelancong yang mengambil perkhidmatan dhoni selalunya lebih bernasib baik. Pelancong pasti akan mendapat lebih banyak ikan. Biasanya, separuh daripada dek dhoni akan dipenuhi oleh ikan seperti ikan merah, kod batu, kerapu dan ikan-ikan lain. Pada kebiasaannya, kesemua ikan ini akan dilepaskan semula ke laut namun, pada masa-masa tertentu, ia mungkin akan dipanggang.
Jika kena pada tempatnya, anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan ikan lumba-lumba. Aktiviti ini berbeza daripada memancing sewaktu matahari terbenam namun, ikan lumba-lumba sering muncul secara mengejutkan dan hal ini tentunya lebih mengujakan. Aktiviti ini bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Melawat pulau adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Aktiviti ini mempunyai kombinasi lawatan ke resort-resort lain, pulau-pulau yang didiami dan pulau-pulau yang tidak berpenghuni. Aktiviti ini ada ditawarkan di Mookai Hotel. Melalui aktiviti ini, pelancong boleh singgah di jalan utama dan membeli-belah pada masa yang sama. Pelancong juga boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan bertemu dengan penduduk tempatan. Makan tengah hari untuk pelancong mungkin dibungkus atau lebih baik, pelancong boleh menikmati barbeku segar di pulau.
Terletak sekitar 28 KM dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velena, hotel mewah ini merupakan salah satu daripada hotel yang terbaik di Maafushi. Menggabungkan perkhidmatan yang hebat dengan penginapan yang berkualiti, hidangan makanan yang menyelerakan dan kemudahan yang terunggul, Kaani Grand Seaview terletak di pantai yang sangat indah. Ia dibina betul-betul di seberang Pantai Bikini.
Hotel bertaraf 4 bintang ini merupakan sebuah tempat penginapan yang ideal untuk menikmati suasana yang indah di Maldives. Dengan pelbagai jenis bilik untuk dipilih, hotel ini dihiasi dengan reka bentuk dan bahan binaan eklektik moden yang akan memancarkan tenaga positif kepada tetamu mereka. Hotel ini juga mempunyai sebuah restoran yang unik. Ia dikenali sebagai restoran yang tertua dan paling terkenal di Maldives.
Resort yang sinonim dengan gelaran syurga tropika ini terletak jauh daripada kesibukan kota. Dengan 110 buah villa dan suite air, ia terletak hanya 35 minit perjalanan dengan bot laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male. Selain aktiviti air, keistimewaan resort ini adalah Anantara Spa, di mana tetamu berpeluang untuk memanjakan dan meremajakan tubuh dan jiwa mereka.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Maldives, Malé |
Popular Hotel | The Ritz-Carlton Maldives, Fari Islands, Gili Lankanfushi Maldives |