Hotel Qatar

Hotel Terbaik di Qatar

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Qatar,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 379Hotel di Qatar

Hotel popular di Qatar

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 W Doha, Hotel Qatar
9.2
(480)
Cemerlang
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Pantai persendirian berhampiran
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,765.24
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Four Seasons Resort And Residences At The Pearl - Qatar, Hotel Qatar
Hotel
The Pearl, Zone 66
Pantai persendirian
Bar pantai
Kelab kesihatan
Bar tepi kolam renang
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,602.03
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Marriott Executive Apartments City Center Doha, Hotel Qatar
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Kelab kesihatan
Bilik wap
Sauna
Harga sekitar
RM 772.28
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 JW Marriott Marquis City Center Doha, Hotel Qatar
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Kedai
Bar tepi kolam renang
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 1,104.30
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Four Seasons Hotel Doha, Hotel Qatar
9.2
(322)
Cemerlang
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Pantai persendirian
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Gelanggang tenis terbuka
Bar tepi kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 1,974.10
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Le Méridien City Center, Doha, Hotel Qatar
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Bilik wap
Spa
Harga sekitar
RM 717.12
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Alwadi Hotel Doha - MGallery Collection, Hotel Qatar
Hotel
Mushaireb 3, Zone 03
Pakej lamaran romantik
Kedai
Bar tepi kolam renang
Perpustakaan
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 1,216.73
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Pullman Doha West Bay, Hotel Qatar
9.4
(212)
Cemerlang
Hotel
Onaiza 63, Zone 63
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 797.81
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Dusit Doha Hotel, Hotel Qatar
8.6
(79)
Sangat Baik
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kelab kesihatan
Payung pantai
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 645.40
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Our Habitas Ras Abrouq, Hotel Qatar
8.7
(7)
Sangat Baik
Hotel
Broog, Zone 72
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,159.99
Lihat Ketersediaan
Al Muntazah Plaza Hotel 1 Al Muntazah Plaza Hotel, Hotel Qatar
8.2
(42)
Sangat Baik
Hotel
Fereej Bin Derhem, Zone 25
Kedai
Harga sekitar
RM 270.93
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The St. Regis Marsa Arabia Island, The Pearl Qatar, Hotel Qatar
Hotel
The Pearl, Zone 66
Kelab kanak-kanak
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,963.16
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ezdan Hotel West Bay, Hotel Qatar
7.6
(356)
Baik
Hotel
Onaiza 63, Zone 63
Kelab kesihatan
Biliard
Bilik permainan
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Spa
Harga sekitar
RM 474.30
Lihat Ketersediaan
Royal Mirage Hotel and Apartments 1, Hotel Qatar
Apartmen
Mushaireb 13, Zone 13
Harga sekitar
RM 225.49
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Le Mirage City Walk, Hotel Qatar
Apartmen
Fereej Bin Mahmoud 23, Zone 23
Spa

Sold out

Primary image 1 The St. Regis Doha, Hotel Qatar
9.2
(460)
Cemerlang
Hotel
Al Gassar 61, Zone 61
Kelab kanak-kanak
Bar pantai
Bilik permainan
Gelanggang tenis terbuka
Bar tepi kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 1,547.71
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Marriott Marquis City Center Doha Hotel, Hotel Qatar
Hotel
Al Dafna 61, Zone 61
Shuttle pusat membeli-belah
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Bar
Harga sekitar
RM 881.67
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Golden Ocean Hotel, Hotel Qatar
7.2
(475)
Baik
Hotel
Al Rufaa, Zone 17
Kelab kanak-kanak
Biliard
Bilik permainan
Harga sekitar
RM 326.89
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Regency Oryx Doha, Hotel Qatar
9
(1,006)
Cemerlang
Hotel
Doha International Airport, Zone 48
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Pengangkutan dari lapangan terbang
Payung pantai
Bar
Yanti
transit
Lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang dan menawarkan perkhidmatan ulang-alik percuma. Tempatnya bersih, perkhidmatannya bagus, dan makanannya sedap. Secara keseluruhan, saya sangat mengesyorkannya.
Harga sekitar
RM 529.03
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mandarin Oriental, Doha, Hotel Qatar
9.8
(186)
Cemerlang
Hotel
Mushaireb 3, Zone 03
Kelab kesihatan
Kedai
Pengangkutan dari lapangan terbang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 2,027.19
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Temui perkara yang Anda suka

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini

Lebih lanjut tentang hotel di Qatar

Qatar adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat dan menduduki Semenanjung Qatar yang kecil di pantai timur utara Semenanjung Arab. Ia diklasifikasikan sebagai negara pembangunan manusia yang tinggi dan secara luas dianggap sebagai negara Arab yang paling maju untuk pembangunan manusia oleh PBB. Qatar mempunyai rizab gas asli dan rizab minyak ketiga terbesar di dunia dan ini menyumbang menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Pada awal kurun ke-19, Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani mengasaskan negara itu dan sejak itu, Qatar telah diperintah oleh Dewan Rakyat. Qatar telah mengubah dari sebuah negara perlindungan ke negara yang bebas dengan hasil minyak dan gas asli yang membolehkan Qatar mempunyai pendapatan per kapita dan boleh bersaing dengan negara-negara perindustrian Eropah Barat. Ia secara rasmi memperoleh kemerdekaan pada tahun 1971. Selepas itu, ia telah berkembang secara meluas pada abad ke-21 baik dari segi kewangan dan ekonomi. Rangkaian Media Al Jazeera yang berasal dari Qatar telah meningkatkan pengaruh dan peranannya dalam dunia Arab terutamanya semasa pemberontakan Bahrain pada tahun 2011. Qatar akan menjadi negara Arab pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dari 21 November hingga 18 Disember dan Al Jazeera sebagai media rasmi untuk meliputi acara dunia itu.

Islam adalah agama rasmi Qatar. Menurut Perlembagaan Qatar, undang-undang syariah adalah sumber utama perundangan Qatar. Di samping undang-undang syariah, undang-undang sivil juga digunakan untuk kes tertentu. Undang-undang syariah digunakan untuk undang-undang keluarga, warisan dan beberapa tindakan jenayah (termasuk perzinaan, rompakan dan pembunuhan). Pada awal tahun 2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta dan terdiri daripada 313,000 rakyat Qatar dan 2.3 juta ekspatriat. Doha bertindak sebagai ibu kota Qatar dan bandar kedua terbesar ialah Rayyan dengan lebih 275,000 warganegara. Al-Khor adalah kawasan berhampiran dengan Bandar Perindustrian Ras Laffan (RLIC), di mana terletaknya terminal-terminal cecair gas asli (LNG).

Bahasa Arab adalah bahasa rasmi Qatar, dengan bahasa Arab Qatar sebagai dialek tempatan. Selain bahasa Arab, bahasa Inggeris biasanya digunakan sebagai bahasa kedua dan lingua franca yang semakin digunakan, terutamanya dalam perdagangan. Ia bertindak sebagai kaedah perhubungan dengan komuniti ekspatriat Qatar yang besar. Qatar adalah negara yang berbilang kaum di mana pelancong dari seluruh dunia suka melawat dan menetap di sini. Oleh itu, bahasa lain juga digunakan untuk tujuan komunikasi seperti bahasa Hindi, Tagalog dan Bahasa Indonesia. Iklim Qatar terkenal dengan cuaca kering dan panas. Iklim yang panas menarik perhatian orang barat di seluruh dunia kerana ia sesuai untuk menikmati aktiviti pantai dan air.

Qatar mempunyai pelbagai makanan yang dipengaruhi oleh negara lain. Makanan utama di Qatar adalah masakan Timur Tengah yang boleh ditemui di mana-mana. Terdapat kebab, roti, hummus dan makanan ini boleh didapati di gerai atau di tempat yang lebih mahal. Selain itu, terdapat makanan Lebanon, Eropah, Thai dan Jepun serta makanan Pakistan yang juga boleh dinikmati di restoran dan hotel.

Warga Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi tidak memerlukan visa untuk melawat Qatar dan boleh menggunakan Kad ID Kebangsaan untuk memasuki negara ini.

Warganegara negara Kesatuan Eropah kecuali Ireland dan United Kingdom bersama-sama Bahamas, Iceland, Liechtenstein, Malaysia, Norway, Seychelles, Switzerland dan Turki diberikan pengecualian visa dan kemasukan percuma semasa ketibaan, dengan syarat mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad bersama pasport yang sah dengan tempoh sah minimum enam bulan dan tiket yang disahkan atau tiket kembali. Pengecualian visa sah selama 180 hari dari tarikh pengeluaran dan pemegang layak menghabiskan masa sehingga 90 hari berturut-turut di Qatar. Warga Macau, Mauritius, Montenegro dan Taiwan boleh mendapatkan visa semasa ketibaan untuk penginapan maksimum 30 hari.

Warganegara Andorra, Argentina, Australia, Azerbaijan, Belarus, Bolivia, Brazil, Brunei, Kanada, Chile, China (PRC), Colombia, Costa Rica, Cuba, Ecuador, Georgia, Guyana, Hong Kong, India, Indonesia, Ireland, Jepun , Kazakhstan, Lubnan, Macedonia, Maldives, Mexico, Moldova, Monaco, New Zealand, Panama, Paraguay, Peru, Rusia, San Marino, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Suriname, Thailand, Uruguay, Vatican City dan Venezuela boleh mendapatkan visa semasa ketibaan sah selama 30 hari dari tarikh terbitan. Ia juga boleh dilanjutkan selama 30 hari lagi.

Warga Pakistan boleh mendapatkan visa pada ketibaan sah selama 30 hari, dengan syarat mereka memegang pasport yang sah selama 6 bulan dan tiket kembali yang disahkan. Warganegara yang memegang permit atau visa yang sah untuk dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Kawasan Schengen, atau negara-negara Majlis Kerjasama Teluk boleh mendapatkan Kuasa Perjalanan Elektronik yang sah sehingga 30 hari. Visa ini boleh diperpanjang dalam talian selama 30 hari maksima.

Pelancong yang sedang dalam perjalanan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad tidak memerlukan visa jika mereka berangkat dalam waktu 24 jam atau di dalam lapangan terbang. Visa transit percuma, yang sah sehingga 96 jam (4 hari) membenarkan pelancong untuk melawat Qatar. Visa ini juga dikeluarkan kepada semua penumpang mana-mana negara yang melalui transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, dengan syarat perjalanan dengan Qatar Airways. Bagi mereka yang memerlukan visa, visa pelancong boleh didapati secara dalam talian melalui sistem eVisa. Visa dikeluarkan dalam tempoh empat hari bekerja sekiranya semua dokumen dikemukakan dan sah untuk tempoh penginapan sehingga 30 hari di Qatar. Untuk permohonan visa lain, prosedur visa boleh menjadi rumit, kerana anda memerlukan penjamin, sama ada syarikat atau entiti.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Pelancong di seluruh dunia kebanyakannya boleh ke Qatar dengan menaiki kapal terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad terletak di Doha yang juga merupakan ibu kota Qatar. Ia dibuka pada 30 April 2014 dan terdiri daripada penerbangan domestik dan antarabangsa. Qatar juga mempunyai syarikat penerbangan sendiri iaitu Qatar Airways yang terbang hampir ke setiap negara di dunia. Negara-negara dari Asia Tenggara seperti Malaysia boleh mencapai Qatar dengan penerbangan terus menggunakan Qatar Airways atau syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines yang mengambil masa sekitar 7 jam 30 minit. Selain itu, Etihad, Emirates, Jet Airways dan Singapore Airlines juga merupakan antara syarikat penerbangan yang terbang ke Qatar.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Pantai Khor Al Udeid

Qatar terkenal dengan sukan air kerana negara ini dikelilingi oleh laut. Di antara aktiviti-aktiviti ini ialah luncur layang-layang, jet-ski dan berenang. Kitesurfing adalah gaya luncur layang-layang khusus untuk orang yang suka menunggang di atas air menggunakan papan luncur. Pelancong boleh menikmati angin yang kuat seperti anda melayari di atas air. Bagi mereka yang baru ingin mencuba, anda dinasihatkan untuk menghadiri kelas berlesen untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti tersebut. Selain menerbangkan laying-layang, terdapat juga aktiviti lain seperti menunggang jet ski bagi mereka yang suka aktiviti berkelajuan tinggi dan berenang.

Muzium Seni Islam

Sekiranya anda suka megenai sejarah, anda boleh cuba melawat muzium di Qatar. Dibuka pada tahun 2008, Muzium Seni Islam adalah salah satu muzium terbaik di negara ini. Muzium ini dipengaruhi oleh seni bina Islam kuno dengan reka bentuk moden yang melibatkan corak geometri. Selain itu, tarikan ini mempamerkan seni Islam dari tiga benua lebih 1,400 tahun yang lalu. Antara koleksi yang dipaparkan di muzium ini ialah kerja logam, seramik, perhiasan, kerja kayu, tekstil dan kaca yang diperoleh dari tiga benua. Muzium ini juga menempatkan koleksi kerja yang dikumpulkan sejak tahun 1980-an termasuk manuskrip, tekstil dan seramik. Selain dari Muzium Seni Islam, terdapat juga muzium Qatar lain seperti Muzium Seni Moden Arab yang diketuai oleh Sheikha Al-Mayassa binti Hamad bin Khalifa Al-Thani, adik perempuan Emir Negeri Qatar. Selain itu, pameran seni terkenal di Qatar kerana Qatar adalah pembeli terbesar dunia dalam pasaran seni.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Oryx Rotana Hotel

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Oryx Rotana menawarkan penginapan kelas yang tersendiri di bandar Doha. Terdapat 400 bilik tamu yang dilengkapkan dengan kemudahan yang menarik seperti televisyen skrin rata dengan saluran satelit, peti sejuk mini dan bilik mandi besar dengan pancuran mandian hujan, jubah mandi dan pengering rambut serta peralatan mandian percuma. Selain itu, terdapat juga kemudahan dan perkhidmatan yang sempurna untuk keselesaan tetamu. Sebagai contoh, terdapat perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dan limosin dengan bayaran tambahan. Simpanan bagasi dan pengemasan harian juga disediakan. Bagi pilihan tempat makan, hotel ini menawarkan ruang istirahat eksekutif untuk mesyuarat peribadi dan restoran dengan dapur terbuka yang menyajikan sarapan bufet, makan tengah hari dan makan malam. Di samping itu, The Sky Lounge adalah tempat eksklusif untuk minum kopi dan menikmati pastri disertai dengan muzik yang hebat. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.

Golden Ocean Hotel

Golden Ocean Hotel merupakan pilihan yang bijak bagi pelancong untuk menikmati tarikan berdekatan. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti meja, almari pakaian dan peralatan mandian percuma. Terdapat ciri tambahan untuk bilik-bilik tertentu seperti kawasan tempat duduk dan balkoni. Bagi pilihan makan, terdapat restoran di hotel yang menawarkan masakan tempatan dan antarabangsa serta perkhidmatan bilik 24 jam. Selain akses Wi-Fi percuma di seluruh hotel, terdapat juga perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang, simpanan bagasi dan meja tempahan lawatan di mana para tetamu boleh mengatur lawatan di sekitar bandar. Selain itu, hotel Golden Ocean menawarkan kolam renang di bumbung yang dikawal suhu bersama pemandangan kaki langit Doha dan gimnasium yang lengkap dengan jurulatih profesional. Untuk tetamu yang suka bersantai, terdapat Origins Gentlemen Spa di mana ia menawarkan rawatan muka dan urut badan.

Kingsgate Hotel

Kingsgate Hotel terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Doha dan menawarkan bilik-bilik tetamu, kemudahan dan perkhidmatan yang selesa dan lengkap. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen dengan saluran satelit, meja kerja dan peti sejuk mini. Bilik-bilik yang luas juga mempunyai dapur kecil dengan ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik. Selain itu, terdapat akses WiFi percuma, meja penyambut tetamu 24 jam dan perkhidmatan penyewaan kereta. Surat khabar dan simpanan bagasi juga disediakan di meja penyambut tetamu. Untuk aktiviti rekreasi, tetamu boleh memilih untuk berehat di sauna, bersenam di gimnasium atau berenang di kolam renang.

Baca lagi

Facts about hotel in Qatar

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Doha, Al Wakrah
Popular Hotel
W Doha, Four Seasons Resort And Residences At The Pearl - Qatar

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Qatar?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Qatar?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Qatar

Guest reviews in hotel near Qatar

8.7
Mengagumkan
34,169 reviews from hotels in Qatar with aggregated rating of 8.7/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Qatar will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?