Hotel Korea Selatan

Hotel Terbaik di Korea Selatan

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Korea Selatan,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 27,137Hotel di Korea Selatan

Hotel popular di Korea Selatan

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Exterior / Building 1 Sofitel Ambassador Seoul Hotel & Serviced Residences, Hotel Korea Selatan
Hotel
Songpa-gu, Seoul
Penjagaan anak
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 1,252.76
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 Hotel Skypark Central Myeongdong, Hotel Korea Selatan
8.4
(1,127)
Sangat Baik
Hotel
Jung-gu, Seoul
Kemudahan perniagaan
Pukpik Pukpik
perjalanan perniagaan
Kakitangan sangat ramah dan membantu. Lokasi selesa. Baik untuk membeli-belah mencairkan harta. Penginapan sangat bersih dan mewah berbanding dengan harga. Nilai untuk wang.
Harga sekitar
RM 508.84
Lihat Ketersediaan
LOTTE CITY HOTEL MYEONGDONG 1, Hotel Korea Selatan
8.7
(2,593)
Sangat Baik
Hotel
Jung-gu, Seoul
Pusat kecergasan
Akses kerusi roda
N***a
Kakitangan yang sangat baik seperti biasa! Lokasi yang bagus. Kami pasti akan tinggal di sini lagi lain kali
Harga sekitar
RM 659.95
Lihat Ketersediaan
Guest Bathroom 1 Holiday Inn Express SEOUL HONGDAE by IHG, an IHG Hotel, Hotel Korea Selatan
Hotel
Hongdae, Mapo-gu
Pusat kecergasan
S***a
perjalanan perniagaan
Kakitangan hotel ramah, biliknya selesa, dan ia terletak di kawasan yang sama dengan AK Plaza Hongdae, yang menjadikan membeli-belah mudah. Terdapat banyak restoran di sekitar hotel, dan Stesen Universiti Hongik terletak betul-betul di seberangnya.
Harga sekitar
RM 658.41
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Travelodge Myeongdong Euljiro, Hotel Korea Selatan
8.4
(1,073)
Sangat Baik
Hotel
Jung-gu, Seoul
M***v
rekreasi
Saya dan keluarga pertama kali ke Korea sangat mengelirukan, tetapi hotel ini sangat membantu kami dengan simpanan bagasi, perkhidmatan dobi 24 jam, lokasi yang berhampiran dengan kereta api bawah tanah, dan sudah tentu, perkhidmatan yang mesra dan membantu daripada En. D Lee. Terima kasih Travelodge Hotel.
Harga sekitar
RM 388.96
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 Signiel Seoul, Hotel Korea Selatan
9.3
(1,009)
Cemerlang
Hotel
Songpa-gu, Seoul
Pusat kecergasan
Kemudahan perniagaan
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,895.40
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 HOTEL THE BOTANIK SEWOON MYEONGDONG, Hotel Korea Selatan
Hotel
Jung-gu, Seoul
Memanah
Haiwan peliharaan dibenarkan
Pusat kecergasan
Akses kerusi roda
Bar
N***a
rekreasi
Hotel yang bersih dan selesa, dengan stesen kereta api berdekatan menjadikannya mudah dan senang untuk ke mana-mana sahaja. Hotel ini terletak di tengah-tengah tarikan pelancong yang berdekatan. Kemudahan bilik sangat baik, terdiri daripada TV pintar, mesin basuh dan almari pakaian juga!
Harga sekitar
RM 465.43
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Royal Hotel Seoul, Hotel Korea Selatan
8.9
(1,185)
Cemerlang
Hotel
Jung-gu, Seoul
Spa
M***a
rekreasi
Lokasi yang sempurna, berhampiran dengan banyak kedai di Myeongdong, dan hanya beberapa meter dari pasar malam serta kedai serbaneka 24 jam di hadapan hotel.
Harga sekitar
RM 725.85
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 Seoul Residence Myeongdong, Hotel Korea Selatan
Apartmen
Jung-gu, Seoul
Akses kerusi roda
Harga sekitar
RM 879.98
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Four Points by Sheraton Josun, Seoul Myeongdong, Hotel Korea Selatan
Hotel
Jung-gu, Seoul
Kelab kesihatan
Bar
Harga sekitar
RM 695.62
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 Lotte Hotel Seoul, Hotel Korea Selatan
8.9
(2,245)
Cemerlang
Hotel
Jung-gu, Seoul
Latihan golf
Kelab kesihatan
Pusat kecergasan
Akses kerusi roda
Sauna
Bar
R***a
rekreasi
Lokasi yang menakjubkan! Akses mudah untuk menghantar kereta, tempat letak kereta percuma, akses terus bawah tanah ke MRT dan Lotte Mall, kakitangan yang baik. Hotel yang sempurna!
Harga sekitar
RM 1,282.53
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Travelodge Myeongdong Namsan, Hotel Korea Selatan
Hotel
Jung-gu, Seoul
I***e
rekreasi
Lokasinya agak stategik, hanya beberapa minit ke pasar malam Myeongdong, banyak restoran di sekitar, kakitangan yang sangat membantu, dan persekitaran yang bagus!
Harga sekitar
RM 323.14
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 L7 HONGDAE by LOTTE HOTELS, Hotel Korea Selatan
8.8
(1,224)
Sangat Baik
Hotel
Mapo-gu, Seoul
Pub
Pengeluar wain
Kelab kesihatan
Pusat kecergasan
Akses kerusi roda
Bar
Harga sekitar
RM 704.05
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Novotel Ambassador Seoul Dongdaemun Hotels & Residences, Hotel Korea Selatan
Hotel
Jung-gu, Seoul
Kawasan kanak-kanak bermain
Penjagaan anak
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 888.30
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Fairfield by Marriott Seoul, Hotel Korea Selatan
8
(1,019)
Sangat Baik
Hotel
Yeongdeungpo-gu, Seoul
Harga sekitar
RM 353.51
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 L7 HAEUNDAE by LOTTE HOTELS, Hotel Korea Selatan
9.2
(694)
Cemerlang
Hotel
Haeundae-gu, Busan
Bar tepi kolam renang
A***y
rekreasi
Saya mendapat 1 malam percuma daripada kuiz apl, jadi saya membeli 1 malam lagi untuk melanjutkan penginapan saya. Lokasinya menakjubkan, perkhidmatan dan ruang bilik juga hebat. terima kasih. Ia adalah penginapan yang indah untuk sambutan hari lahir anak saya
Harga sekitar
RM 420.52
Lihat Ketersediaan
Exterior / Building 1 LACASA HOTEL SEOUL, Hotel Korea Selatan
8.1
(740)
Sangat Baik
Hotel
Apgujeong, Gangnam-gu
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 469.80
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 ibis Styles Ambassador Seoul Myeongdong, Hotel Korea Selatan
Hotel
Myeongdong, Jung-gu
D***a
rekreasi
Saya dan anak perempuan saya pergi ke Seoul... dan kami sangat gembira kami memilih hotel ini. Lokasinya hebat. Ia tidak betul-betul di tengah-tengah jalan Myeongdong, jadi ia kurang bising dan sesak. menyukainya. Kakitangannya hebat (semua berbahasa Inggeris dengan baik 👍). Bilik itu bersih. Secara keseluruhan sangat disyorkan.
Harga sekitar
RM 450.16
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Aiden by Best Western Cheongdam, Hotel Korea Selatan
8.6
(534)
Sangat Baik
Hotel
Gangnam-gu, Seoul
Bar
D***h
transit
Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan betapa bersihnya! Ia sangat selesa untuk tinggal. Ia terletak di Cheongdam dan berhampiran dengan pilihan restoran yang baik dan pasar mini. Akan tinggal di sini lagi jika saya mempunyai peluang untuk pergi ke Seoul lagi.
Harga sekitar
RM 488.59
Lihat Ketersediaan
Exterior view 1 ibis Ambassador Seoul Myeongdong, Hotel Korea Selatan
8.4
(1,182)
Sangat Baik
Hotel
Myeongdong, Jung-gu
Daftar keluar ekspres
Samsul Tauladan
percutian keluarga
Meja depan sangat membantu. Lokasi yang baik. Reka bentuk bilik yang baik, jenama permaidani baru. Tempat pancuran mandian luar biasa
Harga sekitar
RM 579.34
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini
Penginapan di Seoul
Penginapan di Seoul
Kulinari, Bersejarah, Seni & Budaya
Penginapan di Incheon
Penginapan di Incheon
Kulinari, Bersejarah, Mesra Keluarga
Penginapan di Busan
Penginapan di Busan
Pantai, Kulinari, Kesejahteraan
Penginapan di Pulau Jeju
Penginapan di Pulau Jeju
Alam Semula Jadi, Kesejahteraan, Mesra Keluarga
Penginapan di Daegu
Penginapan di Daegu
Bersejarah, Kulinari, Kuil
Penginapan di Gwangju
Penginapan di Gwangju
Kulinari, Seni & Budaya, Bersejarah
Penginapan di Daejeon
Penginapan di Daejeon
Alam Semula Jadi, Kulinari, Mesra Keluarga

Lebih lanjut tentang hotel di Korea Selatan

Korea Selatan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Timur dan ia terhad kepada bahagian selatan di Semenanjung Korea. Bahagian utara adalah kepunyaan Korea Utara, sebuah negara yang sangat berbeza berbanding Korea Selatan tetapi terletak di sepanjang semenanjung yang sama. Korea Selatan dikelilingi oleh laut kecuali sempadan utaranya. Laut Timur Jepun terletak di timur Korea Selatan; Laut China Timur berada di selatan manakala di barat adalah Laut Kuning. Pulau kecil milik Jepun, Pulau Tsushima, di Selat Korea ini memisahkan kedua-dua negara ini.

Kependudukan manusia di Semenanjung Korea bermula di suatu masa semasa tempoh Palaeolitik Rendah, sekitar 2.6 juta hingga 300 ribu tahun yang lalu. Sejarah Korea bermula dengan asas Gojoseon, sebuah kerajaan Korea kuno, pada tahun 2333 SM oleh seorang raja legenda, Raja Dangun. Terdapat tiga buah kerajaan di Korea lama; kerajaan Baekje, Silla dan Goguryeo. Ketiga-tiga ini, kemudiannya, menjadi satu sebagai Kerajaan Silla, setelah Silla ini menakluk dua buah kerajaan lainnya pada 688 Masihi. Korea diperintah oleh Dinasti Goryeo dari 918-1392 Masihi, diikuti oleh Dinasti Joseon dari 1392 hingga 1910. Bermula pada tahun 1910, Korea berada di bawah pemerintahan Empayar Jepun. Kependudukan Jepun ke Korea bermula dengan Perjanjian Jepun-Korea 1910, di mana Korea menjadi protektorat Jepun, iaitu Korea menjadi negara yang berada dalam kawalan Jepun. Namun Korea itu tidak diberi hak untuk pentadbiran urusan dalaman mereka. Perjanjian itu tidak pernah ditandatangani oleh Maharaja Korea pada masa itu, Maharaja Gwangmu dari Dinasti Joseon. Pendudukan Jepun di Korea berakhir pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945 ketika Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menduduki semenanjung Korea.

Kependudukan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah membahagikan Semenanjung Korea menjadi dua; Amerika Syarikat mengawal bahagian selatan semenanjung, sementara Kesatuan Soviet mengawal bahagian utara. Suruhanjaya Bersama Soviet-Amerika Syarikat ditubuhkan untuk membantu dan menyatukan kedua-dua bahagian Semenanjung Korea ini tetapi gagal kerana Perang Dingin antara Soviet dan Amerika Syarikat sedang berlangsung. Pada September 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan bahawa pilihan raya bebas di Korea harus diadakan dan tentera asing harus ditarik balik. Pada bulan Mei 1948, bahagian selatan mengadakan pilihan raya umum dan ini melahirkan sebuah kerajaan 'Republik Korea', yang secara rasmi mengambil alih kuasa dari Tentera Amerika Syarikat pada bulan Ogos tahun yang sama. Di bahagian Utara, Republik Demokratik Rakyat Korea pula telah diisytiharkan pada September 1948. Walaupun telah muncul dua buah kerajaan Korea, ini tidak membawa keamanan kepada mana-mana negara. Banyak konflik itu meningkat di sepanjang sempadan yang membahagikan kedua-dua buah negara ini dan akhirnya telah menyebabkan pencerobohan Korea Utara ke Korea Selatan. Perang Korea telah tercetus dengan pencerobohan ini. Perang Korea berlangsung selama tiga tahun, dengan anggaran jumlah korban lebih 1.2 juta nyawa termasuk tentera dari Amerika Syarikat, China, dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu selain daripada Korea Utara dan Selatan. Pertarungan berakhir dengan gencatan senjata yang ditandatangani dan persetujuan untuk membuat Zon Demiliterasi Korea. Zon Demilitarized Korea adalah jalur tanah di semenanjung Korea. Zon ini membahagi semenanjung dengan separuh dan ia berfungsi sebagai zon penampan atau buffer zone di antara kedua-dua buah negara. Perang Korea secara rasmi berakhir pada April 2018, ketika kedua-dua pemimpin dari Korea Utara dan Korea Selatan menandatangani perjanjian di zon demiliterisasi.

Semenjak gencatan senjata Perang Korea, Korea Selatan telah menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi. Pada masa ini, Korea Selatan adalah peneraju global dalam sektor perindustrian dan teknologi. Korea Selatan juga telah berkembang pesat dalam industri hiburan mereka dengan fenomena budaya yang dikenali sebagai ‘Korean Wave’ yang telah meliputi banyak negara di Asia dan juga negara-negara Barat. Korean Wave ini telah memperkenalkan industri muzik dan lakonan Korea Selatan ke mata dunia.

Bahasa rasmi Korea Selatan adalah bahasa Korea, yang tidak berkaitan dengan bahasa Cina walaupun beberapa kata yang berasal dari asal Cina. Kebanyakan pakar bahasa telah mengklasifikasikan bahasa Korea sebagai bahasa pengasingan yang bermaksud bahawa ia tidak berkongsi hubungan 'genetik' dengan mana-mana bahasa lain. Penulisan bahasa mereka menggunakan sistem penulisan asli, Hangul, yang dibuat pada tahun 1446 oleh Raja Sejong sebagai satu alternatif kepada aksara klasik Cina Hanja yang tidak sesuai untuk digunakan dalam bahasa Korea dengan sempurna. Karakter Hanja Cina masih digunakan dalam beberapa dokumen undang-undang dan media cetak. Terdapat lima kumpulan dialek dalam bahasa Korea dengan dialek standard dikenali sebagai Seoul, sempena nama ibu kota negara tersebut.

Ibu kota Korea Selatan adalah Seoul, secara rasminya dikenali sebagai Seoul Metropolitan City. Ia adalah sebuah metropolis terbesar di Korea Selatan. Ia terletak di barat laut negara ini. Seoul adalah sebahagian daripada Kawasan Kapital Seoul, yang meliputi metropolis Incheon dan wilayah Gyeonggi. Kawasan Kapital Seoul mengandungi kira-kira hampir separuh dari jumlah penduduk negara ini.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menggunakan Kapal Terbang

Harga tiket dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul bermula dari serendah RM 404, sehala. Penerbangan ini akan mengambil masa kira-kira enam jam dan tiga puluh minit. Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa pelancong untuk pergi ke Korea Selatan, dengan syarat tinggal di Korea Selatan tidak melebihi 90 hari. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon terletak di sebelah barat pusat bandar Incheon di sebuah pulau buatan manusia antara Kepualauan Yeongjong dan Yongyu.

Lapangan terbang ini dihubungkan ke tanah besar oleh Jambatan Yengjong dan Lebuhraya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Menggunakan Bas

Perjalanan ke pusat bandar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah mudah kerana terdapat beberapa pengangkutan awam yang ada. Terdapat bas lapangan terbang yang dikenali sebagai bas limosin. Bas-bas ini bergerak ke Stesen Sanjeong dan Lapangan Terbang Gimpo, kedua-duanya terletak di tanah besar dan di dalam metropolis Seoul.

Menggunakan Kereta Api

Syarikat Airport Rairoad Express di Pusat Pengangkutan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dan Seoul. Stesen di sepanjang laluan juga menyediakan sambungan ke bawah tanah di Incheon dan Seoul.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Tarikan Sejarah dan Kebudayaan

Tempat bersejarah adalah salah satu tarikan pelancongan utama di Korea Selatan. Tempat bersejarah di Korea Selatan bukan sahaja terhad di Seoul Metropolitan tetapi juga di wilayah lain di negara ini. Di ibu kota itu sendiri, terdapat lebih dari sepuluh tempat bersejarah untuk dikunjungi termasuk Gyeongbokgung, sebuah istana raja di Dinasti Joseon. Gyeongbokgung berkhidmat sebagai istana raja, rumah tangga dan juga kerajaan. Ia terus berkhidmat sehingga ia dimusnahkan semasa Perang Imjin. Istana ini telah dipulihkan dua abad kemudian, pada abad ke-19. Ia kemudian dimusnahkan lagi oleh Imperial Jepun semasa pendudukan mereka di negara ini. Sejak itu, kompleks istana secara beransur-ansur dipulihkan kepada bentuk asalnya. Keluarga diraja tidak lagi tinggal di Gyeongbokgung dan hari ini, istana ini telah menempatkan Muzium Istana Negara Korea dan Muzium Rakyat Kebangsaan. Gyeongbokgung dianggap sebagai sebuah istana yang paling indah dan terpesona daripada lima-lima istana di Korea Selatan. Gyeongbokgung terletak di tengah-tengah Seoul.

Eko-Pelancongan di Pulau Namiseom

Pulau Namiseom adalah sebuah pulau kecil berbentuk setengah bulan yang terletak di daerah Chuncheon, kira-kira 54 kilometer jauhnya dari Seoul. Pulau ini dibentuk apabila ia dibanjiri oleh peningkatan air dari Sungai Han Utara, hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong pada tahun 1944. Sebuah syarikat pelancongan telah membangunkan Pulau Namiseoum untuk menjadi sebuah taman hiburan lengkap dengan sebuah merry-go-round, lapangan tembak, dan aktiviti menyeronokkan yang lain seperti sukan air, tempat luncur ais dan juga sebuah perkhemahan. Tidak ada tiang telefon atau tiang elektrik yang kelihatan di pulau itu kerana semua pendawaian telah dibina di bawah tanah untuk menjaga keindahan alam pulau itu. Pulau ini ditaburi dengan pohon-pohon berangan dan poplar di sepanjang yang meningkatkan lagi daya tarikan yang memukau di tempat itu.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

The Maru

The Maru adalah sebuah asrama yang sesuai untuk mereka yang bercuti dengan cara backpacking di negara ini atau hanya mencari sebuah tempat tinggal yang murah dan selesa. Ia terletak di tengah-tengah kota metropolitan, hanya 400 meter jauhnya dari stesen kereta api Seoul. Hostel ini menyediakan sarapan percuma dan sambungan internet untuk semua tetamu yang menginap di sana. Ia menawarkan enam jenis bilik, bermula dari serendah RM 50 untuk satu malam. Asrama ini menawarkan sebuah asrama yang boleh dikongsi tetapi hanya untuk tetamu wanita. Terdapat juga bilik-bilik persendirian. Bilik-bilik di dalam asrama semuanya lengkap dengan penyaman udara. Bilik-bilik ini juga disediakan beberapa kemudahan asas seperti sebuah peti sejuk kecil dan sebuah set pembuat kopi/teh. Kemudahan ini juga disediakan di asrama yang dikongsi. Bilik mandi disediakan di setiap bilik termasuklah asrama kongsi.

STEP INN Myeongdong 1

Ini adalah sebuah tempat penginapan & sarapan di Seoul. Ia menawarkan enam jenis bilik, termasuk sebuah asrama kongsi untuk wanita, dan semua ini bermula dari hanya RM 113 malam. Kadar bilik sudah termasuk sarapan percuma dan sambungan internet percuma. Penginapan & sarapan ini terletak secara strategik di Seoul, berhampiran dengan restoran makanan segera dan sebuah kedai 24-jam. STEP INN Myeongdong 1 ini merupakan tempat yang cukup bagus untuk mereka yang ingin meneroka kota metropolitan Seoul kerana ia juga terletak dekat dengan jalur pengangkutan awam. Walaupun biliknya bersaiz lebih kecil berbanding kebanyakan penginapan & sarapan di dunia, mereka tetap selesa dan bersih. Semua bilik dilengkapi dengan pendingin hawa, dan mereka juga mempunyai sebuah peti sejuk di dalam bilik. Bilik mandi peribadi terdapat di dalam semua bilik. Tidak perlu khuatir dengan perkhidmatan yang diberikan kerana kakitangan mereka boleh berbahasa Inggeris dan sangat ramah.

Baca lagi

Facts about hotel in Korea Selatan

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Seoul, Incheon
Popular Hotel
Sofitel Ambassador Seoul Hotel & Serviced Residences, Signiel Seoul

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Korea Selatan?
Jika anda berada di Korea Selatan, anda juga boleh melawati Gangwon-do, Jeollanam-do, Chungcheongnam-do, Gyeonggi-do, Chungcheongbuk-do, Seoul, Daegu, Daejeon, Gwangju, Sejong
Berapa banyak hotel disenaraikan di Korea Selatan?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Korea Selatan

Guest reviews in hotel near Korea Selatan

8.4
Mengagumkan
1,918,580 reviews from hotels in Korea Selatan with aggregated rating of 8.4/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Korea Selatan will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?