Hotel Sepanyol

Hotel Terbaik di Sepanyol

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Sepanyol,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 78,558Hotel di Sepanyol

Hotel popular di Sepanyol

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Six Senses Ibiza, Hotel Sepanyol
8.6
(46)
Sangat Baik
Hotel
Portinatx, Sant Joan de Labritja
Kelab kanak-kanak
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,299.94
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Palace, a Luxury Collection Hotel, Madrid, Hotel Sepanyol
Hotel
Madrid, Community of Madrid
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 1,710.16
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Petit Palace Vargas, Hotel Sepanyol
9.4
(271)
Cemerlang
Hotel
Seville, Seville
Harga sekitar
RM 402.01
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Renaissance Barcelona Fira Hotel, Hotel Sepanyol
Hotel
L'Hospitalet de Llobregat, Barcelona Province
Teres atas bumbung
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Bar
Harga sekitar
RM 607.35
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel AR Parquesur, Hotel Sepanyol
8.4
(263)
Sangat Baik
Hotel
Leganés, Community of Madrid
Bar
Harga sekitar
RM 460.39
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Boutique Mirlo Barcelona, Hotel Sepanyol
Hotel
Sarrià-Sant Gervasi, Barcelona
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Perpustakaan
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 940.57
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 SH Valencia Palace Hotel, Hotel Sepanyol
9
(1,002)
Cemerlang
Hotel
Valencia, Valencia Province
Teres atas bumbung
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 758.93
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Mandarin Oriental, Barcelona, Hotel Sepanyol
9.1
(200)
Cemerlang
Hotel
Eixample, Barcelona
Mandian Turki
Kelab kesihatan
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 3,825.87
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hesperia Presidente, Hotel Sepanyol
8.6
(997)
Sangat Baik
Hotel
Sarrià-Sant Gervasi, Barcelona
Pakej lamaran romantik
Teres atas bumbung
Bar
Harga sekitar
RM 585.80
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 JW Marriott Hotel Madrid, Hotel Sepanyol
9.2
(65)
Cemerlang
Hotel
Madrid, Community of Madrid
Pakej lamaran romantik
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 2,414.66
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel AG Express Elche, Hotel Sepanyol
8.4
(489)
Sangat Baik
Apartmen
Elche, Alicante
Kawasan berkelah
Bar
Harga sekitar
RM 271.34
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Four Seasons Hotel Madrid, Hotel Sepanyol
9.6
(219)
Cemerlang
Hotel
Madrid, Community of Madrid
Kelab kesihatan
Bilik wap
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 6,834.60
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 AC Hotel Diagonal L'Illa by Marriott, Hotel Sepanyol
Hotel
Les Corts, Barcelona
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 828.05
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Catalonia Giralda Hotel, Hotel Sepanyol
8.2
(527)
Sangat Baik
Hotel
Seville, Seville
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 451.36
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Chamartin The One, Hotel Sepanyol
8.4
(1,006)
Sangat Baik
Hotel
Madrid, Community of Madrid
Bar
Harga sekitar
RM 545.28
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Occidental Puerto Banus, Hotel Sepanyol
9
(348)
Cemerlang
Hotel
Marbella, Málaga
Bar tepi kolam renang
Payung pantai
Kerusi berjemur kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 764.46
Lihat Ketersediaan
Reception 1 Hotel YIT Ciudad de Elche, Hotel Sepanyol
8.4
(69)
Sangat Baik
Hotel
Elche, Alicante
Harga sekitar
RM 291.82
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Aparthotel Atenea Calabria, Hotel Sepanyol
8.2
(949)
Sangat Baik
Hotel
Eixample, Barcelona
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 442.03
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel San Remo, Hotel Sepanyol
7.8
(294)
Baik
Hotel
Alicante, Alicante
Harga sekitar
RM 350.25
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 URH Ciutat de Mataró, Hotel Sepanyol
7.4
(742)
Baik
Hotel
Mataró, Barcelona Province
Bar
Harga sekitar
RM 386.34
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Temui perkara yang Anda suka

Lebih lanjut tentang hotel di Sepanyol

Sepanyol secara rasmi dikenali sebagai Wilayah Sepanyol. Tanah besar negara ini bersempadan di sebelah Selatan dan Timur dengan Laut Mediterranean. Di bahagian Utara dan Timur Laut, ia bersempadan dengan negara Perancis. Di bahagian Barat dan Barat Laut, terdapat negara Portugal dan Lautan Atlantik, Sepanyol bersempadan dengan Lautan Atlanti. Sepanyol merupakan satu-satunya negara Eropah yang mempunyai sempadan dengan negara Afrika, iaitu Maghribi. Negara ini mempunyai bilangan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang ketiga terbesar di dunia.

35,000 tahun yang lalu, tlah tercatat bahawa terdapat manusia pertama yang tiba di Semenanjung Iberia. Kemudian, penempatan penduduk Phoenician, Yunani dan Carthaginian telah dibangunkan sebelum Romawi mengambil-alih pada tahun 200 SM. Ia kemudian dinamakan Hispania, bersempena dengan nama Phoenician yang terdahulu, Spania. Pada awal abad ke-8, terdapat banyak peperangan dalam tempoh yang lama di seluruh Semenanjung Iberia. Akibatnya, Kerajaan Leon, Kerajaan Castille, Kerajaan Aragon dan Kerajaan Navarre telah dibentuk. Terdapat pelbagai kemajuan dalam bidang seni, dengan pelukis terkenal di dunia seperti Diego Velázquez semasa Zaman Emas. Sementara itu, pada zaman moden, Sepanyol menjadi negara yang paling berkuasa di dunia. Sehingga kini, negara ini telah meninggalkan warisan kebudayaan dan bahasa yang luas.

Pada hari ini, Sepanyol dikenali sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi. Ia merupakan ahli organisasi antarabangsa seperti United Nations (UN), Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Wilayah Sepanyol termasuklah Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, dua kota, iaitu Ceuta dan Melilla serta beberapa pulau kecil di Laut Alboran. Sepanyol adalah negara terbesar di Eropah Selatan dan ia terletak di kawasan seluas 505,990 km2. Bandar-bandar utama di Sepanyol termasuk Barcelona, Valencia dan Seville manakala ibu kotanya pula merupakan Madrid.

Pelancong Malaysia perlu mengemukakan pasport Malaysia (sah untuk 90 hari sebelum tarikh berlepas), bukti perbelanjaan yang mencukupi dan tiket penerbangan pulang semasa tiba di pintu masuk pertama di negara ini. Setiap kunjungan anda tidak boleh melebihi 90 hari dalam tempoh 6 bulan. Barangan boleh diimport ke wilayah Sepanyol mengikut had mandatori yang dikawal selia oleh kerajaan. Seperti mana-mana negara lain,Sepanyol mengawal dan menghalang pengimportan beberapa barangan berbahaya seperti senjata dan dadah.

Bahasa Sepanyol adalah bahasa rasmi negara ini. Oleh itu, adalah menjadi hak dan kewajipan setiap orang Sepanyol untuk mengetahui bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, Sepanyol adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Kerajaan juga telah menetapkan beberapa bahasa Sepanyol dengan dialek lain termasuk Basque, Catalan dan Galician. Bahasa-bahasa ini banyak digunakan di wilayah-wilayah yang tertentu. Memandangkan negara ini luas, terdapat tiga zon iklim utama di negara ini, bergantung kepada keadaan geografi dan orografi. Di kawasan semenanjung, cuaca dicirikan oleh iklim Mediterranean. Ia hangat dan kering. Iklim separa kering memonopoli sebahagian kawasan di Tenggara negara manakala iklim lautan dicirikan pada suku bahagian Utara negara, terutamanya di rantau Atlantik. Selain itu, iklim Alpine boleh didapati di kawasan yang mempunyai ketinggian yang sangat tinggi dan di Timur Laut Sepanyol, iklimnya pula ialah lembap subtropika.

Masakan di Sepanyol sangat dipengaruhi oleh sumber-sumber laut yang terdapat di perairan yang mengelilingi negara itu. Ia terdiri daripada pelbagai jenis hidangan kerana perbezaan geografi, budaya dan iklim. Di rantau Mediterranean, ikan goreng, sup sejuk serta hidangan berasaskan beras seperti paella dan arròs negre (beras hitam) biasanya dihidangkan. Di bahagian pedalaman negara seperti Castile, sup berasaskan bawang putih, daging asin serta keju Manchego digunakan secara meluas. Sementara itu, orang-orang di kawasan Atlantik termasuk Asturian, Basque, Cantabrian biasanya memakan sayur-sayuran dan ikan serta pelbagai makanan laut lain.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Jika anda terbang dari Kuala Lumpur, anda boleh mendarat di beberapa bandaraya yang indah di Sepanyol seperti Madrid, Barcelona, Malaga, Seville dan Valencia. Oleh kerana tidak ada penerbangan secara terus, anda mungkin perlu berhenti di satu atau dua lapangan terbang untuk transit. Syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan ke Sepanyol termasuk Malaysia Airlines, Qatar Airways, British Airways dan Emirates. Walaupun tambangnya agak mahal, namun, pesawat-pesawat ini sangat selesa.

Menaiki Kereta Api

Jika anda datang dari Perancis, anda boleh menaiki kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan France ke Barcelona dan terus ke Madrid. Perjalanan dari Paris ke Barcelona mengambil masa kira-kira 6 jam perjalanan.

Menaiki Bot

Anda boleh menikmati perjalanan dengan bot jika anda datang dari United Kingdom. Brittany Ferries menawarkan perkhidmatan dari Portsmouth dan Plymouth ke Santander dan dari Portsmouth ke Bilbao. Tambangnya juga tidak begitu mahal.

Menaiki Bas

Bagi mereka yang mengembara dengan perbelanjaan yang terhad, anda boleh memilih untuk menaiki bas untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam negara ini. Terdapat banyak syarikat bas swasta yang menawarkan laluan ke semua bandar utama di Sepanyol. Anggaran tambang bas adalah lebih kurang € 8 untuk setiap perjalanan sejauh 100 km.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Alhambra

Menempatkan tujuh buah dewan pameran kesemuanya, Muzium Alhambra terletak di sebelah Selatan, tingkat paling bawah Istana Charles V (Palacio de Carlos V). Muzium ini pada awalnya ditemui pada tahun 1940. Ia pernah dikenali sebagai Muzium Seni Negara Sepanyol-Moor. Di bawah pengurusan Majlis Alhambra dan Generalife, nama muzium ini kemudian ditukar kepada Muzium Alhambra. Dewan pertama menempatkan pameran tematik dan dewan-dewan lain tersusun mengikut urutan kronologi. Kawasan Alhambra dikelilingi oleh tembok yang melindunginya daripada kemungkinan daripada serangan musuh. Beberapa tarikan di sini termasuk Alcazaba, Menara Lilin, Bilik Emas dan banyak lagi.

Kuil Sagrada Familia

Kuil yang indah ini telah direka oleh ramai arkitek yang hebat. Seorang daripadanya merupakan Antoni Gaudi. Beliau bekerja selama 43 tahun untuk membangunkan kuil ini sehingga tahun 1926. Kuil ini adalah salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO. Kuil Sagrada Familia ini merupakan lambang cita-cita, keazaman dan kerja keras. Lima generasi telah menyaksikan pembinaan kuil ini. Pembinaan masih berterusan sehingga hari ini dan ia dijangka selesaikan pada pertengahan pertama abad ke-21. Menara Virgin Mary, Menara Evangelists, Menara Jesus Christ dan Passion Facade adalah beberapa tarikan yang dapat anda temui di sini.

Ibiza

Ia terkenal dengan kehidupan malam yang meriah di bandar ini. Ibiza terletak di Laut Mediterranean di Pantai Timur Sepanyol. Ia juga menempatkan beberapa kampung yang damai, pusat yoga dan pantai yang indah. Jalan-jalan di bandar ini dipenuhi dengan hotel, bar dan pelbagai jenis kedai. Penduduk terbanyak terdapat di bandar Ibiza, Santa Eulària des Riu, dan Sant Antoni de Portmany. Pulau ini juga merupakan salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO.

Masjid Cordoba

Bangunan ini mempamerkan kerumitan sejarah yang menjadikannya salah satu contoh yang paling indah untuk ditatapi. Masjid ini menggabungkan kepelbagaian lapisan sejarah serta budaya dan tamadun. Daripada Hellenisme ke Baroque, tidak dilupakan zaman kegemilangan Khalifah, bangunan ini menawarkan satu visi lengkap dan unik tentang sejarah, seni dan dialog yang kaya antara pelbagai budaya. Pembinaan bangunan itu bermula pada pertengahan abad ke-6 dan ia telah bertahan dan dikekalkan sehingga ke hari ini. Anda dapat menikmati karya-karya yang menakjubkan yang dicipta oleh para artis yang berprestij pada masa itu. Evolusi seni bina dapat dilihat melalui seni bina Masjid Abd Rahman, Al-Hakam, Mihrab, Almanzor, Royal Chapel dan Parroquia del Sagrario.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Gran Melia Fenix- The Leading Hotels of the World

Hotel bertaraf 5 bintang ini menggabungkan kemewahan abadi dengan ekperimetasi seni yang sungguh menakjubkan. Sesuai untuk tetamu yang bercuti untuk tujuan kerja dan santai, hotel ini adalah salah satu daripada "Hotel-hotel Terkemuka di Dunia". Ia terletak bersebelahan dengan Serrano Street, sebuah daerah membeli-belah paling eksklusif di Madrid. Terdapat empat belas jenis bilik untuk dipilih. Restoran Caray dan Bar Dry Martini oleh Javier de las Muelas menawarkan dua pengalaman unik dan inovatif di tengah-tengah bandar Madrid yang akan terus hidup dalam ingatan anda.

Hotel Sofia

Hotel ini menawarkan bilik dan suite mewah yang elegan di bandar Barcelona yang penuh dengan sejarah. Hotel ini mengalu-alukan kedatangan anda untuk menerokai setiap ruangnya dan kawasan sekitarnya. Hotel Sofia terletak 12 km dari Lapangan Terbang Barcelona. Ia menawarkan lokasi yang sangat baik di kawasan mewah Barcelona di daerah Pedralbes, khususnya di tengah-tengah Avinguda Diagonal, sebuah hab kewangan dan komersil. Stadium bola sepak dan pusat membeli-belah eksklusif hanya beberapa minit berjalan kaki dari hotel ini. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih termasuk ‘harmony’, ‘infinity’, ‘sphere’ dan ‘so suite’.

Hospes Palau de la Mar

Terletak di salah satu jalan paling indah di pusat bandar Valencia, Hospes Palau de la Mara merupakan rumah yang megah abad ke-19. Ia merupakan pengaruh daripada kehidupan marin dan melambangkan nilai-nilai hebat bandarnya. Hotel ini dilengkapi dengan teres moden yang spektakuler dan dek kapal yang terletak bertentangan dengan bangunan hotel ini. Restoran di sini menyajikan masakan istimewa dengan ramuan semulajadi dan tempatan yang membolehkan tetamu menikmati citarasa Valencia. Semua bilik dilengkapi dengan bahan dan kemasan yang sungguh mempersonakan. Terdapat Bodyna Spa Natural Care di mana anda boleh memanjakan tubuh badan anda.

Baca lagi

Facts about hotel in Sepanyol

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Madrid, Catalunya
Popular Hotel
Six Senses Ibiza, The Palace, a Luxury Collection Hotel, Madrid

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Sepanyol?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Sepanyol?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Sepanyol

Guest reviews in hotel near Sepanyol

8.5
Mengagumkan
5,436,928 reviews from hotels in Sepanyol with aggregated rating of 8.5/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Sepanyol will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?