Turki adalah sebuah negara yang terletak di peninsular Balkan di bahagian Timur Selatan Eropah. Ibu negaranya adalah Ankara manakala bandar Istanbul adalah bandar yang terbesar di negara itu. Turki adalah bersempadan dengan lapan negara lain iaitu Greece dan Bulgaria pada bahagian utara selatan, Georgia pada bahagian utara timur, Armenia dan Iran pada bahagian timur dan juga Iraq dan Syria pada bahagian selatan. Ada tiga lautan yang mengelilingi Turki. Lautan ini adalah Lautan Aegia, Lautan Hitam dan juga Lautan Mediterranean.
Kawasan Turki yang terletak di persisiran pantai Lautan Aegia dan Lautan Mediterranean, cuacanya adalah panas dan kering pada waktu musim panas dan sejuk dan lembap pada musim sejuk. Pada persisiran pantai Lautan Hitam, cuaca di Turki adalah iklim pantai di mana ia adalah panas dan lembap pada musim panas dan sejuk dan lembap pada musim sejuk.
Bahasa yang digunakan di Turki adalah Bahasa Turki. Ia digunakan oleh 85.54 % populasi penduduk Turki sebagai Bahasa utama mereka. 11.97% penduduk Turki akan menggunakan Kurmanji iaitu dialek Kurdish sebagai Bahasa utama mereka. Selebihnya penduduk di Turki menggunakan Bahasa Arab dan Zaza. Ada juga Bahasa-bahasa lain yang digunakan kerana ia adalah dialek Kawasan kecil di Turki tetapi ia tidak dikenali oleh ramai orang oleh itu mereka masih menggunakan Bahasa utama iaitu Bahsa Turki.
Turki tidak mempunyai agama rasmi untuk negara mereka kerana mereka mempunyai Perlembagaan Turki yang memberi kebebasan kepada rakyat mereka untuk menganut apa-apa agama dan kepercayaan. Berdasarkan data terbaru, didapati 82% penduduk di Turki menganut agama Islam. Selebihnya ia dipecahkan kepada kepercayaan lain termasuk agama Kristian.
Makanan di Turki dianggap sebagai salah satu jenis makanan yang terkenal di dunia. Ia banyak mendapat pengaruh daripada zaman Empayar Ottoman. Makanan utama mereka adalah salad yogurt, ikan di dalam minyak zaitun dan sayuran sumbat. Kini salah satu makanan Turki yang boleh dijumpa di serata dunia adalah kebab dan juga pencuci mulut iaitu baklava.
Suka yang banyak dimainkan di sini adalah sukan bola sepak. Antara suka lain yang banyak dimainkan di sini juga adalah bola jaring dan bola tampar. Sukan tradisional Turki pula adalah sukan gusti minyak. Sukan ini dimainkan sejak zaman Empayar Ottoman. Ia masih dimainkan sehingga kini membuatkan ia sukan yang paling lama dimainkan oleh manusia.
Cara terbaik untuk ke Turki adalah dengan menaiki kapal terbang. Harga tiket penerbangan ke Turki adalah lebih kurang dari RM 3,822 hingga RM 4,800 untuk penerbangan dua hala untuk setiap orang bergantung kepada tarikh perjalanan. Antara syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke Turki adalah Turkish Airlines, Emirates dan juga Malaysia Airlines. Ini adalah harga yang biasanya dikenakan bagi mereka yang akan terbang ke bandar utama iaitu Istanbul. Sebaik sahaja anda sampai ke lapangan terbang, terdapat banyak pengangkutan yang tersedia seperti teksi, keretapi dan bas.
Di Turki mereka mempunyai pengangkutan keretapi bawah tanah dan juga di jalan raya. Kebanyakan bandar besar di Turki mula menggunakan pengangkutan ini. Ia adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk bergerak di Turki. Pelancong perlu membeli pas tiket untuk menaiki pengangkutan ini. Selalunya harga tiket untuk keretapi di Turki adalah 2 Lira.
Bas di sini digunakan di semua bandar dan tempat. Ada banyak bas yang murah boleh didapati di Turki. Pelancong boleh membeli pas tiket dan memasukkan jumlah wang ke dalam pas itu. Kemudian pas ini boleh digunakan untuk bas, tram atau pun metro. Ada juga mini bas dimana ia adalah alternatif untuk bas biasa. Mini bas ini akan pergi ke tempat yang lebih terpencil. Ia adalah lebih murah kerana perjalanannya adalah lebih pendek berbanding dengan perjalanan di bandar utama.
Hagia Sophia adalah sebuah gereja yang telah dibina pada zaman Empayar Roman Timur di Istanbul. Gereja ini telah dibina sebanyak tiga kali di tempat yang sama. Pada awalnya, gereja ini dikenali sebagai Megale Ekklesia tetapi setelah abad kelima, Namanya ditukar kepada Hagia Sophia. Di gereja inilah, pemerintah ditabalkan. Gereja ini jugalah gereja yang beroperasi pada skala paling besar pada zaman Byzantine. Kemudian pada tahun 1453, Hagia Sophia telah diubah suai menjadi sebuah masjid berikutan dengan pemerintah pada masa itu iaitu Fatih Sultan Mehmed. Ia kekal menjadi sebuah masjid hingga ia diubah menjadi muzium untuk tujuan pemeliharaan. Di sini terdapat antara seni kaligrafi yang terbaik di dunia masih tertulis di panel-panel dinding masjid ini. Pelancong asing dan tempatan semua di galakkan melawat tempat bersejarah ini dan melihat sendiri keindahan bangunan ini.
Dondurma adalah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada bahan orkid yang tidak mudah ditemui. Ia membuatkan ais krim ini menjadi kenyal dan juga elastik. Dondurma bermaksud ‘beku’. Selain daripada menggunkan susu, air krim ini mempunyai serbuk pucuk orkid yang dinamakan ‘salep’. Salep ini membuatkan ais krim menjadi teguh dan boleh dipotong menggunakan pisau dan lebih lambat untuk cair. Kekenyalannya pula datang daripada usaha untuk menguli ais krim ini menggunakan rod besi yang Panjang. Kini bagi pelanggan yang ingin membeli dondurma, penjual itu akan bermain dengan pelanggan mereka. Ais krim itu akan melekat dengan rod besi itu membuatkan penjual itu boleh memusingkan ais krim itu sebelum memberi pada pelanggan mereka. Mini Dondurma menyajikan dordurma yang istimewa.
Di Istanbul, terdapat banyak kucing yang berlegar-legar di negara itu. Akan tetapi, ada seekor kucing yang berlainan dari yang lain. Kucing yang dinamakan Tombili ini suka bersandar di tepi jalanan yang menampakkan seperti ia mahu bertanyakan soalan. Kucing-kucing lain kebiasaannya akan duduk atau berdiri tetapi Tombili akan bersandar seperti manusia. Gambar Tombili telah di sebarkan ke seluruh internet dan ia sangat terkenal. Namun pada tahun 2016, Tombili telah meninggal. Datuk Bandar KADIKÖY telah membuat patung yang mengikut cara Tombili berehat untuk memperingati kucing yang disayangi oleh seluruh dunia ini.
Kopi Turki boleh dibezakan dengan cara ia disediakan. Ia bermula dengan biji kopi yang sangat halus hampir seperti serbuk. Kemudian ini dimasukkan ke air sejuk dalam periuk yang dinamakan cezve. Ia kemudiannya dipanaskan sehingga cecair itu naik dan berbuih. Ramai orang yang mencuba kopi Turki pertama kali akan minum tanpa mengacau minuman itu dengan sudu tetapi kemudiannya akan menyesal dengan lebihan serbuk kopi yang ada di bawah cawan. Ini satu pengalaman yang harus dicuba apabila di Turki. Kunjungi Mitara Café and Art untuk nikmati kelazatan kopi Turki sebenar.
Di bandar Hierapolis, terdapat pembentukan batu yang menghasilkan air yang mempunyai zat-zat yang elok dan boleh menyembuhkan kesakitan. Pembentukan batu itu telah menghasilkan pancuran air semula jadi yang berwarna putih. Air dari penghasilan air panas akan mengalir turun di teres-teres yang berbentuk separa bulat. Zat-zat dari batu ini akan sentiasa menyegarkan air itu dan menambah zat seperti kalsium. Kerajaan Turki telah melarang hotel untuk dibina di sekitar Pamukkale untuk memelihara Kawasan itu. Hanya beberapa kolam sahaja di buka untuk pelancong dan kasut dilarang sama sekali diguna di situ. Kerajaan itu juga telah menyediakan kolam buatan manusia untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelancong. Pamukkale telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO.
Masjid Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru adalah satu masjid yang terkenal di Turki. Sultan Ahmet membuat keputusan untuk membina satu masjid yang besar di Istanbul untuk mengutuhkan kuasa Ottoman. Masjid ini dihiasi dengan banyak ayat-ayat daripada Al-Quran. Lantai pula dilitupi dengan permaidani yang didermakan. Setiap kubah masjid ini mempunyai 14 tingkap. Lampu-lampu di dalam masjid ini juga disaluti dengan emas dan permata. Ramai pelancong datang untuk melihat keindahan reka bentuk dalaman dan luaran masjid ini.
Ini adalah hotel tiga setengah bintang yang terletak di Istanbul, Turki. Hotel ini terletak berdekatan dengan banyak tarikan di Istanbul seperti Sultan Ahmed Mosque, Eminonu Pier dan beberapa tempat lain. Ramai pelancong yang datang ke sini kerana lokasinya yang strategik dan pada masa yang sama ia sangat selesa dan mempunyai harga yang berpatutan. Hotel ini juga memberi sarapan pagi kepada tetamu mereka setiap hari. Ini adalah satu hotel yang memang menjadi pilihan ramai di Istanbul.
Ini adalah hotel 4 bintang yang terletak di Denizli, Turki. Hotel ini mempunyai banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang boleh memudahkan tetamu mereka dan membuatkan mereka merasa selesa. Antara kemudahan yang disediakan oleh hotel ini adalah seperti penyambut tetamu 24 jam, perkhidmatan dobi dan juga perkhidmatan menyediakan lawatan untuk tetamu mereka ke tarikan-tarikan. Hotel ini juga boleh menyediakan kemudahan untuk perjumpaan korporat seperti bilik mesyuarat dan juga komputer.
Hotel ini terletak di bandar Konya, Turki. Hotel ini mempunyai beberapa perkhidmatan seperti penyambut tetamu 24 jam, perkhidmatan dobi, penyimpanan bagasi dan juga perkhidmatan mengambil tetamu di lapangan terbang. Hotel ini juga berupaya untuk menyediakan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat di sini. Mereka juga boleh menyediakan sarapan pagi untuk tetamu mereka. Wi-Fi juga disediakan untuk tetamu mereka yang ingin kekal berhubung.
Ini adalah sebuah hostel untuk pelancong kos rendah yang terletak di Nevşehir, Turki. Hostel ini dibina dengan reka dalaman seperti sebuah gua. Dinding hostel ini juga dikekalkan dalam bentuk batu asalnya. Lampu berwarna kuning yang diletakkan di dalam setiap bilik menaikkan unsur asal hostel ini tetapi pada masa yang sama membuatkan hostel ini kelihatan mahal. Hotel ini terletak dekat dengan banyak tarikan di Kawasan itu. Hostel ini juga mempunyai pemandangan dari teres bumbung yang memperlihatkan seluruh bandar Nevşehir. Ramai yang datang ke hostel ini untuk mencuba tinggal di hostel yang berbentuk seperti gua.
Ini adalah hotel yang terletak di Trabzon, Turki. Ia adalah hotel yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Trabzon dengan jarak hanya 8.31 kilometer sahaja. Ia juga terletak berdekatan dengan Rumah Agam Ataturk dan juga Hagia Sophia dengan jarak kurang daripada 3 kilometer. Hotel ini mementingkan rekaan dalaman yang cantik dan unik. Hotel ini juga menyediakan pelbagai kelengkapan di dalam bilik tetamu seperti alat penghawa dingin, televisyen dengan pelbagai saluran. Tetamu hotel ini juga boleh menyewa basikal untuk rekreasi selain menikmati pemandangan sambal berjalan di tingkat atas hotel. Hotel ini juga mempunyai kemudahan untuk tetamu yang mahu mengadakan BBQ bersama rakan mereka.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Istanbul, Van |
Popular Hotel | JW Marriott Hotel Ankara, Mövenpick Hotel Istanbul Bosphorus |