Lebih lanjut tentang hotel di United Kingdom
United Kingdom adalah negara terletak di Pantai Barat Laut Eropah. United Kingdom terdiri daripada kepulauan Great Britain (terdiri daripada England, Wale dan Scotland) dan bahagian Utara kepulauan Ireland. Britain selalu digunakan untuk menggambarkan keseluruhan United Kingdom. Ibu negara United Kingdom adalah London. London merupakan antara pusat komersil, kewangan dan kebudayaan yang terkemuka di dunia. Bandar-bandar besar lain yang terdapat di United Kingdom adalah Birmingham, Liverpool, Manchester, Belfast, Glasgow dan Cardiff.
Asal usul kerajaan United Kingdom dapat dilihat pada zaman Raja Anglo-Saxon Athelstan pada seawal abad ke 10. Raja Anglo-Saxon Athelstan telah mendapat jaminan kesetiaan daripada Kerajaan Celtic. Beliau menjadi raja pertama yang memerintah di United Kingdom. Wales, merupakan satu kongres kerajaan Celtic yang terletak di Barat Daya Great Britain secara rasminya bersatu dengan England oleh Akta Kesatuan 1536 dan 1542. Scotland yang diperintah daripada London sejak dari 1603 secara rasminya bersatu dengan England dan Wales pada tahun 1707 untuk membentuk United Kingdom of Great Britain. Perkataan British digunakan pada masa itu untuk merujuk kepada semua penduduk United Kingdom. Ireland menjadi jajahan United Kingdom pada tahun 1600 dan secara rasminya bersatu dengan Great Britain di bawah Akta Kesatuan 1800. Kepulauan Ireland itu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1922. Hubungan di antara negara-negara konsitituen ini dengan England dilanda kontroversi dan tercetusnya pemberontakan dan juga peperangan. Ketegangan ini menjadi reda pada abad ke 20 apabila perhimpunan diperkenalkan di Ireland Utara, Scotland dan Wales. Walau bagaimanapun, hubungan di antara Ireland Utara dan Republik Ireland kekal tegang sehingga abad ke 21 walaupun perhimpunan perkongsian kuasa diperkenalkan di sana.
United Kingdom memberikan impak yang signifikan kepada status ekonomi dunia terutamanya dalam bidang teknologi dan industri. Sejak daripada Perang Dunia ke-2, United Kingdom menjadi terkenal dengan mengeksport bahan kesusasteraan, budaya, teater, filem, televisyen dan juga muzik yang popular ke serata tempat di dalam negara itu.
Penduduk daripada kesatuan Eropah dan Swiss tidak memerlukan visa untuk masuk ke United Kingdom. Walau bagaimanapun, mereka perlu mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah. Mereka mempunyai hak untuk berpindah atau bekerja di United Kingdom. Rakyat Irish, Maltese dan Cypriot mempunyai hak tambahan. Mereka boleh mengundi atau berada di dalam pilihan raya di United Kingdom. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke United Kingdom. Mereka cuma perlukan pasport yang sah sahaja. Tempoh masa untuk berada di United Kingdom tanpa visa adalah selama 6 bulan. Semasa di United Kingdom, anda tidak boleh bekerja. Sekiranya ada merupakan pelajar masa singkat yang akan tinggal di United Kingdom selama 6 bulan atau lebih, anda perlu memohon pelepasan kemasukan seperti visa sebelum membuat perjalanan ke United Kingdom.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan di serata United Kingdom walaupun terdapat beberapa bahagian di bandar-bandar besar yang mempunyai ramai pendatang asing membuatkan ia mempunyai pelbagai variasi bahasa. Bahasa Welsh juga digunakan secara meluas di Wales terutamanya di bahagian Utara dan Barat. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris masih digunakan di Wales. Kebanyakan tanda arah jalan mempunyai dwibahasa. Bahasa Scottish Gaelic digunakan di kawasan Scotland. Walau bagaimanapun, terdapat hanya 60,000 pengguna bahasa ini pada masa kini. Bahasa Irish juga digunakan di beberapa kawasan di Utara Ireland.
United Kingdom mempunyai pelbagai cuaca. United Kingdom mempunyai iklim yang lembap disebabkan oleh arus Atlantik Utara dan kawasannya yang berdekatan dengan laut. Musim panas dan juga musim sejuknya yang sederhana membolehkan anda membuat sebarang aktiviti luar di sepanjang tahun. Cuaca di United Kingdom ini berubah-ubah dan kebiasaanya berangin dan juga basah. Hujan di United Kingdom kebiasaanya hanyalah untuk 2 atau 3 jam. Ketika musim panas, suhu boleh mencecah 30 darjah selsius manakala suhu boleh mencecah 10 darjah selsius di Selatan Britain dan -2 darjah selsius di Scotland.
Terdapat pelbagai makanan yang ada di United Kingdom. Makanan yang terkenal di United Kingdom adalah seperti ikan dan kentang goreng, daging panggang dan juga pudding Yorkshire.
Bagaimana untuk ke Sana?
Menaiki Kapal Terbang
Lapangan terbang yang utama di United Kingdom adalah Lapangan Terbang Heathrow yang terletak di London. Jika anda datang dari Malaysia, anda boleh mengambil penerbangan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow. Pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow sama ada penerbangan terus mahupun transit. Anda boleh mengambil penerbangan Malaysia Airlines atau British Airways untuk ke United Kingdom. Hanya Malaysia Airlines dan British Airways membuat penerbangan terus ke United Kingdom. Penerbangan dari Malaysia ke United Kingdom akan mengambil masa sehingga 14 jam dan 25 minit. Harga tiket penerbangan untuk ke United Kingdom bermula daripada RM 1,719.
Selain daripada Lapangan Terbang Heathrow, terdapat juga lapangan terbang yang besar terletak di di luar bandar London seperti:
- Lapangan Terbang Manchester – Terletak di Utara England dan merupakan lapangan terbang yang terbesar di luar kota London.
- Lapangan Terbang Birmingham – Merupakan lapangan terbang yang ke-7 terbesar di luar kota London.
- Lapangan Terbang Liverpool – Terletak di Barat Laut England. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang pesat membangun di United Kingdom.
Menaiki Kereta Api
Anda boleh menaiki kereta api untuk ke London atau mana-mana tempat di United Kingdom jika anda berada di Eropah.
- Dari Belgium dan Perancis – Anda boleh menaiki kereta api laju Eurostar untuk pergi ke London. Perjalanan dari Paris ke London akan mengambil masa selama 2 jam dan 15 minit manakala perjalanan dari Brussels akan mengambil masa selama 1 jam dan 55 minit. Tiket ulang-alik dari Paris ke London untuk kelas kedua berharga €85 dan €230.
- Dari Belanda – Anda boleh mengambil kereta api dari Belanda untuk ke Brussels dan seterusnya menukar kereta api untuk ke London dengan menaiki kereta api Eurostar.
Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?
Sekiranya anda berada di Britain, terdapat pelbagai tempat yang anda boleh kunjungi seperti Big Ben di Kota London. Anda boleh melihat keindahan seni bina, tempat bersejarah, istana dan juga tempat warisan dunia di Britain.
Big Ben
Big Ben terletak di Utara Istana Westminster di London. Nama rasmi bagi Big Ben adakah Menara Jam, Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 namanya telah ditukar kepada Menara Elizabeth. Menara ini direka oleh Augustus Pugin. Pembinaan menara ini siap pada tahun 1859. Menara jam ini merupakan menara jam yang terbesar di dunia. Menara ini berketinggian 96 meter. 334 anak tangga perlu dinaiki dari bawah menara hingga ke atas. Berat loceng Big Ben adalah 13.7 tan. Ia merupakan loceng terbesar di United Kingdom selama 23 tahun.
River Thames
Sungai Thames ini merupakan satu sungai yang mengalir daripada Selatan England. Anda boleh menikmati keindahan malam di sini dengan melihat kota London. Di sini juga, terdapat roda Ferris London. Ia merupakan roda Ferris yang tertinggi di benua Eropah. Struktur London Eye ini setinggi 135 meter dan garis pusat rodanya adalah 120 meter. London Eye ini menawarkan pemandangan kota London yang menakjubkan.
Stonehenge
Stonehenge adalah tempat monument pra-sejarah terletak di Wiltshire, England. Di sini terdapat bulatan batu yang berdiri setinggi 13 kaki dan 7 kaki lebar. Berat batu itu adalah lebih kurang 25 tan. Batu Stonehenge ini dipercayai telah dibina bada tahun 3000 sebelum abad. Stonehenge ini juga merupakan salah satu tempat yang terkenal di United Kingdom. Ia juga dianggap sebagai ikon budaya British.
Buckingham Palace
Buckingham Palace merupakan kediaman dan ibu pejabat pentadbiran di United Kingdom. Ia terletak di bandar Westminster. Istana ini selalu digunakan untuk acara kerabat diraja. Dahulunya, Buckingham Palace ini dikenali sebagai Buckingham House, ia merupakan bangunan rumah yang dibina untuk Duke of Buckingham pada tahun 1703.
Alnwick Castle
Alnwick Castle terletak di Northumberland. Anda pastinya mahu ke sini jika anda merupakan peminat filem Harry Potter. Kebanyakan kawasan di sini digunakan bagi pengambaran filem itu. Istana Alnwick ini mempunyai seni bina yang sangat unik. Terokai suasana seperti berada di zaman lama ketika di sini.
The Lake District
The Lake District ini terletak di kawasan berbukit di bahagian Barat Laut England. Tempat ini merupakan destinasi yang popular kerana kawasan tasik dan gunung-ganangnya. Lake District ini juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Windsor Castle
Windsor Castle ini merupakan salah satu destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi di Britain. Windsor Castle ini terletak di Berkshire.
Di mana Tempat Penginapan di Sana?
Taj 51 Buckingham Gate
Hotel ini terletak di dalam bangunan Victorian yang sangat berdekat dengan Buckingham Palace. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan yang mewah bagi tetamunya. Hotel ini mempunyai variasi bilik daripada 1 bilik hinggalah ke 9 bilik. Anda akan disambut oleh pelayan peribadi apabila tiba di Taj 51 Buckingham Gate. Kesemua suites di dalam Taj 51 Buckingham Gate ini mempunyai dapur moden yang dilengkapi dengan perkakas terbaru. Anda boleh memasak ketika berada di Taj 51 Buckingham Gate hotel. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak gemar memasak, servis penghantaran makanan ke bilik tersedia selama 24 jam.
Shangri-La Hotel at The Shard
Shangri-La Hotel terletak salah satu bangunan ikonik di London iaitu The Shard. Shangri-La Hotel ini terletak di tingkat 34 hingga 52. Hotel ini juga mempunya 185 bilik. Hotel ini menawarkan pelbagai servis yang ekslusif pada tetamunya. Hotel ini juga menawarkan pengalaman yang anda tidak akan dapat lupakan.
Mandarin Oriental Hyde Park
Mandarin Oriental Hyde Park terletak berdekat dengan pusat membeli belah terkemuka iaitu Knightsbridge. Mandarin Oriental Hyde Park juga berada di Hyde Park yang merupakan taman yang terkenal di kota London itu. Hotel ini menawarkan servis yang amat mewah kepada tetamunya.







































