amaran

POLISI PRIVASI

Traveloka.com dimiliki dan dikendalikan oleh Traveloka Services Pte. Ltd. (No. Pendaftaran Syarikat 201509260N) (“Traveloka”, “Kami”). Dasar Privasi ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, memproses dan melindungi maklumat peribadi ("Data Peribadi") yang anda ("Pengguna") berikan berkaitan dengan perkhidmatan Traveloka yang tersedia melalui laman web di www.traveloka.com ("Laman"). Data Peribadi bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu. Rujukan kepada Laman dianggap telah merangkumi sebahagian daripada, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web dan aplikasi telefon bimbit. Dengan mengunjungi atau menggunakan Laman, anda bersetuju dan mengizinkan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi ini dan/atau Terma Laman Web. Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi Privasi di bawah, sila tinggalkan Laman dengan serta-merta.

Dari masa ke masa, Traveloka mungkin menyemak semula Polisi Privasi ini untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan kami dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi, ciri-ciri Laman kami atau kemajuan dalam teknologi. Jika kami membuat penyemakan yang mengubah cara kami mengumpul atau menggunakan Data Peribadi anda, perubahan tersebut akan dipaparkan dalam Polisi Privasi ini dan tarikh penguatkuasaan akan tertera pada bahagian awal Polisi Privasi ini. Oleh itu, anda harus menyemak Polisi Privasi ini dari masa ke masa supaya anda mengetahui polisi dan amalan kami yang terkini. Traveloka juga akan memaparkan perubahan yang sedemikian penting dengan jelas sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana perubahan atau pengubahsuaian pada Polisi Privasi, sila hentikan penggunaan Laman. Anda akan dianggap telah bersetuju dengan apa-apa pengubahsuaian terhadap Polisi Privasi apabila anda menggunakan Laman selepas tarikh penguatkuasaan pengubahsuaian.

1. Maklumat yang Kami Kumpul

Kami mengumpul Data Peribadi yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan Laman. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: nama anda, pengenalan pengguna dan butiran log masuk Traveloka, alamat, nombor telefon, alamat emel, nama hotel, lokasi hotel, dan/atau tempoh penginapan. Kami mungkin meminta anda untuk memberikan maklumat mengenai pilihan perjalanan, keahlian penerbangan kerap, serta maklum balas anda mengenai pengalaman perjalanan anda. Kami juga mengumpul maklumat bukan peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat protokol internet (IP), lokasi geografi, jenis sistem pengendalian, kewarganegaraan, pilihan carian, serta data umum lain yang berkaitan dengan penggunaan Internet anda.

2. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda dan maklumat lain yang dikumpul melalui Laman bagi tujuan berikut:

  • mendaftar, mengurus dan/atau mengelola penggunaan dan/atau akses anda kepada Laman;
  • mengurus, mengendali, mengelola dan menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan di Laman kepada anda;
  • menghubungi anda mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan dan/atau akses anda kepada laman dan perkhidmatan di Laman, dan sebarang pertanyaan dan/atau permintaan yang anda kemukakan melalui Laman atau dengan cara lain;
  • untuk menyesuaikan pengalaman anda apabila menggunakan Laman;
  • menilai dan memperbaiki pengalaman dan kepuasan pelanggan;
  • menerbitkan ulasan pelanggan seperti mengenai Laman, Ejen Pelancongan, Penerbangan atau Hotel, dalam format digital dan/atau cetakan untuk akses awam;
  • untuk menguatkuasakan Terma dan Syarat kami;
  • untuk menyelesaikan pertikaian atau aduan, mengutip bayaran atau yuran, menyelesaikan masalah; dan/atau
  • bagi tujuan lain yang akan disediakan untuk anda pada masa pengumpulan.

Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda dan maklumat lain yang dikumpul untuk pemasaran Media Sosial melalui penggunaan teknik graf secara langsung dan terbuka; untuk tujuan pemasaran digital dan konvensional seperti menghantar anda kiriman terus tentang produk baru dan tawaran istimewa atau maklumat lain yang kami fikir anda mungkin berminat. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh meminta dikecualikan daripada mana-mana bahan pemasaran yang mungkin kami hantar kepada anda pada bila-bila masa. Sila ikut arahan menghentikan langganan yang dinyatakan dalam bahan pemasaran kami jika anda meminta dikecualikan daripada mana-mana bahan pemasaran dan kami akan menghormati kehendak anda.

3. Berkongsi dan Memindahkan Data Peribadi Anda

Data Peribadi anda mungkin dikongsi oleh Traveloka kepada syarikat sekutu kami. Traveloka (dan/atau syarikat sekutunya) juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal atau ejen bagi satu atau lebih daripada tujuan di atas.. Perkhidmatan pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada: pengehosan laman web, analisis data, pemasaran, pemprosesan transaksi kad kredit dan peruntukan perkhidmatan. Dalam sesetengah kes, apabila anda berinteraksi secara langsung dengan pihak ketiga untuk mendapatkan perkhidmatan, atau apabila anda menggunakan Laman untuk menempah bilik hotel atau mendapatkan produk atau perkhidmatan lain, kami mungkin memberi Data Peribadi anda kepada hotel tersebut atau pihak ketiga yang lain supaya anda tidak perlu memasukkan maklumat berulang kali.

Bergantung pada lokasi anda, Traveloka, syarikat sekutu dan pembekal perkhidmatan pihak ketiganya, pembekal atau ejen juga boleh memindahkan Data Peribadi anda di luar negara.

Sila ambil perhatian bahawa Traveloka mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam keadaan berikut:

  • untuk membawa atau membela sebarang tuntutan atau saman;
  • untuk mematuhi perintah mahkamah, proses kehakiman, permintaan sah, waran atau setaraf dengannya oleh pegawai penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa;
  • untuk menyiasat penipuan atau salah laku lain atau sebagaimana yang diperlukan atau dikehendaki untuk mematuhi mana-mana undang-undang, atau untuk melindungi kepentingan sah kami;
  • kepada pembeli yang berkaitan dengan apa-apa jualan, penyerahan, atau pemindahan lain kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat kami;
  • untuk menguatkuasakan atau mengenakan terma dan syarat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk melindungi hak, harta atau keselamatan Traveloka, Pengguna Laman lain, atau mana-mana individu lain mengikut budi bicara Traveloka; dan
  • bagi mana-mana keadaan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.

4. Persetujuan

Seperti yang dinyatakan di atas, dengan melayari dan menggunakan Laman, memesan produk dari Laman, mendaftar atau menggunakan mana-mana perkhidmatan di Laman, atau dengan mengklik butang "Pengesahan" atau yang setaraf apabila anda membuat akaun baru di Laman, anda:

  • memberi kebenaran kepada Traveloka dan/atau syarikat sekutu Traveloka untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda yang dinyatakan di atas untuk tujuan yang diterangkan di atas; dan
  • memberi kebenaran kepada Traveloka dan/atau syarikat sekutu Traveloka untuk memindahkan data peribadi anda dari Singapura kepada syarikat sekutu Traveloka lain di mana syarikat sekutu Traveloka yang lain ditempatkan, dan kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal atau ejen Traveloka (atau syarikat sekutu Traveloka) bagi tujuan seperti yang diterangkan di atas.

5. Menarik Balik Persetujuan

Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan atau pendedahan kami terhadap data peribadi anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis yang munasabah. Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda, sila maklumkan kami di butiran perhubungan kami yang disenaraikan di bawah. Kami akan berhenti mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda atas pemberitahuan, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau jika kami mempunyai tujuan perniagaan atau perundangan yang sah untuk mengekalkannya. Harap maklum dengan menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan perkhidmatan kami kepada anda dan anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berpunca daripada atau berhubung dengan penamatan perkhidmatan sedemikian.

6. Polisi Kuki

"Kuki" ialah pengenal pasti abjad angka yang kami pindahkan ke cakera keras anda atau kad memori melalui pelayar web anda apabila anda mengunjungi Laman kami. Ia membolehkan sistem kami sendiri untuk mengenali anda apabila anda mengunjungi Laman kami lagi dan memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda. Maklumat ini digunakan untuk mengesan penggunaan pengunjung Laman dan untuk mengumpul laporan statistik mengenai aktiviti Laman. Untuk maklumat lanjut mengenai kuki, kunjungi www.aboutcookies.org atau www.allaboutcookies.org.

Kuki juga mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat agregat tentang bidang Laman kami yang paling kerap dikunjungi. Maklumat trafik ini boleh digunakan untuk menambah baik isi kandungan Laman kami dan memudahkan anda semasa menggunakannya. Jika anda ingin menolak kuki kami, anda boleh mengkonfigurasi pelayar anda untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sesetengah ciri Laman kami mungkin tidak berfungsi jika anda mengeluarkan kuki dari pelayar anda. Jika anda tidak menerima kuki, anda mungkin hanya dapat menggunakan Laman secara terhad.

7. Akses atau Pembetulan Data Peribadi Anda

Apabila anda memberikan kami Data Peribadi anda, sila pastikan ia adalah tepat dan lengkap. Jika anda percaya bahawa mana-mana maklumat di bawah milikan kami mengandungi kesilapan atau ketinggalan, sila log masuk ke akaun anda di Laman dan membetulkan maklumat tersebut. Sebagai tambahan, sila kemas kini Data Peribadi anda melalui akaun anda dengan segera, jika terdapat sebarang perubahan.

Jika anda ingin membetulkan kesilapan atau ketinggalan dalam mana-mana Data Peribadi di bawah milikan kami yang tidak boleh dibetulkan melalui Laman kami, atau untuk mengakses Data Peribadi anda di bawah milikan atau kawalan kami, atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, sila hantar permintaan anda kepada maklumt perhubungan kami yang disenaraikan di bawah. Kami akan mengenakan bayaran yang munasabah untuk akses kepada Data Peribadi, bagi tujuan mendapatkan semula kos tambahan semasa bertindak balas kepada permintaan akses.

Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memberikan akses atau membuat perubahan ke atas Data Peribadi anda. Kami akan berusaha untuk menjawab permintaan akses atau pembetulan Data Peribadi anda secepat mungkin, melainkan terdapat pengecualian.

8. Melindungi Data Peribadi Anda

Kami melindungi Data Peribadi dengan mengekalkan pengaturan keselamatan yang munasabah, termasuk prosedur fizikal, teknikal dan organisasi, untuk menghalang akses tanpa izin, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko yang serupa.

9. Pautan ke Laman Web Lain

Laman kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang berminat. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda telah menggunakan pautan ini untuk meninggalkan Laman kami, anda perlu ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman web yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi laman web lain dan menasihatkan anda untuk membaca kenyataan privasi bagi setiap laman web yang anda kunjungi yang mengumpul maklumat peribadi.

10. Pendaftaran dan Keahlian

Laman ini membenarkan anda untuk membuat akaun pengguna dengan pendaftaran keahlian, berdasarkan data yang anda berikan. Dengan memberikan data, mendaftar dan membuat akaun anda, anda menjamin bahawa:

  1. Anda sekurang-kurangnya berumur 18 tahun;
  2. Maklumat tentang anda adalah benar dan tepat, terkini dan lengkap seperti yang dikehendaki dalam borang pendaftaran di Laman ("Data Pendaftaran"); dan
  3. Anda akan mengemas kini Data Pendaftaran ini untuk memastikan ia benar, tepat dan lengkap.

Selanjutnya, anda bersetuju bahawa Traveloka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin dialami oleh kami, anda atau mana-mana pihak ketiga, jika kerugian atau kerosakan tersebut disebabkan oleh maklumat yang anda berikan tidak tepat atau tidak lengkap. Selepas mendaftar, anda akan menerima kata laluan dan pengenalan pengguna ("Nama Pengguna"). Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan dan Nama Pengguna. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan Nama Pengguna atau kata laluan. Anda hanya boleh menggunakan satu Nama Pengguna dan kata laluan pada satu masa dan tidak dibenarkan untuk menggunakan lebih daripada satu Nama Pengguna. Kata laluan anda adalah hanya untuk kegunaan peribadi anda sendiri sahaja, dan anda bersetuju untuk memastikan kata laluan anda adalah sulit. Anda bersetuju untuk memaklumkan Traveloka dengan segera mengenai penggunaan tanpa kebenaran kata laluan atau akaun anda atau mana-mana pelanggaran keselamatan yang lain. Untuk lebih selamat, sila pastikan anda log keluar atau keluar daripada akaun anda selepas setiap penggunaan Laman. Anda bersetuju bahawa Traveloka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh kami, anda atau pihak ketiga yang berpunca daripada kegagalan anda untuk mematuhi klausa ini.

11. Pemindahan Perniagaan

Jika terdapat perubahan kawalan atau pertukaran hak milik kesemua atau sebahagian daripada perniagaan atau syarikat Traveloka, termasuk Laman, maka semua Data Peribadi Pengguna boleh/akan menjadi sebahagian daripada pemindahan aset tersebut.

12. Kelulusan Perubahan Polisi Privasi

Dengan menggunakan Laman atau perkhidmatan yang kami sediakan, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini. Tambahan pula, jika anda menggunakan perkhidmatan kami, kami mempunyai hak untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses Data Peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini. Dari masa ke masa, Traveloka boleh mengubah Polisi Privasi ini. Kami akan memaparkan perubahan di Laman sebelum membuat perubahan.

13. Susunan Keutamaan

Jika anda telah bersetuju dengan Terma Laman Web kami, sekiranya terdapat percanggahan di antara Terma Laman Web tersebut dan Polisi Privasi ini, Terma Laman Web akan diguna pakai.

14. Penafian

Harap maklum kami adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura, Polisi Privasi ini hanya dirangka mengikut undang-undang Singapura. Kami tidak mewakili atau menjamin bahawa Polisi Privasi ini mematuhi undang-undang privasi mana-mana bidang kuasa lain dan oleh itu, anda tidak boleh mentafsirkan Dasar Privasi sedemikian.

Untuk mengelakkan keraguan, bagi pengecualian jika undang-undang membenarkan organisasi seperti Traveloka untuk mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda tanpa persetujuan anda, keizinan yang diberikan oleh undang-undang tersebut akan terus diguna pakai.

15. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau permintaan berkaitan dengan Polisi Privasi ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di butiran berikut, atau individu yang ditetapkan Traveloka dengan memaklumkan anda melalui mana-mana surat, invois, emel atau Laman: privacy@traveloka.com.

Tarikh penguatkuasaan: Jun 2015.

evtbvsrwfq