Jimatkan masa anda. Isi butiran penumpang hanya dengan satu klik!
Dengan memasukkan butiran di Passenger Quick Pick, anda tidak perlu lagi menghafal setiap maklumat dan memasukkannya secara manual setiap kali menempah.
Untuk menggunakan Passenger Quick Pick, log masuk ke akaun Traveloka anda.
Pergi ke Akaun Saya dan pilih Passenger Quick Pick.
Klik Tambah Penumpang dan masukkan butiran penumpang. Anda juga boleh memasukkan butiran penumpang lain juga! Jangan risau, Passenger Quick Pick boleh menyimpan sehingga 20 nama.
Anda juga boleh mengisi butiran anda dan penumpang lain di borang tempahan. Setiap butiran akan ditambah secara automatik ke Passenger Quick Pick untuk memudahkan tempahan anda yang seterusnya.
Hanya pilih nama daripada senarai penumpang yang tersedia, dan butiran mereka akan ditambah ke borang tempahan secara automatik.