Wabak COVID-19 telah menjejaskan kita semua dalam pelbagai cara. Kami sangat prihatin dengan situasi ini dan kami berharap ia akan semakin membaik tidak lama lagi.
Apabila situasi COVID-19 kian berleluasa, keselamatan dan kesejahteraan anda kekal menjadi keutamaan kami dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan anda. Kami komited untuk menyediakan ciri-ciri dan perkhidmatan bagi menyelesaikan kebimbangan anda berkaitan rancangan perjalanan anda, sama ada untuk menempah atau membetulkan/membatalkan penginapan anda. Sila cari maklumat yang berkaitan di bawah:
Sekiranya anda ingin membuat perubahan ke atas tempahan anda, cara terpantas adalah dengan menggunakan ciri Bayar Balik atau Penjadualan Semula dalam Aplikasi kami.