Mengenai KLIA Ekspres
KLIA Ekspres ialah perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengangkutan ini hanya memerlukan 30 minit untuk menghantar penumpang dari KLIA dan KLIA2 ke stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), atau sebaliknya. Lebih tepatnya, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral mengambil masa 28 minit, manakala perjalanan dari KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 33 minit. Dengan ini, KLIA Ekspres menjadi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, bahkan turut dikenali sebagai yang terpantas di Asia Tenggara.
Perkhidmatan KLIA Ekspres oleh Express Rail Link (ERL) Sdn. Bhd bermula sejak 14 April 2002. Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan kereta api yang telah beropersi melebihi 30 tahun di Malaysia, ERL Sdn. Bhd menawarkan dua perkhidmatan utama, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit. KLIA Transit singgah di setiap stesen sepanjang laluannya, manakala KLIA Ekspres beroperasi tanpa persinggahan.
Pejabat utama KLIA Ekspres terletak di Express Rail Link Sdn. Bhd. Level 2, KL City Air Terminal (KL CAT), KL Sentral Station, 50470 Kuala Lumpur. Khidmat Pelanggannya beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, jam 08:30 – 18:00 waktu tempatan. Stesen dan kaunter tiket pula boleh didapati di tingkat 1 KLIA, di bawah Balai Ketibaan bersebelahan dengan lif.
ERL Sdn. Bhd bertekad untuk memberikan “pengalaman perkhidmatan lancar” yang cepat, boleh dipercayai, menyenangkan dan selesa. Usahanya untuk mencapai misinya ini melalui penyediaan perkhidmatan yang berkualiti telah terbukti dengan pelbagai anugerah yang dimenanginya. Antaranya termasuk anugerah AirRail Link of the Year yang diterima pada tahun 2012, 2014, 2015, dan 2016.
KLIA Ekspres beroperasi setiap hari dari jam 04:55 – 01:28, bergantung pada stesen perlepasan. Kereta api ini berlepas setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap 20 minit semasa luar waktu puncak. Kini, pembelian tiket KLIA Ekpres dipermudah melalui tempahan dalam talian di Traveloka. Tempah tiket KLIA Ekspres secara dalam talian di Traveloka dan mudahkan perjalanan anda dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan proses yang mudah, pantas, dan selamat.