amaran
PromosiSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2

XTrans

XTrans, pengendali bas perantara popular di Indonesia, menyediakan perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta -- Bandung dalam harga berpatutan. Kini, anda boleh menempah tiket XTrans melalui Pengangkutan Lapangan Terbang di Traveloka.

Maklumat XTrans

Berpegang teguh pada slogan “Pelopor Perkhidmatan Ulang-alik Segera”, XTrans merupakan penyedia perkhidmatan pengangkutan perantara (shuttle) yang mengutamakan kecekapan masa. Syarikat ini menjalankan sistem yang mengarahkan penumpang berkumpul di satu lokasi pertemuan' sebagai satu kaedah alternatif kepada sistem pengambilan dari pintu ke pintu, yang sering dianggap kurang efisien.

XTrans memulakan perkhidmatan pengangkutan perantara (shuttle) pada 5 Mei 2005. Ditubuhkan oleh seorang ahli perniagaan alumni ITB, beliau melihat potensi kejayaan pengangkutan antara bandar, iaitu antara destinasi Bandung dan Jakarta. Potensi kejayaan perkhidmatan ini bertambah kukuh dengan pembinaan jalan tol di Cipali dan penyediaan Persidangan Asia Afrika ke-50.

Pada mulanya, XTrans secara khusus beroperasi di laluan antara Jakarta - Bandung dengan menggunakan enam buah bas. Perkhidmatan pengangkutan perantara ini mula menjadi terkenal, terutama sekali kepada mereka yang ingin ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta dari Bandung. Kini, perkhidmatan lapangan terbang XTrans mula menyediakan pengangkutan perantara (shuttle) ulang-alik antara Lapangan Terbang Soekarno Hatta dan Bandung.

Dalam usaha menggerakkan perniagaannya, XTrans menyesuaikan perkhidmatannya dengan sistem perjalanan berjadual tepat pada waktu yang digunakan oleh kereta api selama ini. Sistem ini berfungsi dengan memerlukan penumpang mereka yang ingin ke lapangan terbang berkumpul di lokasi perkhidmatan pengangkutan Xtrans tersebut atau lokasi yang telah ditetapkan. Kini, sistem ini telah menjadi satu kaedah yang lazim dalam perniagaan perkhidmatan pengangkutan perantara antara Jakarta - Bandung.

Perkhidmatan XTrans mementingkan keselesaan dan keselamatan para penumpangnya. Syarikat ini menyediakan latihan dan bimbingan berkala untuk setiap pemandu dan pekerja demi memastikan mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan perantara (shuttle) lapangan terbang XTrans juga mengenakan peraturan ketat ke atas pemandu-pemandu mereka berkenaan undang-undang lalu lintas yang perlu dipatuhi.

Perkhidmatan dan Kemudahan XTrans

Di samping menyediakan perkhidmatan perjalanan ulang-alik antara Jakarta - Bandung, Xtrans juga telah mengembangkan perkhidmatannya ke laluan Lapangan Terbang Soekarno Hatta - Bandung. Pengangkutan perantara (shuttle) bertolak dari jam 06:30 pagi hingga 09:45 malam dengan lokasi pengambilan di Terminal 1A, 1B, 1C, 2F dan 3.

Dalam menyediakan pengangkutan yang mudah untuk penumpang, perkhidmatan pengangkutan (shuttle) lapangan terbang XTrans menggunakan bas mini eksekutif terkini seperti Elf, Hino, Hiace dan Maxus. Bas mini ini mampu menampung 10 - 12 penumpang dan mempunyai kerusi penumpang yang selesa dengan kawasan rehat kaki yang luas. Setiap bas juga dilengkapi dengan penyaman udara untuk memastikan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan mereka.

Mengapa guna XTrans?

Harga lebih berpatutan.

Pelbagai pilihan jadual bersesuaian waktu penerbangan anda.

Laluan strategik untuk pilihan lokasi pengambilan dan penghantaran.

Lokasi penghantaran fleksibel.

Cara Mengguna Baucar XTrans

Ke Lapangan Terbang
  • Setelah bayaran disahkan, anda boleh melihat baucar Traveloka melalui emel dan Tempahan Saya.
  • Pada tarikh berlepas, pergi ke lokasi pengambilan dan tunjukkan baucar kepada staf Xtrans.
  • Turun di lokasi perlepasan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Dari Lapangan Terbang
  • Setelah bayaran disahkan, anda boleh melihat baucar Traveloka melalui emel dan Tempahan Saya.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, cari kaunter Xtrans di terminal ketibaan.
  • Tunjukkan baucar kepada staf Xtrans sebelum menaiki bas.
  • Turun di lokasi penghantaran.

Jadual XTrans

Laluan 1: Soekarno-Hatta International Airport ke Bandung

Dari Soekarno-Hatta International Airport

Laluan 2: Bandung ke Soekarno-Hatta International Airport

Dari Bandung

Hubungi XTrans

Telefon

(021) 797 1245

Emel

customer_care@xtrans.co.id

Alamat

Kantor Pusat XTrans
Jalan Wirosari No. 1, Blora, Menteng
Jakarta Pusat

24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?