Tiket Murah ke Sochi

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy
Dari
Hingga
Tarikh bertolak
Tarikh Kembali
Cari Tiket
Perlukan inspirasi? Cari penerbangan ke mana sahaja!

Penerbangan Terus ke Sochi

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Sochi bermula dari RM 2,843.
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Sochi. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

<h1><strong>Tiket Pesawat Murah ke Sochi, Russia</strong></h1>

Sochi sememangnya terkenal sebagai sebuah bandar peranginan terbesar seumpamanya di Rusia, dengan anggaran penduduk tetap seramai 424,281 orang penduduk yang tinggal di kawasan bandar seluas 176.77 kilometer persegi. Sochi adalah sebahagian daripada ‘Greater Sochi Area’ yang merangkumi pelbagai wilayah dan daerah lain di bawah pentadbiran Sochi. Kebanyakan kawasan ini akan bersempadanan di sepanjang pantai Laut Hitam, menjadikan kawasan bandar mempunyai ciri-ciri penting yang agak dekat dengan sebuah resort subtropika. Ia dianggap sebagai 'ibu negeri musim panas' untuk Rusia selepas penyerahan semula bandar-bandar peranginan ternama di Semenanjung Crimea ke SSR Ukraine pada tahun 1954. Oleh kerana persekitarannya yang unik dan juga pelbagai kemudahan sukan yang terdapat di sekitar bandaraya ini, Sochi telah berkali-kali dipilih untuk dijadikan tuan rumah menganjurkan pelbagai acara sukan, seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-22 dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk ke-11 pada 2014, serta tempat untuk mengadakan Grand Prix Formula 1 Rusia dan salah satu bandar tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018.


Lapangan Terbang di Sochi

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi

Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi adalah lapangan terbang antarabangsa yang utama yang berkhidmat untuk bandar Sochi, yang merupakan antara sepuluh lapangan terbang terbesar Rusia. Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi terletak di Daerah Adler, yang berada sejauh 29 kilometer dari pusat bandar Sochi. Dimiliki oleh Basel Aero, operasi lapangan terbang ini dijalankan oleh usahasama kumpulan Basic Elements, Sberbank dan Changi Airports International. Pada tahun 2013, Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi diiktiraf sebagai lapangan terbang serantau yang terbaik oleh forum tahunan ke-3 " Development of Russia and CIS airports " dan menjadi pintu masuk utama semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-22 pada tahun 2014. Lapangan terbang ini mempunyai terminal utama yang mampu untuk menampung 750 penumpang selang sejam serta dua landasan buatan daripada asfalt dengan masing-masing mempunyai ukuruan 2,200 meter dan 2,890 meter. Ia juga mempunyai Terminal VIP seluas 4000 meter persegi, ‘boarding gallery and bridges’ serta kedai-kedai.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Sochi?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Sochi. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai penerbangan mengikut lingkungan harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Sochi.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Sochi?

Masa terbaik untuk melawat Sochi biasanya sekitar April hingga Julai atau Ogos hingga November di mana pada masa ini, suhu adalah lebih panas dan keadaan langit pun lebih jelas, menjadikannya masa yang sangat baik untuk berjalan-jalan di sekitar bandar dan menikmati tarikannya. Walau bagaimanapun, anda boleh menjangkakan lebih banyak orang ramai, serta harga penerbangan dan hotel akan meningkat sepanjang tempoh ini. Biasanya, waktu musim sejuk akan melihat jumlah pelancong yang lebih rendah di Sochi. Oleh itu, harga penerbangan dan hotel cenderung untuk menjadi lebih rendah sekitar tempoh ini.


Sochi dikatakan mempunyai iklim subtropika yang lembab di ketinggian rendah mengikut klasifikasi Köppen, kerana ia menjadi sebahagian daripada Caucasian Riviera. Oleh itu, ia adalah salah satu daripada beberapa tempat di seluruh negara Russia yang mempunyai iklim sedemikian. Suhu tahunan purata ialah 18.4 darjah Celsius pada siang hari dan 11 darjah Celcius pada waktu malam dengan jumlah jam cahaya matahari tahunan sebanyak 2,200 jam dan purata taburan hujan tahunan kira-kira 1,700 milimeter. Bulan-bulan di mana musim panas akan berlaku adalah dari bulan Jun hingga September yang menyumbang banyak kepada jam cahaya matahari di Sochi. Sementara itu, Sochi terdedah kepada angin sejuk dari Asia yang membuat suhu semasa musim sejuk jatuh di bawah paras beku, dengan bulan Disember hingga Mac menjadi bulan paling sejuk. Suhu rekod tertinggi adalah pada 39.4 darjah Celsius pada tahun 2000 manakala suhu terendah yang direkodkan ialah -13.4 darjah Celsius pada tahun 1982.


Merupakan antara beberapa tempat di Rusia yang memiliki persekitaran yang indah dan tersendiri, seseorang pastinya dapat melihat dan menjangkakan pelbagai perayaan, sukan dan acara lain yang diadakan di Sochi. Untuk bermula, terdapat Grand Prix Rusia Formula 1 tahunan di Sochi Autodrom, serta Festival Filem Russia Terbuka Sochi atau Kinotavr yang juga dianjurkan setiap tahun sejak tahun 1991.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Sochi?

Merupakan antara lokasi percutian yang utama untuk kebanyakan orang Rusia dan juga pelancong, Sochi pasti banyak tempat menarik yang boleh sahaja ditawarkan, dari reka bentuk bandarnya yang memukau ke tarikan semulajadi yang mempesonakan.


1. Roza Khutor - Terletak di Krasnodar Krai, Roza Khutor atau Rosa Khutor Alpine Resort terkenal dengan resort ski alpine di Sochi yang baru-baru sahaja dibina sekitar tahun 2003 hingga 2011. Puncaknya terletak di ketinggian 2,320 meter dan boleh diakses melalui sistem 18 lif. Ia mula menganjurkan perlumbaan alpine Piala Dunia pada tahun 2012 dan mencapai kemasyhuran apabila menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2014.


2. Katedral Saint Michael, Sochi - Sebagai gereja Ortodoks tertua seumpamanya di Sochi, Katedral Saint Michael, Sochi dibina antara tahun 1874 dan 1890 berikutan perintah Grand Duke Michael Nicholaevich dari Rusia dengan reka bentuk oleh Alexander Kaminsky. Gereja itu bertujuan untuk memperingati kemenangan dalam Perang Kaukasia 1864 dan telah dipulihkan sekali pada tahun 1993.


3. Gunung Akhun - Gunung Akhun adalah gunung mandiri yang boleh ditemui di Daerah Khostinsky Sochi, menjadi titik paling tinggi di Sochi. Puncaknya adalah berketinggian 663 meter di atas paras laut dan ditandai dengan menara Romanesque yang tinggi 100 kaki yang dibina sejak tahun 1936 dari batu kapur asap. Terdapat juga Akhun Kecil yang berdekatan dengan ketinggian 501 meter.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
maybank-credit-card-promotiontraveloka-cimb-promotiontraveloka-rhb-promotionambank-credit-card-promotiontraveloka-uob-promotion

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang A'bangsa Sochi

Popular Vietnam Airlines to Everywhere

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2026 Traveloka. All rights reserved