Total Accommodation | 9 Properties |
Popular Hotel | ROYALE RIVIERA RESORT PRIVATE POOL VILLA, Ranis Lodge |
Popular Landmark | Black Sand Beach, Craft Cultural Complex |
Kawasan terbaik untuk tinggal di Bohor ialah Pantai Cenang, Kuah, Lapangan Terbang Langkawi, Pantai Tengah, Tanjung Rhu, Padang Matsirat, Ulu Melaka, Mukim Kedawang, Ayer Hangat, Pulau Tuba.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah ROYALE RIVIERA RESORT PRIVATE POOL VILLA, Ranis Lodge, Sembilan Langkawi, Padimas Villa @Datai Valley, Pemandangan Indah Guest House - Look Out Point, Sleepy Hollow Villa, Red Door Apartments, Chalet Sri Bayu Inn Langkawi, Langkawi Rouhi Retreats.
Buat masa ini, terdapat sekitar 9 hotel yang boleh anda tempah di Bohor
Bohor merupakan sebuah mukim kecil yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Ianya merupakan mukim yang paling kecil di Langkawi dan satu-satunya mukim yang tidak mempunyai kawasan pantai. Nama Bohor merujuk kepada satu perkataan Melayu ‘bohor’ yang bermaksud dataran tinggi yang dikelilingi kawasan perairan. Terdapat juga pendapat yang mengatakan perkataan ‘bohor’ juga mungkin bermaksud pohon.
Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Langkawi disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk menuju ke Bohor.
Terdapat juga perkhidmatan feri melalui empat laluan menuju ke Langkawi iaitu dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang dan Satun di Thailand.
Perkhidmatan pengangkutan awam lain yang terdapat di Bohor termasuklah perkhidmatan kenderaan sewaan dan teksi. Perkhidmatan teksi menawarkan penumpang perjalanan ke destinasi yang diminta.
Pengunjung yang datang ke Bohor selalunya akan meluangkan masa melawat ke Kompleks Kraf Langkawi yang terletak di Teluk Yu. Kompleks Kraf Langkawi ini menwarkan dua pilihan muzium iaitu Muzium Warisan dan Muzium Adat Perkahwinan. Muzium-muzium ini memaparkan peragaan perkahwinan beradat kumpulan kaum utama di Malaysia dan juga mempamerkan peralatan seperti keris.
Bohor juga terkenal dengan industri penternakan kerbau sapi. Untuk maklumat lebih lanjut, pengunjung boleh melawat Ladang Kerbau Langkawi. Ladang Kerbau Langkawi merupakan sebuah ladang seluas 20 hektar dengan lebih 100 ekor kerbau daripada spesis Murrah dan Swap. Rasailah pengalaman menunggang kerbau atau memerah susu salah seekor kerbau di situ. Ladang ini turut mengilangkan produk susu kerbau seperti susu segar, susu berperisa serta aiskrim.
Sementara berada di Pulau Langkawi, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik untuk dilakukan dan dinikmati keseronokannya. Selain daripada berkunjung ke Bohor, pelawat berpeluang untuk menghayati keindahan langit sama ada dengan mengikuti perjalanan selama 20 minit menaiki Kereta Kabel Langkawi ataupun bersiar di atas jambatan gantung terpanjang yang bernama Titian Langit Langkawi.
Rombongan Membeli-belah di Pulau Langkawi seringkali mengasyikkan dengan pilihan kedai-kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya. Di antara tempat-tempat pilihan destinasi membeli-belah termasuklah Kompleks Bebas Cukai Jeti Langkawi, Pusat Beli-Belah Langkawi Fair, Pusat Beli-Belah Saga, kedai Cote De Parfume, Kedai Wain 16 Degree dan Pusat Beli-belah Bebas Cukai Zeno. Pengunjung semestinya boleh mendapatkan belian terbaik untuk coklat import, rokok, pewangi, perkakas memasak dan minuman keras.
Pulau Langkawi juga terkenal dengan inisiatifnya dalam memelihara kehidupan marin. Ianya merupakan suatu lawatan berilmiah dan mengkagumkan tentang kehidupan di dasar laut. Pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkelling ataupun menyelam di Taman Marin Pulau Payar ataupun menyaksikan sendiri pelbagai hidupan dasar laut yang mempesonakan melalui akuarium di Underwater World Langkawi.
Sebuah lagi kawasan menarik untuk dikunjungi ialah Taman Beras Laman Padi. Ianya merupakan sebuah muzium yang dibina berupa lapangan sawah padi bagi memperkenalkan permulaan kegiatan penanaman agrikultur padi di Pulau Langkawi. Satu contoh yang baik bagi melambangkan negeri Keah yang juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.
Juadah tempatan terkenal Kedah yang mudah didapati sekitar kawasan Langkawi termasuklah Laksa, sajian mi beras tebal yang dihidangkan bersama kuah ikan yang pedas bersama hiasan daun pudina, hirisan bawang, timun, telur rebus beserta nanas. Ikan untuk kuah laksa kadangkala digantikan dengan belut.
Sebuah hotel yang menarik terletak di Bohor. Hotel yang agak sederhana didatangkan dengan kemudahan yang berpatutan.
Senyum Inn mempunyai lokasi yang baik. Ia menawarkan perkhidmatan sewajarnya beserta pelbagai kemudahan.
Salah satu penginapan tumpuan terletak di Bohor. Ini merupakan tempat persinggahan yang digemari kebanyakan pelawat secara solo, berdua mahupun berkeluarga.
Untuk percutian santai keluarga, chalet ini sesuai dalam menawarkan keselesaan sepanjang penginapan anda di Bohor.
Hotel ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang menginginkan percutian mewah dan elegan. Dapatkan perkhidmatan cemerlang dan jadikan penginapan anda suatu kenangan pengalaman yang manis.