1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (560 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (389 Hotel)
    >
  5. Bohor
    (9 Hotel)

Hotel Mewah di Bohor, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 28 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Bohor

Popular Landmark
Black Sand Beach, Craft Cultural Complex

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bohor

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Bohor dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bohor akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Vimmy G.
Ini adalah profil peribadi.
1 Dec 2023
Ia adalah tempat yang selesa tetapi agak jauh dari tarikan lain dan kawasan makan. Bilik bersih dan selesa kecuali ada nyamuk pada waktu petang. Jika anda mempunyai bayi saya tidak akan mengesyorkan. Sarapan dihidangkan tetapi mereka perlu menambah baik dalam pilihan menu. Rasa yang sangat sederhana dalam makanan yang mereka hidangkan dan jika saya ingin membuat penginapan lagi, saya akan melangkau pakej sarapan pagi. Selain daripada itu, kakitangannya mesra dan sangat membantu, tempat letak kereta yang luas dan lain-lain. Tempat foto Insta yang bagus.

Tentang

Bohor terletak di sebuah pulau yang dinamakan Langkawi. Ia berada di negeri Kedah, Malaysia. Ia adalah salah satu mukim di antara daerah di Langkawi. Ia sebenarnya adalah salah satu mukim yang terkecil antara 6 mukim lain di Pulau Langkawi. Walaupun Bohor terletak di Pulau Langkawi ia adalah sebenarnya kawasan yang tidak mempunyai kawasan pantai langsung di daerah itu. Ia adalah mebih pada pertengahan kawansan Langkawi berbanding dengan mukim lain oleh itu ketiadaan pantai dikawasannya. Bohor hanya mempunyai kebesaran 36 kilometer per segi. Bandar ini juga mempunyai jumpah penduduk yang paling kurang. Hingga tahun 2005, ia dilapurkan mempunyai hanya 8024 orang rakyat.

Bohor bermaksud kawasan tanah tinggi yang dikelilingi dengan kawasan berair atau lebah seperti sebuah kampung atau kawasan yang dimana ia dikelilingi oleh sawah padi atau kawasan berpaya. Ketinggian Bohor tidaklah setinggi sebuah bukit tetapi ketinggiannya adalah sangat sesuai untuk dijadikan kawasan tempat tinggal.

Pekerjaan utama penduduk disini adalah menuai padi, menoreh getah, pegawai kerajaan, peniaga, kontraktor dan juga penternak. Mukim Bohor adalah berdasarkan pertanian seperti padi, getah, kelapa dan juga menternak binatang hidup seperti lembu dan kambing.

Bohor masih sebuah kawasan dalam negeri Kedah. Oleh itu ia adalah sebahagian daripada kawasan utara di Malaysia. Malaysia akan sentiasa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan utama. Namun kawasan utara Malaysia akan mempunyai dialek tersendiri pada bahasa mereka. Walau bagaimanapun mereka juga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana Malaysia ialah negara berbilang bangsa. Tambahan pula, pengunjung dari seluruh pelosok dunia yang datrang ke sini membuatkan bahasa Inggeris, bahasa yang lebih banyak digunakan di Bohor.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pengunjung boleh mengambil penerbangan domestik seperti Air Asia atau Malaysia Airlines dan Firefly dan terbang terus ke pulau Langkawi. Akan ada banyak teksi yang akan menunggu untuk membawa pengunjung ke hotel mereka.

Menggunakan Kereta

Pengungjung boleh memandu kereta mereka tersendiri ke Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun terdapat yuran untuk dibayar jika mereka mahu membawa kereta mereka sendiri. Pendaftaran dan pengurusan dokumen juga harus dibuat sebelum memasuki pulau itu. Cara ini sesuai buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Kemudian kereta mereka akan dibawa ke pulau menggunakan feri. Setelah sampai, mereka boleh menggunakan kereta mereka untuk ke mana sahaja.

Menggunakan Feri

Ini adalah pengangkutan biasa bagi ramai pengunjung yang ke Pulau Langkawi. Dari jeti di Kuala Perlis, akan dapat feri yang sentiasa membuat perjalanan ke Pulau. Tambangnya adalah agak murah dan masa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam. Ada juga pilihan untuk feri besar atau feri yang kecil dan lebih laju. Ini berbeza dari segi harga. Kebiasaannya feri kecil mempunyai penghawa dingin dan mengambil masa yang lebih pendek untuk sampai.

Tarikan Pelancongan

Pusat Kraf Tangan Langkawi

Ini merupakan sebuah pusat kraf tangan yang dibina pada tahun 1996 untuk memudahkan pengunjung untuk membeli hasil kraf tangan Malaysia. Tujuan utama tempat ini dibina adalah untuk mewujudkan sebuah ruang untuk ahli perniagaan tempatan untuk menjual hasil kraf tangan mereka pada pengunjung sama ada dari dalam negeri atau dari luar negara. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai muzium dan kawasan pendidikan untuk mendidik pengunjung lebih banyak tentang sejarag dan asal usul hasil kraf tangan itu dan juga cara penggunaan mereka. Setiap tahun terdapat banyak promosi yang diadakan untuk menarik pengunjung untuk datang dan membeli hasil kraf tangan. Pusat ini adalah 21 kilometer dari Bandar Kuah dan 24 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Taman Kerbau

Taman Kerbau adalah sebuah tempat yang dibina oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), bertujuan untuk membiakkan baka, meningkatkan ekonomi yang berasaskan hasil kerbau dan juga sebagai sebuah tempat tarikan pelancong. Di sini, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis baka kerbau dan mencuba beberapa makanan diperbuat daripada susu kerbau seperti ais krim dan keju.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved