amaran

Hotel Bajet di Bohor, Langkawi

Tentang

Bohor merupakan sebuah mukim yang paling kecil yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia dan satu-satunya mukim yang tidak mempunyai kawasan pantai. Nama Bohor merujuk kepada satu perkataan Melayu ‘bohor’ yang bermaksud dataran tinggi yang dikelilingi kawasan perairan. Terdapat juga pendapat yang mengatakan perkataan ‘bohor’ juga mungkin bermaksud pohon.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi terletak di Padang Mat Sirat. Terdapat penerbangan ke Langkawi disediakan oleh Penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bohor.

Menggunakan Bot atau Feri

Terdapat perkhidmatan feri atau bot melalui empat laluan menuju ke Langkawi iaitu dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang dan Satun di Thailand. Setibanya ke Pelabuhan Langkasuka di Pantai Chenang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bohor.

Tarikan Pelancongan

Pantai Chenang

Pantai awam yang terletak di tanah besar Pulau Langkawi. Pantai Chenang selalunya dipenuhi dengan peminat pantai melakukan pelbagai kegiatan pantai dan sukan air. Terdapat kawasan berenang yang bertanda bagi tujuan keselamatan aktiviti jetski agar tidak bertembung dengan para perenang dan penyelam snorkel.

Ladang Kerbau Langkawi

Bohor juga terkenal dengan industri penternakan kerbau sapi. Ladang Kerbau Langkawi merupakan sebuah ladang seluas 20 hektar dengan lebih 100 ekor kerbau daripada spesis Murrah dan Swap. Rasailah pengalaman menunggang kerbau atau memerah susu salah seekor kerbau di situ. Ladang ini turut mengilangkan produk susu kerbau seperti susu segar, susu berperisa serta aiskrim.

Kompleks Kraf Langkawi

Kompleks Kraf Langkawi yang terletak di Teluk Yu ini menawarkan dua pilihan muzium iaitu Muzium Warisan dan Muzium Adat Perkahwinan. Muzium-muzium ini memaparkan peragaan perkahwinan beradat kumpulan kaum utama di Malaysia dan juga mempamerkan peralatan seperti keris, pelamin bersanding, pakaian kostum perkahwinan dan lain-lain lagi.

Lawatan Membeli-belah di Langkawi

Membeli-belah di Pulau Langkawi seringkali mengasyikkan dengan pilihan kedai-kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya. Di antara tempat-tempat pilihan destinasi membeli-belah termasuklah Kompleks Bebas Cukai Jeti Langkawi, Pusat Beli-Belah Langkawi Fair, Pusat Beli-Belah Saga, kedai Cote De Parfume, Kedai Wain 16 Degree dan Pusat Beli-belah Bebas Cukai Zeno. Pengunjung semestinya boleh mendapatkan belian terbaik untuk coklat import, rokok, pewangi, perkakas memasak dan minuman keras.

Muzium Laman Padi

Muzium terbuka ini adalah lokasi pelancongan-eko yang popular di Pantai Chenang di mana pengunjung dapat mempelajari tentang penanaman padi. Terdapat sawah padi seluas 8 ekar yang membenarkan pengunjung bersantai di atas batas padi dan bermain dengan orang-orang sambil melihat pesawah padi sedang bekerja. Satu contoh yang baik bagi melambangkan negeri Keah yang juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.

Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun merupakan air terjun tertinggi di Pulau Langkawi menuruni kejatuhan setinggi 30 meter, yang membentuk kolam indah di bahagian dasarnya, sesuai untuk bermandi-manda. Air Terjun Temurun adalah air terjun tiga tingkat dan jumlah kumulatif titisan kejatuhannya adalah kira-kira 200 meter. Tingkat paling rendah adalah kecil, tingkat utama di tengah adalah mengkagumkan dan tingkat yang tertinggi tidak dapat ditawan.

UnderWater World Langkawi

UnderWater World Langkawi merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih daripada 200 jenis ikan marin dan air tawar termasuklah ikan air tawar terbesar di dunia iaitu ikan Amazonian Arapaima. Tarikan utama di sini ialah tangki gergasi terowong jalan kaki bawah laut 6 juta liter yang memaparkan kebanyakan ikan serta hidupan laut.

Hotel

Langkawi Gerek Tua

Langkawi Gerek Tua merupakan kemudahan penginapan asas dan selesa bagi pengembara bajet. Ianya menawarkan pondok dengan pemandangan berlatarkan gunung beserta kemudahan standard yang memastikan pengunjungnya selesa dan menikmati saat menginap di sini. Lokasinya yang agak strategik memudahkan pergerakan ke tempat tumpuan pilihan.

Padimas Village Inn Langkawi

Padimas Village Inn adalah kemudahan penginapan homestay yang menawarkan pilihan rumah kecil dengan bilik-bilik untuk perkongsian keluarga atau bersama rakan. Ianya mempunyai reka letak pondok kampung Melayu tradisional dan pemiliknya agak mesra beramah dengan para penginap. Penginap bebas untuk merancang aktiviti, melawat kawasan tumpuan pilihan atau hanya berehat.

evtbvsrwfq