1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9663 Hotel)
    >
  3. Kelantan
    (237 Hotel)
    >
  4. Kota Bharu
    (164 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Kota...
    (95 Hotel)

Hotel Mewah di Chinatown, Kota Bharu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 06 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Chinatown

Exterior view Classy Studio @ Kota Bharu City Point

Classy Studio @ Kota Bharu City Point

Lain-lain
Chinatown, Kota Bharu City Centre
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Grand Riverview Hotel

Grand Riverview Hotel

Hotel
Chinatown, Kota Bharu City Centre
Mengagumkan
8.5
(743 Reviews)
Mudah dan berada di tengah bandar.
Lihat Harga
See all 55 Hotels near Chinatown

Facts about hotel in Chinatown

Popular Hotel
Classy Studio @ Kota Bharu City Point, Grand Riverview Hotel
Popular Landmark
Pasar Besar Siti Khadijah, Craft Museum And Handicraft Centre

Ulasan Tetamu dari Hotel di Chinatown

8.5
Mengagumkan
3,307 ulasan dari hotel di Chinatown dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Chinatown akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Nur L. B. A. H.
Ini adalah profil peribadi.
21 Jul 2023
Bilik lama, perabut lama, suasana bilik kusam kelam macam dalam horror movie tuala pun lama dah macam kain buruk Bath Tub tak berfungsi dengan baik. Cerek masak air dah tercabut Iron tak panas. View air sungai yang menyakitkan mata. The good thing about this hotel is food. Staff tak paham & susah nak berkomunikasi walau pun saya cakap melayu
Mohd H. H. H.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
27 Mar 2021
Tiada tempat letak kereta dan lift yang tidak elok.
Mohd N. b. M. R.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
29 Jan 2022
Bolehla berbaloi dengan wang yang dibelanjakan
Dell A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Feb 2023
Bilik yang selesa dan luas staff yang peramah berdekatan dengan kedai makan yang banyak dan sedap
azira o.
Ini adalah profil peribadi.
2 Jul 2019
Bilik selesa. Kedudukan hotel yang strategik kerana berdekatan dengan pasar dan tempat makan. Layanan pekerja hotel yang baik.
HASBULLAH B. H.
Ini adalah profil peribadi.
1 Jun 2023
Hotel bersih dan selesa, parking mudah dan breakfast pun terbaik.
Nazrah B. I.
Ini adalah profil peribadi.
29 Dec 2023
Room yang luas, best, cantik makan-makan breakfast sedap. Thank you for all staff yang membantu.
razita
Ini adalah profil peribadi.
20 Aug 2023
Great location near nasi ulam cikgu dan masjid muhammadi 👍
Azizah
Ini adalah profil peribadi.
15 Aug 2023
Staf yang baik dan peramah. Bilik yang sempit. Tiada ruang untuk solat.
MUNIRA B. S.
Ini adalah profil peribadi.
14 May 2017
Mempunyai ruang yang luas, bersih dan selesa.lengkap dengan keperluan harian dan tambahan spt iron dan keperluan solat utk muslim.

Tentang

Chinatown tidak begitu popular dalam kalangan pelancong tetapi ia popular di kalangan penduduk tempatan di Kelantan. Seperti yang kita tahu bahawa Kelantan adalah majoriti penduduknya kaum Melayu beragama Islam dan hanya kira-kira 5 peratus penduduknya terdiri daripada kaum India beragama Hindu dan kaum Cina beragama Buddha. Bagi menghargai dan memelihara penduduk kaum Cina di Kelantan, terdapat sebuah penempatan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu yang dikhaskan untuk masyarakat kaum Cina. Setelah penempatan itu dilihat mula berkembang, ia menjadi satu pusat tarikan pelancongan, menambahkan lagi senarai pusat tarikan di negeri Kelantan. Tempat ini terkenal dengan pelbagai jenis makanan, dari gerai penjaja hinggalah ke rumah kopi. Makanan ini tidak hanya terhad kepada masakan Cina sahaja, makanan lazat tempatan yang diasimilasikan dari makanan Siam juga boleh didapati di sini. Oleh itu, tempat ini sangat disarankan untuk diterokai oleh mereka yang datang melawati Kelantan. Pelancong luar boleh belajar untuk merasai kehidupan masyarakat majmuk yang harmoni yang boleh dilihat di sebuah penempatan kecil ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Dari Kuala Lumpur, anda boleh membeli tiket bas anda dan berlepas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) terus ke Kota Bharu. Perjalanan itu akan menjadi kira-kira lapan jam.

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan domestik seperti Malindo, Firefly, AirAsia dan Malaysia Airlines ke Kota Bharu. Perjalanan itu akan menjadi kira-kira 1 jam 15 minit. Dari lapangan terbang, anda perlu menaiki teksi ke Chinatown.

Tarikan Pelancongan

Pasar Siti Khadijah

Terletak di Kota Bharu, Pasar Siti Khadijah adalah pusat beli-belah yang popular dan menjadi tarikan pelancong utama di negeri ini. Dinamakan sebagai Pasar Siti Khadijah kerana penjual-penjual kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita tempatan. Pusat membeli-belah empat tingkat ini menempatkan makanan basah dan kering di tingkat bawah sementara pakaian, cenderahati dan barang kemas di tingkat atas. Pasar Siti Khadijah akan penuh sesak pada hari Ahad serta musim cuti sekolah di mana kebanyakannya pelancong luar yang datang mengunjungi negeri Kelantan. Pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi dan ditutup pada jam 6 petang.

Wakaf Che Yeh

Terletak di pinggir bandar Kota Bharu, terdapat satu lagi pasar malam yang popular di malam hari dan hujung minggu yang dikenali sebagai Wakaf Che Yeh. Ia seperti pasar di tempat terbuka menjual borong barang-barang pada harga murah dan berpatutan. Antara barangan yang boleh didapati di sini adalah; makanan basah, barang rumah, pakaian seperti jersi bola sepak, seluar jeans, baju dan banyak lagi. Bunyi bising tawar-menawar orang di sini telah menjadikan pasaran ini lebih meriah. Dari semasa ke semasa, kerajaan negeri telah berusaha untuk menaik taraf infrastruktur di sekitar kawasan ini untuk memastikan pasar ini terus beroperasi dan terus menjadi salah satu tempat pelancongan di Kelantan.

Stadium Sultan Muhammad IV

Terletak di Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan, Stadium Sultan Muhammad IV adalah rumah kepada Kelantan FA, sebuah pasukan bola sepak Malaysia. Stadium ini boleh menampung sehingga 22,000 penonton pada satu masa. Hingga kini, stadium ini adalah yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung dimana kawasan padang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, yang berukuran 119 meter dan lebar 100 meter. Penyokong FA Kelantan dipanggil Pahlawan Merah, oleh itu stadium ini kadangkala dipanggil Stadium Red Warriors oleh penduduk setempat.

Hotel

Grand Riverview Hotel

Terletak di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu, 15000, Grand Riverview Hotel merupakan hotel empat bintang yang terkenal di pusat bandar Kota Bharu. Penginapan mewah ini menempatkan bilik premier dan bilik suite. Meja penerimaan tetamu beroperasi 24 jam, tetamu boleh mendaftar masuk ke bilik mereka pada bila-bila masa mereka tiba. Mempunyai kolam renang, tempat meletak kereta yang mencukupi, dewan jamuan, bilik seminar dan lain-lain, hotel ini telah digemari oleh pelancong yang datang untuk bersantai dan pelancong yang datang dengan urusan perniagaan. Kadar untuk bilik utama bermula dari RM213 semalam manakala kadar untuk bilik suite pula bermula dari RM608 semalam hanya di Traveloka.com.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved