1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9836 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (795 Hotel)
    >
  4. Cameron Highlands
    (211 Hotel)
    >
  5. Brinchang
    (74 Hotel)

Hotel di Kea Farm & Green Cow

Brinchang, Cameron Highlands · 9 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 15 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel
Kea Farm adalah sebuah bandar pertanian yang terletak di Brinchang, Cameron Highlands. Ciri utama yang menarik pelancong dari seluruh dunia untuk bercuti di sini adalah pasar sayuran di sepanjang jalan utama yang telah menjadikan Kea Farm sebagai destinasi membeli-belah yang popular pada hujung minggu. Beberapa tarikan menarik di sini termasuk Pusat Rose, Ee Feng Gu dan Butterfly Garden. Jangan ketinggalan pilihan hotel di Kea Farm yang hebat untuk pengalaman menginap yang tidak dapat dilupakan.

Hotel popular di Kea Farm & Green Cow

EXTERIOR_BUILDING Copthorne Cameron Highlands

Copthorne Cameron Highlands

Hotel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Mengagumkan
8.3
(2178 Reviews)
Sangat selesa, bilik yang luas, pemandangan yang cantik.
Lihat Harga
ภาพหลัก Equatorial Hill Resort by Copthorne

Equatorial Hill Resort by Copthorne

Rumah Tetamu
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Dengan penginapan di Equatorial Hill Resort by Copthorne di Brinchang, anda akan berada dalam lingkungan 10 minit berjalan kaki dari The Sheep Sanctuary dan Ladang Strawberi Bukit Raju. Rumah tamu ini berada 3 km dari Ladang Teh Boh dan 6.2 km dari Pasar Malam Tanah Tinggi Cameron.
Mengagumkan
8.9
(6 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Kea Valley Hotel Apartment

Kea Valley Hotel Apartment

Hotel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Menyenangkan
8.1
(167 Reviews)
Lihat Harga
LOBBY Kea Garden Guesthouse

Kea Garden Guesthouse

Rumah Tetamu
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Mengagumkan
8.3
(540 Reviews)
Kedudukan yang strategik. Kawasan yang cantik dan bersih.
Lihat Harga
null E Resort

E Resort

Lain-lain
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Menyenangkan
7.6
(39 Reviews)
Tempat yang tenang dan selesa. Sesuai untuk berehat & menenangkan fikiran.
Lihat Harga
ภาพหลัก Kea Garden Mini Chalet - Hostel

Kea Garden Mini Chalet - Hostel

Hostel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Dengan penginapan di Kea Garden Mini Chalet - Hostel di Brinchang, anda akan berada tidak jauh dari Ladang Kea dan The Sheep Sanctuary. Hostel ini berada 3 km dari Ladang Teh Boh dan 5.7 km dari Pasar Malam Tanah Tinggi Cameron.
Mengagumkan
8.3
(77 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Zarania Hillhomes

Zarania Hillhomes

Apartmen
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Lihat Harga

Luxury Modern 18°C Coptorne Hotel Apartment

Hotel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Lihat Harga
LOBBY Paradise Homestay

Paradise Homestay

Apartmen
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Lihat Harga
See all 9 Hotels near Kea Farm & Green Cow

Facts about hotel in Kea Farm & Green Cow

Total Accommodation
9 Properties
Popular Hotel
Copthorne Cameron Highlands, Equatorial Hill Resort by Copthorne
Popular Landmark
Raju Hill Strawberry Farm, THE SHEEP SANCTUARY

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kea Farm & Green Cow

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Kea Farm & Green Cow dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kea Farm & Green Cow akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
SUDIRMAN B. I.
Ini adalah profil peribadi.
6 Mar 2024
Bilik kemas dan nampak baru, breakfast juga memuaskan.
amirah f.
Ini adalah profil peribadi.
9 Nov 2023
Bilik berbau. Mungkin mop lantai. Bathroom kotor. Lantai & dinding tak berus, terasa licin-licin kulat.
Suzianah B. A. S.
Ini adalah profil peribadi.
4 Jul 2022
Servis kurang. Dapat floor 2nd. Kena naik tangga. Tak sesuai untuk warga emas. Bilik berbau. TV rosak. Paip bocor-bocor . Air singki slow nak turun macam tersumbat. Dalam bilik ada lipas. Omg. Parking bawah ok. Cuma tak strategic bila nak keluar masuk parking. Sebab laluan tempat orang nak pergi kambing biri-biri tu. Check out 12pm. Orang ramai bersesak depan kaunter. Meanwhile, kita nak kluar dari parking bawah kena hon-hon takut terlanggar orang. Hm.
Zuhairee P.
Ini adalah profil peribadi.
18 Jul 2022
Bilik macam tak kemasankan berhabuk
siti r. i.
Ini adalah profil peribadi.
9.3
/ 10
27 Dec 2023
Rumah apartemen 1 bilik yang sangat besar dan luas. Murah je. Berbaloi, memang terbaik view farm sheep. Malam ke pagi berkabus tebal, tapi paling geram time nak check in call langsung tak angkat and staff langsung tak begitu cara nak check in macamnya.
Ashraf B.
Ini adalah profil peribadi.
23 Aug 2020
Tetap sangat memuaskan dengan perkhidmatannya
Rusidi M.
Ini adalah profil peribadi.
24 Sep 2022
Bilik tidak bersih. Bilik kami seperti nobady telah tinggal sebelum kami.

Soalan lazim tentang Kea Farm & Green Cow

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Kea Farm & Green Cow?

Buat masa ini, terdapat sekitar 9 hotel yang boleh anda tempah di Kea Farm & Green Cow

Tentang

Ladang Kea & Green Cow merupakan suatu jajahan agrikultur dan sebuah kawasan desa tertinggi yang terletak di antara pekan Brinchang dan Tringkap di Cameron Highlands. Cuaca beriklim sejuk Cameron Highlands yang dianggarkan sekitar bawah 20 darjah Celsius bukan sahaja ideal untuk penanaman teh malahan pelbagai jenis sayur-sayuran. Ciri utama Ladang Kea & Green Cow adalah pasar sayur-ayuran sepanjang jalan utama dengan persimpangan T yang jelas di mana terdapatnya sebuah bangunan terdiri daripada pelbagai deretan gerai-gerai jualan dan kafe menjurus sehingga ke penghujung jalan dengan selekoh yang menghala ke arah sebuah bangunan lain yang dikenali sebagai Pusat Mawar Cameron Highlands.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menaiki Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Ipoh disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Malindo Air, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Ipoh, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke kawasan Ladang Kea & Green Cow.

Menaiki Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan mengambil susur keluar Tapah ataupun Simpang Pulai sebelum meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Ladang Kea & Green Cow. Dari susur keluar Tapah, perjalanannya membawa ke laluan jalan lama dan berselekoh manakala dari susur keluar Simpang Pulai, laluan jalannya lebih baru dan memudahkan pemanduan.

Menaiki Bas

Terminal bas tempatan terletak di Tanah Rata. Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Ekspres Konsortium, Ekspres Unititi, Ekspres GT, CS Travel dan Syarikat Kenderaan Pahang Lin Siong. Dari terminal bas Tanah Rata, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke kawasan Ladang Kea & Green Cow.

Tarikan Pelancongan

Ladang Strawberi Big Red

Ini merupakan salah sebuah ladang Pelancongan-Agro terbesar di Malaysia yang menawarkan pengunjungnya pengalaman memetik sendiri buah strawberi dan tomato segar di dalam ladang terlindung dianggarkan berkeluasan sekitar 5 hektar. Di akhir kegiatan, pengunjung boleh memilih untuk menikmati keranuman dan kelazatan manisan berasaskan strawberi seperti pai, ais krim, jem, jeruk serta strawberi kering.

Taman Rama-rama Cameron Highlands

Tempat ini menarik kedatangan keluarga serta para pencinta alam yang ingin menikmati suasana terbangan bebas lebih daripada 50 spesis rama-rama. Tarikan lain di taman ini termasuklah kandang kura-kura serta sebuah insectarium mini. Kakitangan yang peramah bersedia untuk membantu meletakkan serangga pilihan untuk bergambar menurut permintaan pengunjung.

Pusat Kaktus

Tempat ini terletak di lereng bukit Ladang Kea dan menjual hampir kesemua jenis pohon kaktus yang dapat dibayangkan. Ia berbangga untuk menampilkan pelbagai jenis kaktus dari spesis yang jarang ditemui, termasuklah sebahagian yang berusia sehingga 60 tahun. Kebun ini turut mengacukkan beberapa pilihan pokok bunga dan spesis epal.

Pusat Teh BOH dan kawasan penanaman Sungai Palas

Simpang ke kiri yang menghala bukit curam dari persimpangan T di Ladang Kea akan membawa pengunjung menuju ke tempat ini. Pusat Teh BOH ini diusahakan oleh syarikat pengeluar teh terbesar di Malaysia, BOH yang menawarkan lawatan interaktif kawasan kilang serta kawasan penanaman teh di Sungai Palas.

Muzium Terowong Masa

Muzium ini telah diiktiraf sebagai muzium memorabilia pertama Malaysia yang menghimpunkan ‘objets de art’ ataupun koleksi yang mempamerkan kehidupan yang dirasakan di Malaysia sebaik sahaja selepas zaman pendudukan Jepun. Antara yang dikongsikan termasuklah gambar-gambar lama tahun-tahun selepas perang.

Pusat Mawar Cameron Highlands

Ladang sayur-sayuran ini telah menghasilkan taman mawar yang indah semenjak 1989. Ianya merentasi lebih daripada 10 aras teres yang menjadikannya pusat pelancongan terbesar dan terdingin di Cameron Highlands. Selain memaparkan lebih daripada 100 spesis mawar yang berkembang mekar, pengunjung juga akan terpesona dengan gabungan rekaan senibina Timur dan Barat yang serasi menampilkan pelbagai hiasan mural budaya, ukiran batu berwarna-warni dan lanskap taman. Antara yang menonjol di sini adalah kewujudan mawar “hitam” dan “hijau” yang unik.

Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ini merupakan tempat di mana pengunjung dapat menyaksikan bagaimana proses penghasilan madu tempatan dan memeperoleh pengetahuan berkaitan peranan lebah madu. Terdapat juga pelbagai jenis madu untuk dirasa dan untuk tujuan jualan.

Hotel

Hotel Iris House

Unit hotel jenis apartment ini dikelilingi oleh latarbelakang gunung dan bukit di Cameron Highlands yang memukau. Ianya telah direka untuk mengekalkan seri perkampungan Inggeris dan menyediakan bilik-bilik yang memenuhi permintaan pelbagai jenis pengunjung. Hotel ini adalah pilihan tepat untuk penginapan yang selesa di Cameron Highlands.

Hotel Planters Country

Hotel ini sebelumnya dikenali sebagai Chalet Percutian Baladan telah dinamakan semula sebagai Hotel Planters Country pada tahun 2013. Ini merupakan salah sebuah bangunan kolonial tertua yang dibina semasa era sebelum perang dan telah dikekalkan menurut rupa asalnya sehingga sekarang. Ianya pernah merupakan sebuah sekolah, dan terus mengekalkan tradisi lama “tea being served in the best British tradition.”

Hotel The Smokehouse Cameron Highlands

Hotel bergaya Tudor Inggeris ini menawarkan keindahan suasana latar tradisional Inggeris kolonial. Pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman santapan terbaik bermula dengan sarapan Inggeris dan menikmati keselesaan berehat bersebelahan pendiang api terbuka atau meluangkan masa menghayati pemandangan taman Inggeris yang mempesonakan.

Resort Century Pines Cameron Highlands

Hotel ini berinspirasikan gaya Tudor dengan penampilan rekaan batu pasir dan kekuda bumbung. Ia menawarkan suasana damai dan menyenangkan dengan dikelilingi taman tropika Cameron Highlands. Biliknya ditata sempurna dan perkhidmatan yang baik diberikan pada setiap ketika.

Copthorne Cameron Highlands

Hotel ini telah dinobatkan sebagai resort terbesar dan tertinggi di Cameron Highlands. Ia memberikan suasana kedamaian dan penginapan yang selesa sepanjang berada di kawasan Ladang Kea & Green Cow. Lokasi strategiknya memudahkan perhubungan untuk ke kawasan pilihan.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved