1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9809 Hotel)
    >
  3. Selangor
    (1157 Hotel)
    >
  4. Shah Alam
    (147 Hotel)
    >
  5. Kota Kemuning
    (8 Hotel)

Hotel Mewah di Kota Kemuning, Shah Alam

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 11 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Kota Kemuning

Popular Landmark
Columbia Asia Hospital - Bukit Rimau, Kota Permai Golf & Country Club

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kota Kemuning

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Kota Kemuning dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kota Kemuning akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Zaki Z.
Ini adalah profil peribadi.
15 Oct 2023
Aircond problem no cold, toilet dirty, tilam gatal
Wan N. A. S.
Ini adalah profil peribadi.
1 Jun 2019
Bilik 203 tarikh 30/5 lantai melekit. Yang lain semua okay.
Nasirah B. J.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
16 Nov 2018
Bilik berbau asap rokok kurang menyenangkan saya yang berkeluarga.
chia m. l.
Ini adalah profil peribadi.
15 Jul 2023
Deposit RM50 masa check in. Early check in before 2pm charge RM50. Late check out after 12pm charge RM50. Seberang jalan ada Dobi layan diri dan Kedai Mamak. Klinik dan 7E ada berdekatan. Parking dalam hotel 15 lot shj. Parking luar guna Smart Selangor Parking apps. Tiada sabun mandi, hanya ada gel shower shampoo 2 in 1. TV cuma 3 channel ja. So channel lain tengok Youtube live. Jangan lupa cabut kad access sebelum keluar dari bilik. Drinking water dispenser ada kt ground floor. Dlm bilik free 500ml drinking water. Ada free toothbrush dan toothpaste. Ada hanger baju 3pcs. 10 minit jalan ke Enviro Academy.

Tentang

Kota Kemuning adalah merupakan sebuah bandar dalam daerah Klang, kawasan Kota Raja, Selangor, Malaysia. Ia terletak di bahagian selatan Shah Alam, dan adalah sebuah bandar moden yang dibangunkan oleh Hicom-Gamuda Development, yang merupakan hasil usaha sama DRB-HICOM dan Gamuda Berhad. Ia juga menandakan penglibatan pertama Gamuda dalam sektor pembangunan hartanah, yang turut menjadi mercu tanda kejayaan bagi Gamuda sejak penubuhan bandar ini pada tahun 1994. Kondominium untuk tujuan kediaman, kompleks pejabat dan kilang-kilang dibina di kawasan ini dengan pertimbangan secara langsung untuk mengekalkan kehijauan tempat ini.


Hal ini dibuktikan lagi oleh komitmen pemaju untuk mendedikasikan sebanyak empat puluh lima peratus tanah di kawasan ini kepada taman-taman, tasik dan ruang terbuka yang menghijau. Terdapat juga dua buah padang golf yang sedia ada untuk penduduk yang lebih kaya. Perbandaran ini dibangunkan dengan tujuan supaya ianya mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa pergantungan pada bandar yang lain, di mana kemudahan-kemudahan yang utama terletak dalam sepuluh minit perjalanan yang merentasi 1,820 ekar tanah di sini. Kini, Kota Kemuning berdiri megah sebagai salah satu kawasan kediaman terbaik di sekitar negeri ini dan telah menjadi matang dalam sektor pembangunan mampan yang sememangnya selaras dengan tujuan asal penubuhan bandar ini.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Shah Alam / E5 untuk akses segera ke Kota Kemuning. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira empat puluh minit bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Menggunakan Kereta Api

Laluan kereta api yang menyediakan akses ke Kota Kemuning adalah koc KTM laluan Klang Valley yang berhenti di stesen Shah Alam atau koc LRT laluan Kelana Jaya yang berhenti di stesen Alam Megah. Dari stesen KL Sentral yang berpusat, ambil salah satu keretapi dari laluan yang disebutkan di atas dan berhenti di stesen-stesen tersebut sebelum memilih untuk menaiki bas, teksi atau perkhidmatan pengangkutan alternatif untuk pergi ke Kota Kemuning.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat ialah Terminal Bas Shah Alam yang terletak di Jalan Jenulung 7/21. Ambil perjalanan terus ke Shah Alam dari terminal Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Maju Express dan Cepat & Cekap Express. Dari sini, pengunjung boleh memilih untuk menaiki bas laluan tempatan, teksi atau perkhidmatan pengangkutan alternatif ke bandar.


Tarikan Pelancongan

Kota Kemuning Lakeside Park

Kota Kemuning Lakeside Park pastinya merupakan tempat utama bagi pengunjung apabila mereka berada di Kota Kemuning. Dengan saiz sebesar 25 ekar, ia merupakan tempat yang baik untuk “jogger” dan pelari, di mana trek “jogging” khas dibina di sekitar kawasan itu dengan suasana hijau yang damai dengan pokok-pokok yang ditanam kemas. Sebagai sebuah taman yang dimajukan untuk tujuan rekreasi dengan kawan-kawan dan keluarga, pengunjung pasti dapat menemui pelbagai kemudahan yang disediakan untuk meraikan mereka dengan suasana taman yang sesuai untuk aktiviti berpiknik dan bermain layang-layang.


GM Klang Wholesale City

GM Klang Wholesale City adalah kompleks perniagaan borong terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Botanic, sebuah daerah perniagaan baru di selatan Bandar Klang yang tidak jauh dari Kota Kemuning dengan sambungan yang sangat baik ke lebuh raya utama. Sejak dibuka pada tahun 2009, GM Klang Wholesale City telah menjadi tempat yang penting di negara ini untuk mendapatkan produk secara borong dan juga melakukan pembelian pada skala borong. Terdapat tiga blok yang tersedia untuk pengunjung, iaitu blok A, B dan C. Blok A adalah bangunan sepuluh tingkat yang tersebar di 5 tahap kedai borong berbeza yang mengandungi lebih daripada seribu pemborong sebagai penyewa di sini. Setiap peringkat dibahagikan mengikut kategori produk yang diberikan. Blok B dibuka sedikit lambat pada bulan November 2016, dengan penekanan yang lebih besar supaya blok ini menjadi hub fesyen bagi GM Klang. Pemborong yang khusus dalam bidang fesyen semuanya ditempatkan di sini, di mana produk fesyen inovatif dan bergaya dipamerkan di sini. Sementara itu, Blok C adalah tempatnya apabila pengunjung perlu mencari keperluan rumah, perkakasan atau barang perkahwinan, dengan pemborong yang khusus dalam perkara-perkara tersebut, semuanya diletakkan di bawah satu bumbung. Kompleks ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti kedai makanan & minuman, ATM, WIFI, perkhidmatan logistik & kurier, penukar wang dan ruang letak kereta besar untuk kedua-dua golongan pemborong dan pengunjung.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved