Hotel Mewah di Kubang Kerian

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Kubang Kerian,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Kelantan
    (250 Hotel)
    /
  4. Kota Bharu
    (174 Hotel)
    /
  5. Kubang Kerian
    (16 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4
5
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai
8+ Menakjubkan
9+ Hebat
Tetapkan semula
Apply

Hotel Mewah yang Popular di Kubang Kerian

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Kubang Kerian
0 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Temui perkara yang Anda suka

Tinggal berhampiran dengan tempat menarik

Jangkau tempat popular dengan masa yang singkat dari penginapan Anda

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Kubang Kerian

Kubang Kerian merupakan sebuah Bandar dan kawasan parlimen di dalam Daerah Kota Baharu, Kelantan. Kubang Kerian ialah sebuah kawasan yang pada asalnya dinamakan sebagai Lundang. Pada awal tahun 1970an, daerah Lundang telah dibuat persempadanan semula dan dinamakan sebagai daerah Kubang Kerian oleh pihak berkuasa tempatan kerana lokasinya yang berhampiran dengan Bandar Kota Baharu, ibu negeri Kelantan. Kebanyakan penduduk di Kubang Kerian beragama Islam.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat, anda boleh menaiki kapal terbang untuk ke Kubang Kerian dari LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, satu-satunya lapangan terbang yang terdapat di Negeri Kelantan. Penerbangan Malaysia Airlines membuat penerbangan setiap hari ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kelantan. Penerbangan tambang murah, Air Asia membuat penerbangan setiap hari ke Kelantan dari KLIA2. Sekiranya anda dari Pulau Pinang atau Johor Bharu anda boleh menaiki penerbangan Firefly. Anda boleh menaiki bas atau teksi ke Kubang Kerian dari lapangan terbang yang hanya mengambil masa perjalanan selama 28 minit (15km).

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan jalan Gua Musang yang akan memendekkan masa perjalanan anda berbanding dengan menggunakan jalan pantai. Ia akan mengambil masa perjalanan selama 6 jam 48 minit untuk ke Kubang Kerian. Untuk perjalanan yang lebih selamat dan selesa terutamanya ketika anda memandu bersama-sama anak-anak kecil, anda dinasihati untuk menggunakan lebuhraya pantai timur dan menuju terus ke Kuala Terengganu dan seterusnya mengikuti papan tanda arah ke Kota Bharu yang akan membawa anda melalui jalan pantai. Pengguna jalan raya boleh memasuki Negeri Kelantan dari Wilayah Narathiwat di Selatan Thailand melalui Rantau Panjang yang menyeberangi Sungai Kolok menggunakan jambatan baru di Bukit Bunga, Jeli.

Menggunakan Bas

Terdapat beberapa syarikat perkhidmatan bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Kubang Kerian. Perjalanan menaiki bas merupakan kaedah perjalanan yang paling popular untuk ke Kubang Kerian dari serata tempat di Semenanjung Malaysia. Anda boleh ke Kubang Kerian menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan ianya mengambil masa perjalanan selama 7 jam 30 minit untuk ke Kubang Kerian. Syarikat pengendali bas yang utama dari Kuala Lumpur ke Kubang Kerian ialah Transnasional.

Tarikan Pelancongan

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah ialah sebuah pasar basah yang terletak hanya 5.54km dari Kubang Kerian. Disini anda boleh memperolehi pelbagai barangan segar seperti makanan laut, sayuran dan buahan-buahan selain beberapa jenis masakan yang siap dimasak seperti ayam percik, nasi ulam dan pelbagai jenis mi sup yang unik dan sedap sedia dihidang secara segar kepada anda. Jangan lupa untuk mencuba makanan tempatan iaitu tempeh dengan minuman teh susu panas yang terkenal dikalangan masyarakat tempatan di situ.

Jahar Palace (Istana Jahar)

Anda boleh mencuba untuk melawat Istana Jahar untuk menerokai peninggalan sejarah dan kebudayaan yang telah wujud sejak tahun 1855. Ianya mempamerkan ukiran kayu yang mewah dan hebat oleh rakyat Kelantan. Selain itu, terdapat peninggalan gambar-gambar, artifaks dan ukiran tangan tradisional yang mencerminkan kebudayaan Kelantan yang unik. Terdapat juga Galeri Senjata Melayu yang menempatkan senjata-senjata yang unik seperti keris dan pisau. Muzium ini dbuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.45 petang kecuali pada hari Jumaat.

Muzium Kraf dan Pusat Kraftangan

Muzium Kraf dan Pusat Kraftangan ini merupakan salah satu destinasi pelancongan utama yang anda mesti lawati sekiranya anda berada di Kubang Kerian. Jarak dari Kubang Kerian hanyalah 5.77km. Muzium ini yang juga turut dikenali sebagai Balai Getam Guri dalam bahasa tempatan mempamerkan hasil industri kraftangan tempatan di Kelantan dan ianya turut dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Ianya merupakan sebuah muzium seni kraftangan halus yang menempatkan banyak hasil ukiran Negeri Kelantan seperti sulaman tradisional, batik, pinggan mangkuk dan tikar.

Pantai Cahaya Bulan

Anda boleh mengunjungi Pantai Cahaya Bulan untuk menyaksikan keindahan pantainya yang indah dan unik. Pantai Cahaya Bulan merupakan destinasi yang mesti anda kunjungi di Kota Bharu. Tempat ini sesuai untuk anda beristirehat atau berkelah bersama keluarga kerana keindahan pantai serta kesegaran udaranya. Jaraknya hanya 8.59 km dari Kubang Kerian. Ianya mempunyai pantai yang panjang dengan pasirnya yang bersih sesuai untuk seisi keluarga berkelah. Di pantai ini terdapat juga pelbagai aktiviti sukan dan riadah air dan juga aktiviti berkuda. Selain itu, beberapa gerai makanan dan restoran juga turut disediakan di sepanjang pantai yang menawarkan makanan laut barbeku yang segar.

Wakaf Che Yeh

Anda boleh memandu atau menaiki teksi ke Kota Bharu dengan jarak hanya 7.9km dari Kubang Kerian untuk menikmati pengalaman membeli belah dan makan di pasar malam terbesar di Negeri Kelantan iaitu Wakaf Che Yeh yang dibuka sehingga lewat malam. Anda boleh membeli cenderamata, pakaian dan makanan tempatan di situ. Anda juga boleh memperolehi pelbagai makanan dan snek tempatan seperti dodol tiga segi dan kuih akok.

Hotel

Hotel Perdana Kota Bharu

Hotel Perdana Kota Bharu ialah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Ianya hanya 5.36 km dari Kubang Kerian. Hotel ini terletak ditengah-tengah pusat Bandar dan berhampiran dengan pusat tarikan pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah (0.9km) dan Muzium Kraf dan Pusat Kraftangan (1.2km) dan juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (7.5km). Hotel ini merupakan pilihan terbaik untuk anda yang inginkan percutian serba mewah di Kubang Kerian.

Renaissance Kota Baharu Hotel

Hotel Renaissance Kota Bharu ialah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang merupakan pilihan paling tepat sekiranya anda berkunjung ke Kubang Kerian. Hotel ini terletak di pusat Bandar dan berhampiran dengan destinasi pelancongan utama seperti Pasar Siti Khadijah (2.2km) dan Pantai cahaya Bulan (6.9km). Untuk para pengunjung yang mencari penginapan serba mewah dan selesa, Hotel Renaissance Kota Bharu merupakan penginapan terbaik untuk anda tinggal yang menyediakan kemudahan serba lengkap dengan perkhidmatan yang terbaik.

Facts about hotel in Kubang Kerian

Popular Landmark
Makam Tok Kenali, Istana Negeri Kelantan

Soalan Lazim

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Kubang Kerian?
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved