amaran

Hotel di Pulau Pangkor

Pangkor, Manjung · 1 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular di Pulau Pangkor

Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Island, Manjung, Malaysia, 32200

lain-lain

Tentang

Pulau Pangkor Laut merupakan salah satu daripada trio kepulauan kecil yang turut membentuk Pulau Pangkor; di mana Pulau Pangkor adalah pulau utama dan diikuti dua lagi kepulauan kecil iaitu Pulau Giam dan Pulau Mentangor. Pulau Pangkor Laut sangat dikenali dengan keindahan, keredupan pantai persendiriannya yang terletak sejajar dengan Selat Melaka, tiga batu dari pesisiran Pantai Barat Malaysia. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada tanah berkeluasan 300 ekar kepunyaan Pulau Pangkor Laut yang telah dibangunkan. Ianya bukan sahaja menempatkan resort premier bertaraf dunia tetapi turut menjadi kawasan perlindungan kepada pelbagai jenis hidupan liar.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Pulau Pangkor mempunyai kemudahan lapangan terbangnya sendiri namun syarikat penerbangan yang mempunyai laluan perjalanan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Pulau Pangkor hanyalah Berjaya Air. Terdapat penerbangan ke Ipoh disediakan oleh Penerbangan Malaysia, Malindo Air, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang Ipoh, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke jeti Lumut bagi mendapatkan perkhidmatan bot atau feri menuju ke Pulau Pangkor Laut.

Menggunakan Kereta

Pemandu dari arah Kuala Lumpur boleh menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan menyusur mengikut sama ada laluan susur keluar Bidor, Tapah atau sebelum meneruskan perjalanan menuju ke jeti Lumut. Terdapat kawasan parkir kereta berjaga di jeti Lumut. Perkhidmatan bot menuju ke Pulau Pangkor Laut boleh didapati di jeti Lumut.

Menggunakan Bas

Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada termasuklah Edaran, Super Ria, Konsortium, PLUSLiner, Transnasional dan banyak lagi. Terminal bas ekspres terletak bertentangan dengan jeti Lumut. Perkhidmatan bot atau feri menuju ke Pulau Pangkor Laut boleh didapati di jeti Lumut.

Menggunakan Bot/Feri

Perkhidmatan bot atau feri menuju ke Pulau Pangkor Laut boleh didapati di jeti Lumut. Kesemua resort mempunyai perkhidmatan bot persendirian dan jadual biasanya diatur mengikut keperluan tetamunya sewaktu membuat tempahan, menitikberatkan keadaan bot atau feri serta alunan ombak. Perjalanan ke Pulau Pangkor Laut mengambil masa sekitar 35 minit.

Tarikan Pelancongan

Pantai Utama di Pulau Pangkor Laut

Pulau Pangkor Laut mempunyai tiga pantai utama yang bernama Teluk Zamrud, Pantai Karangan serta Teluk Diraja. Teluk Zamrud atau Emerald Bay sesuai untuk aktiviti renang dan kegiatan keceriaan di bawah mentari seperti berjemur ringan serta membina istana pasir. Pantai Karangan atau Coral Beach pula terkenal sebagai kawasan tumpuan aktiviti selam scuba dan snorkel memandangkan ia menawarkan dunia penuh keajaiban dengan kehadiran terumbu karang tercantik dan khazanah dasar laut yang tersembunyi. Akhir sekali, Teluk Diraja atau Royal Bay pula memberikan peluang beraktiviti lasak melakukan pelbagai sukan air seperti perahu layar, meluncur angin, parasailing, paragliding, menunggang jetski dan macam-macam lagi.

Meneroka Pulau Pangkor

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sepanjang percutian di Pulau Pangkor. Dua pantai yang cukup tersohor dan indah di Pulau Pangkor ialah Pantai Nipah dan Pantai Karangan. Suasana ketenangan yang dirasakan di sini mampu menghilangkan tekanan jiwa. Mengikuti sebarang trip harian untuk kegiatan persinggahan pulau beserta pakej snorkel merupakan salah satu aktiviti popular di Pulau Pangkor di mana terdapatnya operator yang menawarkan perkhidmatan memenuhi permintaan menurut ke lokasi pilihan yang pada kebiasaannya ke kepulauan Giam dan Mentangor. Slah satu tokong Cina yang masyhur di Pulau Pangkor adalah Tokong Fu Lin Kong yang telah dibina bergaya Tao dilengkapi dengan replika Tembok Besar China dan hampir padat dengan orang ramai pada setiap masa.

Hotel

Joe Fisherman Inn

Hotel ini memberikan keselesaan dan penginapan menyenangkan sepanjang berada di Kampung Teluk Nipah di Pulau Pangkor, yang berdekatan dengan Pulau Pangkor Laut. Ia memaparkan bilik penginapan yang dibina menggunakan pelantaian serta dinding panel kayu, mewujudkan suasana seperti tinggal di dalam kabin kayu. Hotel ini turut berbangga dengan kolam renang terbesar di Teluk Nipah di samping turut menyediakan kawasan anjung bumbung terbuka yang direka bagi mengendalikan pelbagai acara seperti barbeku berkumpulan dan sebagainya.

Hotel Nelayan

Hotel ini terletak di lokasi yang baik dalam lingkungan Pulau Pangkor, yang berdekatan dengan Pulau Pangkor Laut dan memudahkan perjalanan ke destinasi pilihan. Ia menawarkan penginapan pengenalan yang cuma bersebelahan dengan kedai keperluan semasa serta restoran. Ini merupakan suatu pilihan menyenangkan yang sesuai buat semua.

Resort Pantai Puteri Bayu

Hotel ini dibina di dalam suasana indah dan mendamaikan yang menjanjikan ketenangan beristirehat dan keseronokan sepanjang berada di Pulau Pangkor, yang berdekatan dengan Pulau Pangkor Laut. Suatu pilihan penginapan yang digemari ramai pengunjung solo, ditemani rakan mahupun keluarga.

Hotel Sfera

Hotel ini terletak di pekan Seri Manjung, pusat sehenti di antara Sitiawan dan pekan Lumut, yang berdekatan dengan Pulau Pangkor Laut. Pilihan yang menarik bagi pengembara yang berhajat untuk berada dalam lingkungan kemudahan tanah besar namun masih mengekalkan perasaan mod percutian dengan bergembira di Pulau Pangkor Laut.

Resort Pangkor Laut

Resort ini merupakan satu-satunya resort yang menguruskan pulau peranginan persendirian yang menakjubkan, Pulau Pangkor Laut yang telah diundi sebagai ‘Number One in the World’ oleh Conde Nast Traveller dan juga telah diisytiharkan sebagai laksana syurga oleh mendiang Pavarotti. Bilik penginapan serba mewahnya terdiri daripada rumpun villa yang cantik terletak di dalam lingkungan taman mekar, di tebing bukit tinggi mahupun di atas jangkungan kayu di atas air.

Other Popular Hotels in Pulau Pangkor

evtbvsrwfq