1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9664 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (783 Hotel)
    >
  4. Pekan
    (7 Hotel)
    >
  5. Bandar Pekan
    (1 Hotel)

Hotel Mewah di Bandar Pekan, Pekan

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sel, 07 Mei 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Bandar Pekan

Popular Landmark
Maybank Pekan, Kelab Golf Diraja Pekan (Royal Pekan Golf Club)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bandar Pekan

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Bandar Pekan dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bandar Pekan akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
DATO D. H. M. E. B. D.
Ini adalah profil peribadi.
18 Jun 2019
Hotel terburuk dengan harga itu ... tidak hairanlah pelanggan git keluar pada pukul 5.30 malam selepas mendaftar masuk jam 3 petang pada hari yang sama.

Tentang

Pekan adalah salah satu daerah di Pahang, sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuantan, ibu kota negeri ini. Pekan adalah salah satu daerah yang cukup terkenal kerana Perdana Menteri Malaysia yang sekarang, YAB Najib, berasal dari daerah ini. Pekan juga merupakan Bandar Diraja Pahang, dimana keluarga diraja tinggal dan memerintah dari sini. Berdasarkan kisah-kisah lama, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga iaitu Bunga Pekan, yang merupakan salah satu spesis nightshade, yang banyak tumbuh di tepi sungai Sungai Pahang. Ada juga yang mengatakan bahawa nama 'Pekan' sebenarnya adalah dari pasar mingguan, 'Pekan Sehari', dan penduduk tempatan memanggilnya sebagai 'Pekan'. Tempat ini dikatakan sudah mula wujud sejak zaman Kerajaan Lama Pahang yang mana ia dikenali sebagai Inderapura, dan orang-orang sekitar telah memendekkan ke Pura yang akhirnya menjadi Pekan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu dari ibu kota Kuantan akan mengambil masa kurang dari satu jam melalui Jalan Gambang kerana tiada lebuh raya yang menghubungkan dua tempat ini. Jika memandu dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur, ambil jalan keluar di susur keluar Gambang sebelum meneruskan lagi perjalan dalam enam puluh kilometer untuk tiba di Pekan.

Menggunakan Bas

Terdapat perkhidmatan bas harian ke Kuatan dari Terminal Bersepadu Kuala Lumpur (TBS) dengan harga tiket bermula sekitar RM24 setiap satu perjalanan. Bas akan berhenti di Stesen Bas Kuantan dan dari sana, boleh mengambil bas lain untuk ke Pekan. Perjalanan ke Pekan akan mengambil masa sejam dengan tambang sekitar RM5 seorang.

Menggunakan Kapal Terbang

Mengambil penerbangan ke Sultan Haji Ahmad Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan dari lapangan terbang, boleh menempah teksi untuk pergi ke Pekan. Harga untuk satu perjalanan ke Pekan mungkin akan menjadi sedikit mahal untuk satu perjalanan lima puluh lima kilometer kerana para pemandu jarang dapat mengambil mana-mana penumpang untuk kembali ke Kuantan. Pastikan untuk bersetuju terlebih dahulu dengan harga yang diberikan sebelum menaiki teksi.

Tarikan Pelancong

Muzium Sultan Abu Bakar

Ia adalah sebuah Muzium Negeri Pahang, yang mempunyai sebuah pameran mengenai penduduk asli negera ini. Bangunan yang menempatkan muzium itu dibina pada tahun 1920-an, semasa zaman British Malaya. Ia merupakan sebuah kediaman rasmi untuk kerajaan British, pernah menjadi barak tentera dan juga istana rasmi untuk Sultan Abu Bakar, pemerintah negeri Pahang pada masa dahulu tetapi sekarang, ia telah diubahsuai ke sebuah muzium dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976. Muzium ini mempunyai satu koleksi gelas, kaca dan seramik Cina purba yang terbesar; peninggalan yang ditemui di seluruh negara, terutama yang berasal dari negeri Pahang. Muzium ini dibuka setiap hari, kecuali Isnin, dan dari 9 pagi hingga 5 petang

.

Meyaksikan Bintang-Bintang di Langit

Oleh kerana Pekan agak jauh dari bandar-bandar besar, jumlah pencemaran cahayanya adalah lebih rendah dan membolehkan orang ramai untuk melihat bintang-bintang di langit pada waktu malam. Kebanyakan penonton bintang-bintang ini, tempatan mahupun pelancong dari luar, mereka lebih suka melihat bintang dari tebing Sungai Pahang.

Hotel

Ancasa Royale

Hanya tiga kilometer dari pusat Pekan, di seberang Sungai Pahang, ia adalah satu-satunya hotel mewah di bandar ini. Lokasi strategiknya, dekat dengan bandar, dan juga pantai menjadikannya salah satu pilihan penginapan terbaik di Pahang. Bilik-bilik di hotel ini luas, bersih dan sangat selesa. Kakitangan mereka yang mesra dan sangat membantu para pelanggan. Para pelanggan sebelum ini hotel ini juga menyukai hotel ini untuk pilihan menu sarapan yang banyak dan berubah setiap hari. Bilik untuk satu malam bermula pada RM193 dengan sarapan percuma untuk dua orang, tetapi jika tidak mahu memilih bilik yang mempunyai sarapan, harganya bermula pada sekitar RM176. Beberapa bilik juga mempunyai pemandangan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, Sungai Pahang, jadi pastikan untuk meminta bilik dengan pemandangan yang cantik.

Other Popular Hotels in Bandar Pekan

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved