Hotel Mewah di Sekinchan

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Sekinchan,
  1. Hotel
    /
  2. Malaysia
    (10276 Hotel)
    /
  3. Selangor
    (471 Hotel)
    /
  4. Sabak Bernam
    (22 Hotel)
    /
  5. Sekinchan
    (21 Hotel)

Kenapa Bayar Lebih

Bila Anda Boleh Bayar Kurang?

Pasang aplikasi kami untuk tawaran yang lebih besar!
Buka Peta
Julat Harga
Tetapkan semula
Setiap bilik, setiap malam
Rating Bintang
Toggle filter card
1
2
3
4
5 (1)
Rating Tetamu
Toggle filter card
7+ Sesuai
8+ Menakjubkan
9+ Hebat
Jenis Penginapan
Toggle filter card
Hotel (1)
Tetapkan semula
Apply

Hotel Mewah yang Popular di Sekinchan

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Sekinchan
1 hartanah ditemukan
Isih mengikut:
Paling Popular

Villa Chee

Hotel
Sekinchan, Sabak Bernam
Harga sekitar
RM 348.28
bilik / malam
Lihat Ketersediaan

Temui perkara yang Anda suka

Tinggal berhampiran dengan tempat menarik

Jangkau tempat popular dengan masa yang singkat dari penginapan Anda

Nikmati Kupon dari Traveloka Brand Day! 🎟️

Muat turun Traveloka App untuk menikmati kod kupon ini!
Pengguna Baharu

Tawaran Hotel

Diskaun hingga RM100, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Domestik)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.
Pengguna Baharu

Tawaran Penerbangan (Antarabangsa)

Diskaun hingga RM168, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Tarikan dan Aktiviti

Diskaun hingga RM50, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Tawaran Pelayaran

Diskaun hingga RM450, untuk Pengguna Baru Traveloka.

Kupon Semua Produk

Diskaun hingga RM300 untuk Pengguna Baru, untuk semua produk.

Tentang Sekinchan

Sekinchan merupakan bandar kecil yang terletak di sebelah barat Malaysia di dalam negeri Selangor. Ianya berada pada jarak 102 km utara Kuala Lumpur dan 28 km dari Kuala Selangor. Sekinchan merupakan kawasan utama penanaman padi di Selangor di dalam daerah Sabak Bernam dan merupakan pengeluar utama padi di Malaysia serta turut terkenal sebagai perkampungan nelayan. Sekinchan merupakan rumah kepada kilang pemprosesan padi dengan terdapatnya muzium tentang perindustrian beras tempatan. Menurut Bahasa Cina Sekinchan bermaksud “ perkampungan yang sesuai untuk perladangan” di mana tanah dan cuaca di sini sangat sesuai untuk menanam padi, buah-buahan dan pokok kelapa sawit. Jumlah keluasan tanah untuk menanam padi dan buah-buahan adalah seluas 4,300 hektar. Para pengunjung boleh melihat keindahan kehijauan sawah padi di sebelah kanan anda setelah tiba di Sekinchan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang yang berhampiran Sekinchan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dari Lapangan Terbang anda boleh menaiki teksi untuk ke Sekinchan. Jarak dari lapangan terbang untuk sampai ke Sekinchan ialah pada jarak 132 km dan 1 jam 45 minit memandu dari lapangan terbang.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur ianya mengambil masa perjalanan selama 1 jam setengah untuk sampai ke Sekinchan. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya LATAR ke Kuala Selangor. Di Lebuhraya LATAR anda boleh mengikut susur keluar Ijok dan terus menuju ke Kuala Selangor sehingga anda sampai ke Sekinchan.

Menggunakan Bas

Anda boleh menaiki bas untuk ke Sekinchan di Stesen Pudu Sentral. Stesen Pudu Sentral terletak di tengah Kuala Lumpur. Ianya terletak berhampiran Stesen Keretapi Plaza Rakyat yang hanya pada jarak 50 meter untuk ke Stesen Pudu Sentral.

Tarikan Pelancongan

Sekinchan Paddy Field

Kawasan ladang sawah padi di Sekinchan menyaksikan pelbagai pemandangan yang berbeza mengikut perbezaan masa. Pada bulan Mac dan September merupakan tempoh penanaman padi di mana pemandangan sawah padi ini berwarna hijau manakala sepanjang musim menuai pada bulan Jun dan Disember, ianya bertukar menjadi warna kuning keemasan.Di sini anda boleh memandu bersebelahan dengan ladang sawah padi. Sepanjang perjalanan anda boleh melihat saluran air, jambatan kecil, burung, rumah burung serta petani dengan mesinnya yang besar. Pemandangan sawah padi yang luas serta cantik ini menjadikan kawsan ini sangat menarik di kalangan pengunjung serta anda boleh mengambil gambar kenangan ladang sawah padi yang indah dan menarik ini.

Paddy Processing Factory and Gallery

Anda bolehlah berkunjung di kilang padi yang terdapat di Sekinchan untuk mendapatkan pengalaman yang hebat tentang pemprosesan padi. Jurupandu kilang di sini akan menayangkan video kepada para pengunjung tentang proses penanaman padi dengan kaedah penanaman padi secara mekanikal. Mereka akan memberi penerangan tentang proses penanaman padi serta pemprosesan padi kepada para pengunjung. Para pengunjung bolehlah membeli tiket untuk masuk ke muzium yang terdapat di kilang ini untuk mendengar penerangan tentang proses penanaman padi.

Pantai Redang

Pantai Redang merupakan satu lagi tarikan yang terdapat di Sekinchan yang mesti anda kunjungi. Pantai Redang ini merupakan tempat menarik untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan dan untuk menikmati udara petang yang nyaman. Pantai Redang ini merupakan pantai yang tersorok di Sekinchan yang merupakan kunjungan yang sangat menarik sekiranya anda berkunjung di sini terutama setelah penat mengambil gambar keindahan sawah padi anda bolehlah berkunjung ke pantai ni. Anda boleh menikmati keindahan pantai serta matahari terbenam sambil menikmati kesegaran air kelapa yang terdapat di sini. Pantai ini juga terletak berhampiran restoran makanan laut yang terletak di Bagan di mana anda boleh bersiar di pantai selepas menikmati keenakan makanan laut di restoran ini.

Sekinchan Wishing Tree

Sekinchan Wishing Tree ialah pokok yang terletak di Pantai Redang, Sekinchan. Pokok ini terletak berhampiran Pantai Redang Datuk Kong Temple di mana pokok ini terkenal dengan namanya sebagai pokok untuk menunaikan permintaan di mana orang-orang beriman melontarkan hasrat mereka di dahan pokok ini. Pokok untuk menunaikan hajat ini telah menerima beribu-ribu tali merah dari pengunjung yang terikat di dahan pokok ini dengan hasrat dan impian masing-masing, sehingga pokok tersebut kelihatan seakan-akan bewarna kemerahan.

Perkampungan Nelayan

Perkampungan nelayan yang utama di Sekinchan adalah Perkampungan Nelayan Bagan. Perkampungan yang sunyi ini akan kelihatan meriah apabila pulangnya bot-bot nelayan dan ini merupakan masa yang sesuai untuk anda melawat kampung ini dengan melihat nelayan yang sibuk menurunkan serta mengagihkan hasil tangkapan.

Hotel

A+ Boutique Hotel

A+ Boutique Hotel merupakan hotel mewah bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah bandar Sekinchan yang merupakan pemilihan tepat oleh para pengunjung sekiranya anda melawat Sekinchan. Hotel ini terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan seperti Redang Beach hanya pada jarak 0.86 km. Selesakan diri anda dengan perkhidmatan yang bagus dan lengkap dan jadikan percutian anda di hotel ini sangat bermakna untuk anda ingati sepanjang bercuti di hotel ini.

De Palma Eco-Resort Kuala Selangor

De Palma Eco-Resott Kuala Selangor merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda berada di Sekinchan. Jarak dari resort ini ke Sekinchan iaitu terletak pada jarak 29 km. Hotel bertaraf 3 bintang ini mempamerkan kolam renang luar, restoran, penginapan dengan hawa dingin serta Televisyen. Chalet dan suite yang santai di De Palma Hotel Kuala Selangor diubahsuai dengan berkonsepkan moden serta pengcahayaan yang romantik dan hangat. Setiap bilik disediakan televisyen, teko elektrik untuk memasak air serta bilik mandi persendirian dengan tab mandi. Resort ini merupakan pemilihan yang tepat untuk anda tinggal yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta serba lengkap kepada para pengunjung.

Facts about hotel in Sekinchan

Popular Hotel
Villa Chee
Popular Landmark
Pantai Redang, Sekinchan Paddy Fields

Soalan Lazim

Apakah hotel terbaik dan paling popular di Sekinchan?
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Villa Chee.
Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Sekinchan?
Buat masa ini, terdapat sekitar 1 hotel yang boleh anda tempah di Sekinchan

Ulasan Tetamu dari Hotel di Sekinchan

8.4
Mengagumkan
321 ulasan dari hotel di Sekinchan dengan purata penarafan 8.4/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Sekinchan akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Rashid M.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
20 Dec 2020
The ONE Boutique Hotel @ Sekinchan
Terbaik..bersih..puashati.. recommended.
Az
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
2 Dec 2021
OYO 880 Hotel Purple Town
Bilik yang selesa dan beraih, harga pun berpatutan.
Nur F. M. F.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
15 Jul 2019
Green Hotel
Bersih and sangat murah!! Memang akan repeat if datang sana lagi
ZAINAL A. B. M. A.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
2 Aug 2020
SPOT ON 89626 Hotel Dinar
TV not functioning, air cond sejuk, bilik luas, paip air xde, guna cebok, price so cheap.
Chai C. C.
Ini adalah profil peribadi.
6.3
/ 10
11 Dec 2017
Shuang Yang Sekinchan Homestay 1
Tingkap itu berbahaya. Tiada penutup pintu keluli tahan karat dan anda boleh membuka tingkap besar dari enam lantai. Bukan keselamatan keluarga untuk pergi kerana kanak-kanak mudah jatuh dari apartmen melalui tingkap. Ia mengerikan bahawa tingkap boleh dibuka dengan mudah dari enam tingkat pangsapuri tanpa penutup dengan pintu. Tetapi jika tidak ada kanak-kanak dan tidak ada alkohol yang baik untuk anda tinggal. Tetapi bagi saya agak berbahaya. Kerana saya membawa anak-anak. Itulah mimpi ngeri untuk saya.
Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved