1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9582 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (961 Hotel)
    >
  4. Tawau
    (181 Hotel)
    >
  5. Semporna
    (129 Hotel)

Hotel Mewah di Semporna, Tawau

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 29 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Semporna

Hotel Exterior Timba Garden Semporna Free Town / Jetty Transport
Lihat Harga
LOBBY Perfect Inn

Perfect Inn

Hotel
Semporna, Tawau
Lihat Harga
Others MANJU SEMPORNA RESORT

MANJU SEMPORNA RESORT

Lain-lain
Semporna, Tawau
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Together Palm Resort

Together Palm Resort

Hotel
Semporna, Tawau
Lihat Harga
Hotel Exterior zhong liang holiday garden semporna
Lihat Harga
Hotel Exterior Together 2 Holiday Resort

Together 2 Holiday Resort

Hotel
Semporna, Tawau
Lihat Harga
Hotel Exterior Ang Lee Holiday Home

Ang Lee Holiday Home

Inap Desa
Semporna, Tawau
Lihat Harga
Hotel Exterior Perfect Forest Eco-Resort

Perfect Forest Eco-Resort

Hotel
Semporna, Tawau
Lihat Harga
See all 129 Hotels near Semporna

Facts about hotel in Semporna

Popular Hotel
Timba Garden Semporna Free Town / Jetty Transport, Perfect Inn
Popular Landmark
Semporna Airport (SMM)

Ulasan Tetamu dari Hotel di Semporna

7.5
Menyenangkan
485 ulasan dari hotel di Semporna dengan purata penarafan 7.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Semporna akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
AINI S. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
8 Nov 2018
TV tu salah satu hiasan dinding ke macam mana tu? Lekat elok kt dinding tapi no channel at all. Toilet besar tapi ada bau. Aircond, hurmm adjust paling sejuk pun tak sejuk-sejuk. Harga tak padan dengan kondisi bilik.
Nurfikah
Ini adalah profil peribadi.
22 Jul 2022
Bilik tak ada line, air keluar tak kuat, nak mandi pun susah
Rosnani b.
Ini adalah profil peribadi.
8 Mar 2020
Bilik yang tsedia blm bersih drp sisa binaan.laluan k bilik kotor dan bhabuk
Muslimah M.
Ini adalah profil peribadi.
21 Nov 2021
booking kat sipadan inn 3,bila da smpai rupanya bilik yang dibooking di sipadan inn 1,patut la murah sangat biliknya....hahaha..bilik di sipadan inn 3 semuanya ats seratus
Julizah S.
Ini adalah profil peribadi.
3 Oct 2022
Harga yang berpatutan. Bilik luas. Parking banyak.
Jotiah M.
Ini adalah profil peribadi.
5 Dec 2023
Bilik bersih dan selesa. Terima kasih.
Wong K. H.
Ini adalah profil peribadi.
4 Oct 2022
Ia adalah tempat yang mungkin tidak disediakan, saya tidak akan memanggilnya hotel.
Nur H. W. A.
Ini adalah profil peribadi.
3 Nov 2021
Alhamdulillah... staff hotel layan dengan baik... cuma bilik agak kecil...
Hafizan M. S.
Ini adalah profil peribadi.
14 Jul 2023
Terlalu mahal. Hotel 2 bintang dengan harga 4 bintang.
Puteri E. H.
Ini adalah profil peribadi.
14 Oct 2019
Bilik sangat luas dan selesa, sangat sesuai untuk beristerehat dan sangat damai. Semua staff sangat ramah dan membantu jika diperlukan. Will come back soon!

Tentang

Semporna ialah sebuah bandar yang terletak di pesisiran pantai timur Sabah, yang terkenal di kalangan rakyat tempatan dan para pelancong. Kawasan ini mula dibuka oleh British North Borneo Chartered Company dan ia didiami oleh kira-kira 130,000 orang penduduk, yang majoritinya merupakan orang Kaum Bajau. Selain disokong dengan hasil laut dan industri penternakan tiram serta rumpai laut, aktiviti ekonomi di Semporna juga dibantu oleh sektor pelancongan, iaitu dengan menjadi pusat di kalangan para penyelam skuba, atas sebab lokasinya yang berdekatan dengan pulau-plau yang terkenal dengan kecantikkannya seperti Sipadan, Mabul dan Kapalai. Dengan itu, jika kesempurnaan yang dicari, maka Semporna harus cuba dijelajahi!

Bagaimana untuk ke Destinasi

Dalam bandar itu sendiri, Semporna boleh diterokai dengan berjalan kaki, atas sebab keluasannya yang kecil. Jika boleh, pastikan anda hanya menggunakan kenderaan-kenderaan yang berdaftar dan elakkan ‘teksi persendirian’ kerana servis mereka tidak tertakluk kepada saringan dan ini boleh menjadikannya lebih bahaya. Untuk ke bandar itu, beberapa pilihan ada tersedia. Melalui jalan raya, perkhidmatan bas dan teksi boleh digunakan, bermula dari bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Sepilok, Sandakan dan Tawau. Melalui udara, laluan paling rutin adalah melalui Lapangan Terbang Tawau, yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Sesampainya di sana, perjalanan boleh diteruskan dengan menggunakan bas (servis dari pukul 6 pagi – 6 petang, RM 10 – 25 setiap seorang), atau teksi (RM 80 – RM 100).

Tarikan Pelancongan

Bukit Tengkorak

Kira-kira 15 minit jarak memandu dari bandar Semporna, terletaknya sebuah bukit yang diberi nama Bukit Tengkorak. Nama yang mengerikan ini berasal dari peristiwa pemancungan para tahanan perang oleh tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua, di sini. Kemudian pula, para ahli arkeologi telah menemui hasil tembikar lama dengan tanda-tanda, di sebalik puing-puing runtuh, yang menjadi bukti penempatan lama yang pernah wujud suatu ketika dahulu di sini. Kini, bukit ini merupakan sebuah lokasi yang menarik untuk meninjau pemandangan yang mana untuk sampai ke atas, para pelancong perlu membayar caj masuk sebelum mendaki menggunakan tangga-tangga kayu yang tersedia. Setibanya di puncak, segala penat lelah akan terus hilang dengan pemandangan bandar Semporna dan pulau-pulau di sekitarnya sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Anda juga boleh melawat muzium yang kini mempamerkan hasil tinggalan sejarah yang telah dijumpai. Ternyata, ia merupakan suatu pengalaman yang tidak harus ditinggalkan!

Pulau Sipadan

Nama Pulau Sipadan sudah hampir tidak perlu diperkenalkan lagi. Terletak 5 darjah di atas Garisan Khatulistiwa di Laut Sulawesi, ia telah lama menjadi tempat popular untuk aktiviti menyelam oleh kerana kewujudan ekosistem yang kaya di bawah perairannya. Daripada kalangan 3000 spesis ikan dan karang yang ada, tempat ini menjadi lebih terkenal lagi dengan bilangan tinggi penyu ‘hawksbill’ dan ‘green’ yang muncul untuk mencari pasangan dan membuat sarang. Hal ini menyebabkan para pelancong lebih mudah untuk menemui spesis yang jarang-jarang kelihatan ini. Para penyelam boleh memilih daripada 12 tempat menyelam, dengan lokasi paling popular adalah Hanging Garden, Barracuda Point, South Point dan Turtle Cavern. Walau apa pun pilihan anda, pemandangan yang anda saksikan pasti sukar untuk dilupakan!

Gipsi Bajau Laut

Ketidakupayaan kita untuk bernafas tanpa sebarang alat bantuan pernafasan dalam air telah lama menjadi salah satu sebab peradaban manusia bertumpu di kawasan daratan. Maka, walaupun dengan wujudnya teknologi untuk membantu kita di zaman yang serba moden pada hari ini, adalah menggagumkan untuk mengetahui bahawa masih ada sesetengah kaum yang lebih suka hidup di laut, seperti kaum Bajau Laut. Baik di rumah yang bertiangkan cerucuk kayu atau di dalam bot bagi mencari rezeki, mereka adalah golongan yang telah melengkapkan cara hidup di laut dari generasi ke generasi. Untuk memahami cara hidup mereka, anda boleh menggunakan bot ke Pulau Maiga, salah satu daripada pulau-pulau yang mereka diami. Jangan lupa untuk membawa gula-gula sebagai untuk kanak-kanak di sana. Mereka pasti amat menyukainya!

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved