Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atau sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail terletak 32 km barat laut dari Bandar Senai. Sebaik saja anda tiba di sini, anda tidak perlu merantau jauh untuk ke tarikan-tarikan utama. Antara tarikan menarik yang anda boleh temui berdekatan termasuk Johor Premium Outlets dan Legoland Malaysia. Terdapat juga pelbagai hotel di Senai yang menawarkan penginapan selesa untuk anda dan keluarga.
Total Accommodation | 16 Properties |
Popular Hotel | Le Grandeur Palm Resort Johor, Impiana Hotel Senai |
Popular Landmark | Johor Premium Outlet, Senai International Airport (JHB) |
Kawasan terbaik untuk tinggal di Senai / Lapangan Terbang ialah Nusajaya / Legoland, Skudai, Pasir Gudang, Gelang Patah, Danga Bay, Larkin, Masai, Pulai, Ulu Tiram, Tebrau.
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Le Grandeur Palm Resort Johor, Impiana Hotel Senai, SEM9 Senai “Formerly Known as Perth Hotel”, RJ Hotel Kulai, AB Inn Hotel, Zenz Hotel, SPOT ON 90305 HEN HEN HOTEL, Country Inn, Palazzo Hotel, SPOT ON 90705 Zenz Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 16 hotel yang boleh anda tempah di Senai / Lapangan Terbang
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ataupun dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail ialah sebuah lapangan terbang terbaru terletak di Senai, Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Ianya berhampiran dengan Johor Bahru. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di negeri Johor dan dapat memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk-penduduk di selatan seperti Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan lapangan terbang kelima tersibuk di Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu hab AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003.Lapangan terbang ini pada asalnya dibuka pada tahun 1974 dan memberi perkhidmatan khususnya kepada penduduk Johor dan Selatan Johor.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, anda boleh menaiki bas shuttle lapangan terbang iaitu bas Causeway Link yang berwarna putih untuk ke Pusat Bandar Johor Bahru di JB Sentral. Selain daripada itu, anda juga boleh menaiki bas Causeway Link bernombor 333 ke Terminal Bas Larkin. Sekiranya anda datang dari Pusat Bandar ataupun Larkin Sentral, anda boleh mengambil bas Causeway Link berwarna putih atau pun bas Causeway Link bernombor 333 untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Perjalanan dari Larkin Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket Causeway Link di lapangan terbang atau membeli secara atas talian.
Sekiranya anda datang dari Singapura, anda boleh mengambil bas di Stesen MRT Kranji, Queen Street dan Newton Circus. Anda boleh mengambil bas dari Kranji dengan berharga SGD 1.00 manakala jika anda mengambil bas di Queen Street, tambangnya adalah SGD 3.30. Tambang bas dari Newton Circus juga adalah SGD 3.30. Naiki bas Causeway Link itu hingga ke sempadan negara. Turun dari bas itu untuk pemeriksaan kastam dan imigresen. Kemudian, dapatkan tiket bas Causeway Link untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan berharga RM 8.00 di Platform 2, JB Sentral.
Sekiranya anda datang dari pusat bandar Johor Bahru atau Larkin Sentral dengan menggunakan kereta, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini. Ambil Jalan Tun Abdul Razak/Laluan 1 dari Jalan Datin Halimah/J3. Ikuti Laluan 1 ke Jalan Lapangan Terbang/Route 16 di Senai. Ambil Laluan 16 keluar dari Laluan 1. Ikuti Jalan Lapangan Terbang/Laluan 16 ke destinasi anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Rumah terbalik ini merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi sementara anda berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Ia terletak hanya 13 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Anda boleh berkunjung ke sini untuk menyaksikan keunikan yang terdapat di dalam rumah terbalik ini. Apabila anda memasuki rumah ini, anda akan berasa seperti semuanya terbalik. Anda pastinya teruja untuk berada di sini.
Johor Premium Outlet ini terletak hanya 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Anda boleh berkunjung ke sini untuk membeli belah. Johor Premium Outlet ini merupakan salah satu pusat membeli belah yang terkenal di Johor. Pelbagai tawaran yang hebat diberikan oleh butik-butik yang terdapat di sini. Butik-butik yang terdapat di sini merupakan jenama-jenama yang terkenal di dalam dunia.
Hotel bertaraf tiga bintang terletak hanya 2 minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Hotel ini juga hanya terletak 9 km dari pusat beli belah terkemuka di Johor iaitu Johor Premium Outlet. Bukan itu sahaja, Perth Hotel ini juga terletak 31 km dari Taman Tema LEGOLAND. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk tetamunya seperti kemudahan Wi-Fi, televisyen dan lain-lain lagi. Hotel ini menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Le Grandeur Palm Resort Hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin menetap di tempat yang sunyi dan dikelilingi oleh alam semula jadi. Le Grandeur Palm Resort Hotel ini terletak hanya 1.83 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Ia menawarkan banyak kemudahan untuk tetamunya bagi menjamin keselesaan mereka semasa menetap di sini.